Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.bur] | کابور

Definisi : 1. tidak dapat melihat dgn terang atau nyata (bkn mata), kurang terang (bkn pe­lihatan), pudar: ayahanda orang tua, ~ mata, pekak telinga; 2. kurang jernih (bkn kaca dll), tidak terang atau jelas (bkn corak atau warna sesuatu, tulisan, dll), tidak cerah, pudar: tikar mengkuang putih yg telah ~; tulisan yg ~; nasibnya sudah mulai ~ nasibnya tidak terang atau cerah lagi (sudah mulai buruk); 3. tidak atau kurang jelas (maksudnya, kan­dungannya, dsb), tidak nyata, samar-samar: definisi novel spt di atas sangat ~; semua kenangan yg indah itu menjadi ~ dan samar-samar; mengabur menjadi kabur (kurang terang, jernih, nyata, dll), menjadi pudar: ia melihat ke hadapannya kembali kpd Yusuf dan Maria yg ~ di atas kerusi di bawah pohon mangga yg rimbun itu; fikirannya ~; mengaburi menjadikan kabur: tanda tanya terus ~ fikiran Burad; mengaburkan menyebabkan jadi kabur: ~ pandangan seseorang terhadap soal-soal masyarakat; ~ mata rakyat mengelirukan rakyat (menipu rakyat); kekaburan perihal atau keadaan kabur: dgn menggunakan kaca mata, ~ matanya hilang; Amir sudah pulih drpd ~ fikirannya; dlm buku-buku Greek yg terdahulu, terdapat terlalu banyak ~; kekabur-kaburan agak kabur, agak pudar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.bur] | کابور

Definisi : Kl sj kumbang kelapa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.bur] | کابور

Definisi : Jk lari, melarikan diri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.bur] | کابور

Definisi : 1 tidak dpt melihat dgn terang atau dgn jelas (bkn mata); kurang terang (penglihatannya): Matanya ~. 2 tidak cukup terang; tidak jelas (bkn tulisan, warna dll); pudar; samar(-samar): Tulisannya sudah ~. Lukisan itu menjadi ~ kerana lama tergantung di dinding. 3 tidak jernih (benda-benda spt kaca); pudar; kelam. 4 ki tidak jelas atau kurang jelas; samar(-samar): Ingatannya ttg peristiwa itu sudah ~. Keterangan yg diberikan agak ~. mengabur menjadi kabur: Nasib hari depannya ~. mengaburi menjadikan kabur: Asap tebal telah ~ pemandangannya. mengaburkan menyebabkan jadi kabur: Pemimpin itu ~ pandangan orang ramai dgn janji yg muluk-muluk. kekaburan keadaan kabur; kekelaman; kepudaran. kekabur-kaburan agak kabur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kabur


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
spectacle blurkabur kaca mataSains KesihatanTiadaPenurunan tahap penglihatan dengan kaca mata selepas pemakaian kanta sentuh.
blur circlebulatan kaburSains KesihatanTiadaTapak jalan alur cahaya bulat yang terbentuk di permukaan retina.
bafflesesekatKesenianHiasan DalamanSejenis elemen pudar atau kabur yang berfungsi untuk mengadang pancaran cahaya daripada pandangan atau bagi menyerap cahaya yang berlebihan.
digital eye syndromesindrom mata digitalPerubatanTiadaGejala penyakit berkaitan dengan ketegangan mata dan kabur penglihatan yang disebabkan oleh penggunaan komputer atau skrin digital dalam jangka masa yang terlalu lama.
presbyopiapresbiopiaSains KesihatanTiadaKeadaan kurang upaya sistem optik mata berakomodasi menyebabkan penglihatan jarak dekat kabur. Ia berkaitan dengan peningkatan umur.
quasi-internationalsepara antarabangsaSains PolitikPolitik PerbandinganHubungan antara sebuah negara berdaulat dengan sebuah wilayah lain yang masih kabur taraf kedaulatannya di peringkat antarabangsa. Ini berbeza dengan hubungan antara dua negara berdaulat yang dikenali sebagai hubungan antarabangsa. Contohnya, hubungan negara Jepun dengan Taiwan merupakan separa antarabangsa kerana Taiwan belum mendapat taraf kedaulatan di peringkat antarabangsa.
double entrendekias selewengKesusasteraanTiadaKiasan yang mempunyai dua makna yang kurang jelas. Kekaburan makna ini berpunca daripada penggunaan bahasa yang kabur dan boleh memberikan makna yang berbeza-beza. Contohnya, dua makna dalam sesuatu kenyataan. Salah satu daripadanya mempunyai makna yang tidak baik atau berbentuk sensual, dan satu lagi mempunyai makna bagus dan bernilai murni. Kias seleweng ini biasa digunakan dalam penulisan puisi. Kias seleweng berasal daripada perkataan Perancis double entrende yang menerangkan situasi yang mempunyai �makna berlapis� atau �dua tahap pemahaman�.
mixed figurekiasan rancuKesusasteraanPuisiUnsur kiasan bercampur-campur yang digunakan dalam sesebuah puisi. Ini dilakukan dengan tujuan untuk memperjelas sesuatu maksud atau citra yang kabur ataupun unik.
cone of visionkon penglihatanKesenianHiasan DalamanSudut tahap penglihatan yang jelas oleh seseorang yang melihat, iaitu antara 45 darjah hingga 60 darjah. Penglihatan akan menjadi semakin kabur apabila melepasi sudut tersebut.
ambiguityambiguitiKesusasteraanTiadaPenjamakan makna yang terdapat dalam sesebuah karya sastera. Perkataan, frasa, ayat atau idea boleh memiliki atau menghasilkan lebih daripada satu maksud atau berbilang maksud, sehingga maksudnya yang sebenar menjadi kabur atau tidak dapat dipastikan dengan tepat. Pada awal perkembangannya, kehadiran ambiguiti khususnya dalam puisi tidak disenangi oleh kebanyakan penulis kerana menimbulkan kekaburan. Namun, Willian Empson dalam bukunya Seven Types of Ambiguity (1930) mengatakan bahawa kehadiran ambiguiiti dalam puisi dalam kewajarannya. Ambiguiti dikatakan dapat memperluas cakupan maksud sesebuah puisi kerana kehadirannya memungkinkan pembaca mentafsirkan pelbagai lapisan makna dalam puisi tersebut. Ambiguiti dalam bahasa Latin bermaksud �berubah-ubah� atau �tidak pasti�. Ambiguiti dikenali juga sebagak �ketaksaan�.
12

Kembali ke atas