Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.cu.kan]/[ka.cu/.kan] | کاچوقن

Definisi : 1. campuran, kacauan: padi Malinja ialah hasil ~ padi Malaya, India dan Jepun; bahasa Melayu ~ bahasa Melayu yg bercampur dgn bahasa lain (dlm penggunaan kata dsb), bahasa Melayu pasar; orang ~ orang yg ibu bapanya berlainan bangsa. 2. hasil drpd mengacukkan (haiwan atau tumbuh-tumbuh­an); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.cu.kan]/[ka.cu/.kan] | کاچوقن

Definisi : 1 sesuatu yg bercampur aduk; campuran: bahasa Melayu ~ bahasa Melayu yg bercampur dgn bahasa lain; bahasa Melayu pasar. 2 hasil drpd mengacukkan (haiwan atau tumbuh-tumbuhan): Lembu ~ antara lembu tempatan dgn lembu dr Australia banyak dipelihara di sini. orang ~ orang yg ibu dan bapanya berlainan bangsa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kacuk
Kata Terbitan : kacukan,
Rujuk :kacau;,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
double crosskacukan ganda duaPerubatanTiadaTeknik untuk menghasilkan stok kacukan dengan mengacukkan kacukan-kacukan di antara dua pasangan yang berlainan daripada titisan baik dalam.
polycross progenyprogeni kacukan berbilangPertanianAgronomi

Sekumpulan tanaman atau tumbuhan daripada benih hasil kacukan berbilang. Progeni kacukan berbilang akan dinilai dan dibuat pemilihan untuk mendapatkan baka yang terbaik. Lihat juga kacukan berbilang.

backcrosskacuk balikBioteknologiTiadaKacukan antara hibrid dengan salah satu daripada induknya. Kacukan ini melibatkan kacukan induk yang genotipnya tidak diketahui dengan homozigot resesif untuk membolehkan fenotip progeninya mewakili kromosom yang dibawa oleh induk yang genotipnya tidak diketahui.
in situ hybridizationkacukan setempatPertanianAgroteknologiKaedah kacukan yang menggunakan DNA atau RNA luaran kepada DNA atau RNA dalam sel di lokasi kromosom yang spesifik. Untuk melaksanakan kacukan ini, DNA atau RNA luaran perlu bersesuaian dengan lokasi kromosom yang dikacukkan itu. Kacukan setempat dilakukan bertujuan untuk mengkaji proses fisiologi atau penyebab penyakit sesuatu tumbuhan. Sinonim hibridisasi setempat.
backcrosskacukan balikHerbaBotani dan BioteknologiKacukan yang melibatkan satu hibrid dengan salah satu daripada induknya. Kacukan ini bertujuan untuk menulenkan dan menstabilkan hibrid tersebut.
three point crosskacukan tiga titikBiologiGenetik1. Kacukan trihibrid yang dilakukan untuk mencari jarak peta antara ketiga-tiga gen. 2. Kacukan yang melibatkan tiga mtasi dalam bakteria atau virus dan dilakukan untuk menentukan jarak antara ketiga-tiga mutasi tersebut.
selfingkacukan sendiri buatanPertanianAgronomi

 Kacukan yang dilakukan oleh manusia dengan memberi debunga kepada stigma pada pokok yang sama. Contohnya, untuk jagung, debunga daripada bunga jantan ditabur kepada bunga betina pada pokok yang sama untuk mendapatkan biak baka dalam. Tujuan kacukan sendiri buatan adalah untuk mendapatkan homozigot.

double crosskacukan ganda duaBiologiGenetikTeknik yang digunakan untuk menghasilkan biji hibrid daripada jagung padang. Misalnya, kacukan pertama melibatkan A X B = hibrid AB, C X D = hibrid CD dan kacukan kedua melibatkan AB X CD = hibrid AB X CD yang digunakan untuk tanaman komersial.
backcrosskacukan balikBiologiGenetikKacukan antara heterzigot F1 dengan individu yang mempunyai genotip yang serupa dengan salah satu daripada dua induknya.
testcrosskacukan ujianBiologiTiadaKacukan antara individu yang genotipnya tidak diketahui dengan satu individu yang homozigot resesif dari segi gen yang dipersoalkan.
12345678910...

Kembali ke atas