Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.bi.nét] | کابينيت

Definisi : (kabinét) 1. badan eksekutif dan pembuat dasar sesebuah negara yg terdiri drpd para menteri kerajaan yg memerintah, jemaah menteri: satu sidang ~ dipercayai telah membincangkan mogok kereta api itu; 2. Id jabatan (terutama bagi presiden, perdana menteri dll): ~ Perdana Menteri; ~ kerja = ~ keahlian Id kabinet yg menteri-menterinya terdiri drpd pakar-pakar dlm sesuatu urusan kenegaraan; ~ koalisi Id kabinet yg menteri-menterinya merupakan ahli atau pemimpin dr beberapa parti (politik); ~ nasional Id kabinet yg terdiri drpd menteri-menteri yg mewakili sebahagian besar drpd parti-parti (politik); ~ parlementer Id kabinet yg menteri-menterinya dikemukakan oleh parlimen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.bi.nét] | کابينيت

Definisi : (kabinét) 1. almari kecil yg bertingkat atau berlaci tempat menyimpan dokumen, surat dan barang-barang berharga, dsb: Saidin berdiri mengambil fail-fail dr dlm ~; 2. sj perabot (spt almari dsb) tempat menyimpan pinggan mangkuk dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.bi.nét] | کابينيت

Definisi : /kabinét/ 1 kumpulan menteri yg diketuai oleh Perdana Menteri yg memegang tampuk pemerintahan sesebuah negara: ~ bayangan kabinet yg dibentuk oleh pihak pembangkang dlm persediaannya utk mengambil alih kekuasaan jika menang dlm pilihan raya umum. 2 almari tempat menyimpan atau tempat mempamerkan barang-barang perhiasan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kabinet (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan portfolio: jabatan, jemaah menteri,

2. Bersinonim dengan perabot: almari, peti.,



Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
shadow cabinetkabinet bayanganSains PolitikPolitik PerbandinganKabinet yang dibentuk oleh sekelompok pemimpin parti pembangkang yang bertanding dalam pilihan raya bagi menggantikan kabinet sebenar kerajaan apabila mereka menang dalam pilihan raya yang menjelang. Kabinet bayangan merupakan satu usaha persediaan awal yang menjadi harapan kepada parti pembangkang untuk menangani keadaan sekiranya mereka menang dalam pilihan raya tersebut. Kabinet ini sedia membahagikan portfolio atau tugas masing-masing supaya tidak berlaku salah faham atau perebutan sekiranya mereka berjaya dalam pilihan raya itu. Kabinet ini biasanya dipimpin oleh ketua parti pembangkang. Contohnya, ketua parti pembangkang Great Britain sudah bersedia dengan senarai kabinet bayangan bagi menghadapi pilihan raya umum negara tersebut.
cabinetkabinetSains PolitikPolitik PerbandinganBadan eksekutif yang dianggotai oleh jemaah menteri yang dipilih dari kalangan ahli dewan perundangan. Anggota jemaah kabinet akan dipertanggungjawabkan untuk mengetuai portfolio atau kementerian tertentu. Kebiasaannya, ahli kabinet ini akan bermesyuarat satu atau dua minggu sekali dan dipengerusikan oleh perdana menteri dalam sistem demokrasi berparlimen atau oleh presiden dalam sistem demokrasi berpresiden. Pelantikan ahli jemaah kabinet dalam amalan demokrasi merupakan hak mutlak ketua kerajaan. Istilah ini berasal daripada perkataan Perancis yang membawa maksud bilik rahsia yang digunakan oleh Raja Perancis pada era sebelum revolusi untuk bermesyuarat dengan pegawai istana tertentu. Pegawai yang dipercayai oleh raja sahaja dipanggil untuk bermesyuarat kerana ia melibatkan rahsia negara.
China cabinetkabinet ChinaKesenianHiasan DalamanKabinet yang mempunyai pintu dan tingkat bagi menyimpan pinggan dan mangkuk.
cabinet makingpembuatan kabinetKesenianHiasan DalamanSeni penghasilan perabot kayu yang berkualiti tinggi, contohnya kabinet, rak dan perlengkapan bilik tidur. Seni pembuatan perabot ini melibatkan pelbagai teknik antaranya kerja penyambungan, melereng, meruncing dan menggunakan alat kemasan untuk menghasilkan hiasan yang bermutu tinggi.
Act of ExecutiveTindakan EksekutifSains PolitikPolitik PerbandinganKeputusan yang diambil oleh kabinet yang mempunyai kuasa eksekutif untuk memelihara dan melindungi kepentingan awam. Tindakan diambil apabila muncul sesuatu isu yang memerlukan tindakan segera kerajaan. Tindakan ini hanya dibincang di peringkat kabinet tanpa memerlukan pengesahan parlimen. Contohnya, keputusan kabinet (kerajaan) Malaysia menetapkan harga siling bagi produk video cakera padat merupakan satu bentuk tindakan eksekutif yang bertujuan melindungi kepentingan ekonomi industri muzik negara.
biohazard safety cabinetkabinet keselamatan biobahayaSains KesihatanTiadaKebuk untuk melindungi pengguna daripada bahan berbahaya.
croftkrofKesenianHiasan DalamanNama reka bentuk kabinet yang digunakan pada abad ke-18 dan ke-19 untuk menulis dan menyimpan barang.
croftkrofKesenianHiasan DalamanNama reka bentuk kabinet yang digunakan pada abad ke-18 dan ke-19 untuk menulis dan menyimpan barang.
built-interbina dalamKesenianHiasan DalamanPerabot, seperti tempat letak buku, kabinet atau tempat duduk yang dipasang lekap tetap. Binaan perabot ini bergantung kepada saiz bukaan yang sedia ada pada tapak atau ruang binaan.
butler's pantrypantri butlerKesenianHiasan DalamanSejenis perabot yang mempunyai laci dan kabinet untuk pinggan mangkuk dan kain linen. Pantri butler selalunya terletak di antara dapur dengan bilik makan serta dilengkapi kaunter dan basin.
123

Kembali ke atas