Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.cang] | کاچڠ

Definisi : sj tumbuhan dan buahnya; ~ arab = ~ bendi = ~ lendir sj tumbuhan (herba), Hibiscus esculentus; ~ belimbing = ~ botor = ~ kelisa = ~ kotor sj tumbuhan (pokok me­manjat), Psophocarpus tetragonolobus; ~ buncis = ~ pendek sj tumbuhan (herba), Phaseolus vulgaris; ~ cina sj tumbuhan (herba), Phaseolus lunatus; ~ goreng = ~ cina = ~ jawa = ~ tanah sj tumbuhan (herba), Arachis hypogaea; ~ hantu a) = ~ parang = ~ polong sj tumbuhan (pokok memanjat), Canavalia ensiformis; b) orang jahat; ~ hijau = ~ cindai = ~ padi sj tumbuhan (pokok renek), Phaseolus aureus; ~ kara = ~ sepat sj tumbuhan (pokok), Dolichos lablab; ~ kayu a) sj tumbuhan (pokok renek), Cajanus indicus; b) = ~ riang-riang = ~ sekucuk sj tumbuhan (pokok), giring-giring, Crotalaria striata; ~ kelor sj tumbuhan (pokok) emung­gai, Moringga oleifera; ~ kota sj tumbuhan (pokok), ketepeng hutan, Cassia occiden-talis; ~ kuda sj kacang yg agak bulat, berwarna kekuning-kuningan atau coklat muda, yg biasanya direbus utk dimakan, Cicer arietinum; ~ laut a) sj tumbuhan (herba), Vigna marina; b) sj tumbuhan (pokok menjalar), Canavalia rosea; ~ miang a) sj kacang yg gatal; b) orang yg suka menghasut; ~ panjang = ~ merah = ~ perut ayam sj tumbuhan (pokok), Vigna sinensis; ~ putih sj tumbuhan (pokok memanjat), Pisum sativum; ~ soya sj tumbuh­an (herba), Glycine max; ~ sepalit = ~ puyuh sj tumbuhan (herba), Phaseolus calcaratus; kuih ~ kuih kasturi, rengas; ~ lupakan kulitnya = panas hari, lupa ~ akan kulitnya prb orang yg lupa akan asalnya (orang yg telah menolongnya dll) setelah menikmati kesenangan dll; bagai ~ direbus satu prb meloncat-loncat kerana kesukaan; bagai ~ tengah dua bulan prb, Mn sangat subur tubuh badannya (bkn kanak-kanak); kacang-kacang a) sj tumbuhan (pokok renek), teruntum, Aegiceras corniculatum; b) sj tumbuhan (pokok memanjat), kacang hijau hutan, Pueraria phaseoloides; akar ~ a) sj tumbuhan (pokok memanjat), akar pah kuda, akar sarang punai, akar tegun pontianak, Dichapetalum deflexifolium; b) sj tumbuhan (pokok memanjat), akar telur bujuk, akar nyamuk, Agelaea vestita; mengacang 1. membahagi-bahagi (barang yg diperoleh dll); 2. berbuat sesuka hati atau semahu-mahunya (atas hak milik orang lain); memperkacang menghabiskan (memboros­kan) harta atau wang orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.cang] | کاچڠ

Definisi : ; ~ lopek sj ikan laut, Sphyraena obtusata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.cang] | کاچڠ

Definisi : Kl; mengacang menumbuk, me­ngasak, menginjak-injak; terkacang; ~ pinggang sakit seluruh badan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.cang] | کاچڠ

Definisi : beberapa jenis tumbuh-tumbuhan yg boleh dimakan buahnya dan bijinya terkandung dlm lenggai. ~ bendi nama sj herba, Hibiscus esculantus. ~ botor (kelisa) nama sj tumbuh-tumbuhan memanjat, Psophocarpus tetragonolobus. ~ buncis nama sj herba, Phaseolus vulgaris. ~ hijau nama sj pokok renek, Phaseolus aureus. ~ panjang nama sj tumbuh-tumbuhan memanjat, Vigna sinensis. ~ soya nama sj herba, Glycine max. ~ tanah nama sj herba, Arachis hypogaea. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kacang

Puisi
 

Bukan kacang sebarang kacang,
     Kacang melilit di pohon kayu;
Bukan datang sebarang datang,
     Datang jemput kerana malu.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Bagai kacang direndang.

Bermaksud :

Bunyi suara yang tak putus-putus.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
genisteingenisteinHerbaPemiawaianSejenis isoflavon yang banyak terdapat dalam ekstrak herba seperti kacang dal atau kacang kayu (Cajanus cajan).
isoflavoneisoflavonHerbaPemiawaianSebatian flavonoid yang dicirikan dengan satu gelang aromatik yang terikat pada unit kromana pada kedudukan C-3. Contoh sebatian ialah genistein daripada kacang dal atau kacang kayu (Cajanus cajan).
defatted soybean mealtepung soya nyahminyakPerikananAkuakulturBahan sampingan atau hampas yang diperoleh selepas biji kacang soya diekstrak untuk penghasilan minyak. Tepung soya nyahminyak digunakan sebagai sumber protein tumbuhan dalam penyediaan makanan rumusan ikan. Kandungan proteinnya adalah antara 44% – 48%.
veggie ballbebola sayuranPentadbiran PerniagaanTiadaSejenis makanan yang berbentuk bulat dan diperbuat daripada bahan utama seperti kacang pea, lobak merah, jagung, lada dan sebagainya.
plant ballbebola tumbuhanPentadbiran PerniagaanTiadaSejenis makanan yang berbentuk bulat dan diperbuat daripada bahan utama seperti protein kacang, kentang, tepung beras, minyak sayuran dan sebagainya. Tekstur dan rasanya seakan bebola daging.
curing of herbpematangan/pengawetan herbaHerbaTiadaSuatu proses penyimpanan yang bersesuaian untuk membolehkan enzim yang terdapat dalam herba bertindak dan merubah kandungan biokimianya bagi meningkatkan kualiti herba. Contohnya, koko dan kacang vanila.
raw ingredientbahan mentahPerikananAkuakulturSumber bahan ramuan yang digunakan dalam penyediaan makanan untuk pelbagai jenis ternakan. Bahan yang digunakan akan dicampur agar makanan yang lengkap dan seimbang dapat disediakan untuk keperluan ternakan. Antara bahan yang kerap digunakan dalam kuantiti yang banyak ialah jagung, hampas isirung kelapa sawit, mil kacang soya, mil ikan, dedak padi, molases, pelepah kelapa sawit dan mineral. Sebahagian daripada bahan ini perlu diproses sebelum dicampur ke dalam makanan. Selain itu, terdapat juga bahan lain yang digunakan dalam kuantiti yang sedikit seperti serbuk batu kapur, urea, garam, vitamin, mineral dan asid amino. Bahan mentah yang diimport, seperti dedak gandum, mil alfalfa dan polard gandum juga turut digunakan sebagai bahan mentah untuk keperluan ternakan. Sinonim bahan ramuan.
lullabydodoiKesusasteraanTiadaLagu yang didendangkan untuk menenteramkan dan menidurkan anak. Biasanya dodoi mengandungi lagu yang pendek, disampaikan secara berulang-ulang dengan melodi yang lembut, menggunakan puisi kanak-kanak sebagai liriknya. Kebanyakan dodoi bersifat didaktik dan berunsur keagamaan. Contohnya: �Endoi-endoi cak, Cak makan padi, Adik jangan teriak, Mak masak nasi. Buah kacang botor, Bilang satu satu, Tidur adik tidur, Takut burung hantu. Burung hantu punai, Bertelur dalam bakul, Kera duduk menyemai, Lotong duduk menyangkul.

Kembali ke atas