Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kad yg mengandungi butir-butir tertentu diri seseorang (spt nama, tarikh lahir, alamat tempat tinggal, dll) utk makluman orang atau pihak yg berkaitan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kad yg mengandungi keterangan tertentu mengenai diri seseorang (namanya, alamatnya, bangsanya, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kad yg berisi keterangan ttg diri seseorang (namanya, alamatnya dll) berserta gambarnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kad (kata nama)
Bersinonim dengan kepingan, kupon, kartu.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
romance scampenipuan cintaKriminologiTiadaHelah secara romantik yang melibatkan seorang mangsa untuk mendapatkan cinta bagi melakukan penipuan seperti wang, akaun bank, kad kredit, pasport, akaun e-mel, atau nombor kad pengenalan.
election fraudpenipuan pilihan rayaSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan penyelewengan yang dibuat dalam pilihan raya untuk mendapatkan kemenangan atau menjatuhkan sesuatu lawan. Penipuan boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti mewujudkan pengundi hantu, penggunaan wang dengan mengupah pegawai pilihan raya atau pembelian undi, penyelewengan dalam senarai pendaftaran, pemaksaan pengundi untuk memilih calon tertentu, pemindahan pengundi dari senarai pendaftaran ke kawasan lain, pengisian kotak undi dengan kertas undi terlebih dahulu sebelum hari pengundian dan penambahan atau pemindaan undi dalam kertas undi pos. Penipuan boleh dibuat oleh mana-mana pihak, namun lebih banyak dilakukan oleh pihak yang menguasai badan yang menjalankan pilihan raya. Contohnya, penggunaan kad pengenalan seorang yang sudah meninggal dunia yang tidak didaftarkan kematiannya untuk mengundi merupakan satu penipuan dalam pilihan raya.
personal identification number (PIN)nombor pengenalan peribadi (PIN)Teknologi MaklumatTiadaRentetan nombor yang digunakan dalam proses penyahihan pengguna dan biasanya digunakan bersama token keselamatan seperti kad jalur magnet dan kad pintar. Nombor pengenalan peribadi selalunya digunakan pada alat capaian awam yang mempunyai kaedah input terhad seperti pad numerik dan memerlukan proses pencapaian segera seperti pad kekunci pintu.
automated identification (AutoID)pengenalan automatik (AutoID)Teknologi Maklumate-KesihatanProses pengecaman data secara automatik melalui beberapa teknologi dan peranti seperti pembaca kod palang, pengenalan frekuensi radio (RFID), pembaca jalur magnet dan kad ingatan optik. Contohnya, pengenalan automatik digunakan untuk membuka pintu laluan zon terhad sesebuah hospital yang dikhaskan untuk pegawai perubatan sahaja. Sinonim tangkapan data dan pengenalan automatik (AIDC).

Kembali ke atas