Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.ca] | کاچ

Definisi : 1. bahan yg lut sinar atau lut cahaya biasanya keras dan rapuh, dibentuk dgn me­lakurkan pasir silika, oksida logam dan bahan­bahan lain, digunakan utk membuat tingkap, cermin, dll: cermin muka dibuat drpd ~; 2. = ~ muka cermin (muka); 3. ki cermin, contoh, teladan: keteguhan imannya boleh menjadi ~ bagi bangsanya; ~ benggala cermin yg tebal (besar); ~ berliang kaca yg mengandungi liang halus yg digunakan dlm turas dll; ~ borosilikat sj kaca yg tahan haba yg digunakan utk membuat barangan kaca makmal; ~ gentian bahan yg diperbuat drpd campuran gentian kaca dgn resin sintetik, biasanya digunakan sbg penebat dlm bangunan, utk membuat badan bot, bahagian-bahagian tertentu kereta, dsb; ~ keselamatan kaca yg diolah supaya tidak pecah atau berkecai sema­sa terkena hentaman (mis kaca utk cermin ke­reta); ~ mata a) cermin mata; b) pelihatan, (sudut) pandangan: dr ~ mata seniman; ~ pembakar kanta cembung yg menumpukan sinar matahari utk membakar; ~ pembesar(an) kanta kaca utk membuat benda yg dilihat kelihatan besar; bagai ~ terhempas ke batu prb sangat sedih atau kecewa; berkaca 1. menggunakan (memakai) kaca: tingkap-tingkap itu ~; ~ mata memakai kaca mata, bercermin mata; 2. = mengaca me­lihat muka (diri sendiri) dlm cermin, ber­cermin: bersolek sambil ~; 3. = berkaca­-kaca bersinar, berkilauan (bkn mata, air dll): matanya ~ kembali; memperkaca menyaksikan (menentukan, meyakinkan, melihat) sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.ca] | کاچ

Definisi : muka surat, halaman (buku dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.ca] | کاچ

Definisi : 1 benda yg hening dan keras tetapi mudah pecah (digunakan utk membuat jendela, dinding penyekat bilik di pejabat dll); gelas. 2 = ~ muka kaca yg dpt membalikkan cahaya atau bayang; cermin. ~ gentian bahan yg diperbuat drpd campuran gentian kaca dgn resin sintetik, biasanya digunakan sbg penebat dlm bangunan, utk membuat badan bot, bahagian-bahagian tertentu kereta dsb. ~ mata a. alat yg dipakai utk membantu menerangkan penglihatan, utk bergaya dsb; cermin mata. b. pendapat; fikiran; (sudut) pandangan. ~ pembesar kanta yg dpt menjadikan sesuatu yg dilihat melaluinya kelihatan besar. berkaca 1 ada kacanya; memakai atau menggunakan kaca: ~ mata memakai kaca mata. 2 melihat muka atau diri sendiri dlm kaca; bercermin. 3 = berkaca-kaca bersinar (bkn air, mata dll); berkilauan: Wajahnya jelita dan matanya ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kaca (kata nama)
Bersinonim dengan gelas, cermin, bayang, imej;,
Kata Terbitan : berkaca-kaca,

Puisi
 

Kain kaca berbunga dedap,
     Dibawa nakhoda ke negeri Keling;
Darah gemuruh rasa tak sedap,
     Kerana cinta sudah berpaling.


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Bagai kera diberi kaca.

Bermaksud :

Mendapat sesuatu yang tak dapat dipergunakan. (Peribahasa lain yang sama makna: Kera dapat bunga). (Bandingkan dengan: Memberi bunga kepada kera [monyet]).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
glass electrodeelektrod kacaKimiaKimia AnalisisSejenis elektrod pemilih ion berbentuk bebola yang mempunyai membran elektrod yang diperbuat daripada kaca yang nipis dan mengandung larutan asid hidroklorik yang kepekatan H+ tetap dan diketahui. Daya gerak elektrik elektrod kaca peka terhadap kepekatan H+ di dalam dan di luar membran kaca. Elektrod kaca juga boleh menjadi selektif terhadap Na+, K+ dan NH₄⁺, dengan mengubah-ubah komposisi kaca.
sol-gel glass formingpembentuk kaca sol-gelFizikNanoteknologiAlat khas bagi menghasilkan sfera kaca berskala nano. Sfera kaca ini digunakan untuk pengkapsulan enzim bagi melindunginya daripada serangan kimia dan fizik persekitaran atau digunakan juga untuk pengkapsulan minyak tengik dalam krim kulit supaya tidak berbau busuk dan memedihkan mata.
Carrara glasskaca CarraraKesenianHiasan DalamanKaca yang digunakan pada dinding dan permukaan atas meja. Kaca ini berasal dari Carrara, Itali.
stain glasskaca stainKesenianHiasan DalamanKepingan kaca yang telah melalui proses kimia dan dibakar sehingga mencapai warna yang dikehendaki. Kepingan kaca berwarna yang bercorak digunakan pada sebarang bentuk bukaan pada tingkap atau pintu untuk menimbulkan refleksi hiasan kesan pantulan cahaya.
baccaratbakaratKesenianHiasan DalamanBarangan kaca kristal yang mula-mula dibuat di timur Perancis pada sekitar abad ke-18. Pada mulanya, barangan kaca ini hanya terdiri daripada kaca tingkap, cermin muka dan peralatan mengukus. Namun, kemudian pengeluarannya berkembang kepada barangan ketuhar, lampu hiasan gantung, dan botol minyak wangi. Kecantikannya yang luar biasa menjadikan barangan ini diminati ramai.
casementdaun tingkap kacaKesenianHiasan DalamanTingkap kaca yang mempunyai engsel dan bingkai bergerak, sama ada ke arah luar atau dalam. Daun tingkap ini juga dikenali sebagai tingkap berbingkai.
spectacle blurkabur kaca mataSains KesihatanTiadaPenurunan tahap penglihatan dengan kaca mata selepas pemakaian kanta sentuh.
glass insuranceinsurans kacainsuransTiadaInsurans yang membayar ganti rugi akibat kerosakan kepada barang atau perhiasan kaca.
sintered glass cruciblemangkuk pijar kaca bersinterKimiaKimia AnalisisMangkuk pijar yang dilengkapi dengan kaca bersinter di tengah-tengahnya yang digunakan sebagai penuras.
X-ray tubetiub sinar-XTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikSalah satu komponen sistem penghasilan sinar-X yang terdiri daripada katod, anod, sirip penyejuk, kon penumpu, yang dibina dalam tiub kaca vakum. Tiub kaca divakumkan untuk mengelak daripada berlaku pelanggaran elektron dengan zarah udara.
12345678

Kembali ke atas