euphoria | euforia | Herba | Fitoterapi | Keadaan keriangan yang berlebihan dan kadang-kadang tidak berasas. |
irony | ironi | Kesusasteraan | Tiada | Keadaan (wacana) yang melindugi makna untuk menyampaikan maksud yang berlainan. Kadang-kadang maksud yang disampaikan berlawanan dengan apa yang diujarkan. Walau bagimanapun, ironi tidak bertujuan memperdaya, malahan untuk mendapat kesan retorika dan artistik. Ironi menonjolkan ketidaksuaian antara harapan dengan kenyataan, dan antara suasana yang dikemukakan dengan kenyataan yang mendasarinya. Ironi berhubungan dengan sarkasme dan sinisme, iaitu gaya ujaran yang penuh dengan kecurigaan, keraguan, atau sikap meremehkan kejujuran dan moral. Antara jenis ironi adalah seperti yang berikut: Pertama, ironi lisan ialah kenyataan yang mengandungi makna tersirat yang berbeza daripada apa yang dinyatakan oleh pengujar. Contohnya, ayat pertama dalam karya Pride and Prejudice oleh Jane Austen: �It is truth universally acknowledge that a single man in possession of a good fortune must be in want of a wife�. Berdasarkan petikan ayat di atas, ironinya seseorang wanita memerlukan suami yang kaya. Kedua, ironi struktural ialah kenyataan yang menonjolkan ciri-ciri struktural yang berfungsi untuk mengekalkan kependuaan makna. Alat yang biasa untuk jenis ironi ini ialah penciptaan wira yang terlalu lurus atau pengujar yang naif. Kenaifan wira menyebabkan pemahaman tentang persekitaran amat terbatas dan keliru berbanding dengan tanggapan pengarang dan khalayak tentang keadaan yang sebenar. Oleh itu, ironi struktural bergantung pada pengetahuan ironi pengarang yang dikongsi bersama khalayak. Ketiga, ironi dramatik ialah situasi apabila audiens mengetahui lebih banyak tentang situasi sesuatu watak daripada apa yang disedari oleh watak tersebut. Dalam drama tragedi, ironi ini dikenali sebagai ironi tragik. Ironi terdapat dalam semua genre sastera. Lihat juga ironi dramatik, ironi romatik, tragedi. |
spells | jampi serapah | Kesusasteraan | Tiada | Ucapan mantera yang biasanya digunakan dalam teater tradisional dan pengubatan tradisional. Kadang-kadang jampi serapah bermaksud kalimat yang dibaca atau diucapkan untuk mendapatkan kesaktian, perlindungan, atau pertolongan terhadap sesuatu. Contohnya, jampi serapah dalam Main Puteri dan Bagih yang popular di Kelantan. Lihat juga mantera, seru puja. |
quatrain | kuatrin | Kesusasteraan | Tiada | Puisi yang terdiri daripada empat baris dalah satu rangkap, biasanya berpola rima a,b,c,d. Kadang-kadang pola rimanya dalam bentuk a,b,a,a; a,a,b,b; a,b,b,a, dan a,a,b,a. Kuatrin banyak digunakan dalam puisi Eropah dan biasanya puisi panjang dalam bentuk naratif. Kuatrin terangkum dalam dua komponen oktaf soneta. Contoh dalam sajak Inggeris oleh Ogden Nash seperti yang berikut: Sure, deck your lower limbs in pants, Yours are the limbs, my sweeting, You look divine as you advance, Have you seen your self retreating? Contoh sayak Melayu oleh M. Ali Hasymy adalah seperti yang berikut: Lihat Tuan, biduk hayatku, Dihempas gelora segara dunia, Hanyut tiada bertentu tuju, Berlayar entah ke mana-mana, Ke mana kudayung bahtera hidupku, Laut dunia besar ombaknya, Ke mana daku mengarah tuju, Tanah tepi samar tampaknya. |
epithet | julukan | Kesusasteraan | Puisi | Kata atau frasa yang ditambah pada nama seseorang, ataupun sesuatu yang lain untuk menunjukkan sifat khasnya; kadang� kadang kata atau frasa tersebut berfungsi menggantikan nama yang berkaitan dalam puisi. Contohnya, "Si Kurus Lapar' yang ditemui dalam puisi "Balada Langit Tua Manusia Sengketa" karya Usman Awang. Sinonim epitet. |
seloka | seloka | Kesusasteraan | Tiada | Puisi Melayu tradisional yang tidak tetap bentuknya dari segi rangkap, baris, dan rima. Tujuan seloka adalah untuk berhibur, bersenda dan berjenaka. Kadang-kadang seloka bersifat menyindir dan mengejek. Bahasanya amat sinis serta tajam tetapi disampaikan dengan nada berseloroh dan berjenaka. Biasanya, seloka tidak panjang tetapi berangkap dan barisnya amat padat. Contoh seloka berjudul �Seloka emak Si Randang� adalah seperti yang berikut: Baik budi Emak si Randang, Dagang lalu ditanakkan, Tiada kayu rumah diruntuh, Anak di pangkuan dilepaskan, Kera di hutan disusui, Awak pulang kelaparan, Beras habis, padi tak jadi. Contoh seloka yang lain ialah: Candu dibungkus kain palas, Makan dia mata bilas-bilas, Mandi segan kerja alas, Harta orang hendak digalas. Seloka berasal daripada bahasa Sanskrit shloka yang bermaksud �pujian atau pemujaan�. Shloka terdapat dalam epik Ramayana dan Mahabharata�. |
normal goods | barang normal | Ekonomi | Tiada | Barang yang mempunyai keanjalan pendapatan yang positif, iaitu kuantiti yang diminta bertambah apabila pendapatan pengguna berubah, ceteris paribus. Barang normal kadang-kadang dikenali juga sebagai barang atasan. |
penny dreadful | cerita picisan | Kesusasteraan | Tiada | Cerita popular, murahan dan sering disampaikan secara bersiri. Cerita picisan tidak memperlihatkan nilai seni yang tinggi. Cerita ini biasanya memaparkan tema sensasi seperti jenayah dan keganasan. Kadang-kadang cerita picisan memaparkan persoalan cinta murahan yang berbaur erotik dan sebagainya. Cerita picisan melecehkan tradisi naratif gotik dan fantasi. Lihat juga fantasi, gotik. |
prediction/ forecast | ramalan | Kesusasteraan | Tiada | Jalan cerita atau perwatakan yang dapat dijangkakan oleh pembaca. Contohnya, sesuatu cerita boleh diramalkan sekiranya jalan ceritanya biasa atau lumrah bagi pembaca. Contohnya, dalam kebanyakan cereka Melayu, lelaki berumur yang berjawatan tinggi sering digambarkan sebagai seorang yang suka berpoligami. Kadang-kadang, bayangan depan sangat ketara sehingga pembaca dapat meneka perkara yang akan berlaku seterusnya. Unsur suspens yang ingin diwujudkan oleh pencerita tidak kesampaian. Dari segi perwatakan watak stereotaip seperti emak tiri (ibu garang yang selalu mendera anak tiri) dan nenek kebayan adalah beberapa potret yang dapat diramalkan oleh pembaca sehingga tiada lagi kejutan yang dapat dilakukan penulis. Contohnya, dalam novel berjudul Mereka yang Tertewas oleh Hasanudin Md. Isa. Novel ini mengisahkan watak Lebai Pa yang distereotaipkan sebagai seorang alim dan kuat agama yang ingin menyedarkan masyarakat sekelilingnya untuk kembali ke jalan Allah SWT. |
legend | legenda | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang memerikan secara berlebih-lebihan tokoh tertentu yang benar-benar wujud. Tokoh terdiri daripada ulama, wali, pemimpin, pahlawan atau wira yang popular. Legenda merupakan salah satu jenis sastera rakyat yang tersohor, dan sering kali dikaitkan dengan �tanda alam� di tempat berlakunya peristiwa penting yang diceritakan. Unsur luar biasa dan misteri menjadi ciri penting dalam legenda. Cerita legenda berlatarkan masa yang lebih hampir dengan cerita kontemporari, dengan latarnya sering dirujuk. Oleh itu, legenda merupakan satu-satunya genre cerita rakyat yang hidup dan terus dicipta. Legenda hampir sama dengan mitos, disampaikan dengan bahasa yang bersahaja, kadang-kadang bersifat stilistik dan formulaik, walaupun dicipta secara lisan. Namun sifat-sifat lisan tetap ada, contohnya unsur perulangan. Legenda boleh disampaikan oleh sesiapa sahaja dan tidak dihubungkan dengan sesuatu acara khas. Legenda berbentuk longgar, tidak memperlihatkan struktur atau plot yang tipikal dan hampir kesemuanya berbentuk prosa. Legenda ialah cerita yang dianggap benar oleh masyarakat kerana cerita ini sering dikaitkan dengan sistem kepercayaan setempat. Namun, legenda bersifat lebih profan berbanding mitos. Legenda yang popular ialah legenda keramat seperti �Keramat Lebai Kader�, �Kerama Kubur Panjang�, dan �Mahsuri�. Legenda tokoh diperlihatkan melalui cerita �Mat Salleh�, �Tok Janggut�, �Puteri Saadong�, dan legenda pendosa seperti �Si Tanggang� dan �Malim Kundang�. |