Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.Öé.dah] | قاعده

Definisi : (kaédah) cara atau peraturan membuat sesuatu (terutamanya yg bersistem atau yg biasa); ~ mengajar cara mengajar (berdasar­kan prinsip-prinsip tertentu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.Öé.dah] | قاعده

Definisi : /kaédah/ cara atau peraturan membuat sesuatu; hukum atau prinsip: ~ mengajar cara mengajar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kaedah (kata nama)
Bersinonim dengan cara, aturan, hukum, prinsip, sistem, susunan, metode, teori, tata, ragam, norma, cara, laku, adat, kebiasaan, adat kebiasaan, lagam, lagu.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
elektroanalysiselektroanalisisKimiaKimia AnalisisKaedah-kaedah analisis yang berasaskan kepada elektrolisis atau kon- duktometri misalnya pentitratan elektrometri.
copysalinan; naskhah; kopiPerpustakaanTiada1. Teks atau ilustrasi untuk dicetak. 2. Naskhah: Satu spesimen buku bercetak. 3. Salinan: Bahan yang terhasil melalui kaedah fotografi, proses hasil semula atau kaedah-kaedah lain.
propagationpembiakan; rambatanKejuruteraanTiada1. Penghantaran tenaga dalam bentuk gelombang di arah yang normal ke muka gelombang.,2. Penambahan bilangan tumbuh-tumbuhan melalui kaedah-kaedah vegetatif.
pilot ion methodkaedah ion perintisKimiaKimia AnalisisKaedah penentuan kuantitatif dalam elektrokimia. Dalam kaedah ini ion yang berlainan daripada analit ditambah sebagai piawai tambahan, misalnya Pb2+ dapat berfungsi sebagai ion perintis dalam penentuan Zn2+. Kaedah ini menyerupai kaedah penambahan piawai dari segi tekniknya, dan dari segi kaedahnya pula, kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah piawai dalaman.
panoramic methodkaedah panoramaKesusasteraanTiadaKaedah bercerita yang memaparkan suasana sesuatu tempat atau peristiwa secara ringkas dan umum.Pengarang biasanya menggunakan kaedah ini dari perspektif yang luas. Kaedah bercerita tidak memerlukan perincian yang teliti tentang sesuatu hal yang diceritakan itu. Kaedah ini membolehkan pengarang berubah dari satu latar atau peristiwa lain secara cepat. Biasanya, pengarang yang menggunakan kaedah ini akan menulis karya berasaskan sudut pandangan serba tahu. Novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur karya Keris Mas banyak menggunakan kaedah panorama. Latar kampung atau suasana kehidupan bandar dalam novel tersebut hanya diberikan gambaran secara umum dan luas. Lihat juga sudut pandangan serba tahu.
neutralisation theoryteori neutralisasiKriminologiKeadilan JenayahTeori kriminologi yang dikemukakan oleh David Cressey, Gresham Sykes dan David Matza yang menerangkan tentang delinkuen yang lazimnya menerima tingkah laku moral yang umum serta mematuhi undang-undang, tetapi pada situasi tertentu mereka boleh bersikap antisosial atau perlakuan melencong dengan menangkis rasa bersalah dengan menggunakan kaedah-kaedah tertentu seperti menyalahkan mangsa atau keadaan. Kaedah-kaedah tersebut membolehkan pelaku menganggap tingkah laku tersebut diterima secara moral buat dirinya sahaja. Pelaku biasanya berolak-alik antara norma kesusilaan yang lazim dengan sikap yang menjurus kepada jenayah.
nanoparticle synthesissintesis nanozarahFizikNanoteknologiKaedah kimia atau fizik yang digunakan untuk menghasilkan nanozarah. Contohnya, kaedah plasma RF, kaedah sol-gel, termolisis dan kaedah denyutan laser.
ab initio methodkaedah ab initioFizikNanoteknologiTeori untuk mendapatkan struktur molekul menggunakan hanya persamaan Schroedinger, nilai pemalar asas atom dan nombor atom yang berkaitan. Terdapat beberapa kaedah seperti kaedah Hartree-Fock yang menggunakan fungsi gelombang orbit molekul sebagai asas. Sinonim kaedah prinsip pertama.
new historicismhistorisisme baruKesusasteraanTiadaKaedah kritikan sastera yang mengkaji karya dalam konteks sejarah dan politiknya. Kaedah ini merupakan usaha untuk membangkitkan semula kecenderungan mengaitkan karya dengan sejarah, yang diamalkan sebelumnya dengan kaedah historisisme. Kebangkitan semula ini adalah sebagai reaksi kepada kecenderungan untuk mengetepikan faktor sejarah dengan kaedah kritikan yang muncul selepas historisisme, seperti Kritikan Baru dan formalisme. Historisisme baru berbeza dengan yang lama dari segi pendiriannya yang tidak menerima bulat-bulat segala fakta sejarah, bahkan mempersoalkan kewibawaannya sebagai perakam sejarah yang objektif. Malah,wacana sejarah dan sastera dianggap sama tarafnya dengan wacana lain dalam bidang ilmu seperti sains, psikologi, dan komunikasi. Kaedah historisme baru menganggap semua jenis wacana yang berlegar di sekitar zaman penulisan sesebuah karya itu mempengaruhi ideologi yang terdapat dalam karya tersebut. Antara ahli teori yang mengutarakan kaedah ini ialah H. White, S Greenblatt dan F. Jameson. Lihat juga formalisme.
Marxist criticismkritikan MarxisKesusasteraanTiadaKaedah kritikan yang menganggap sastera sebagai suatu idiologi yang mencerminkan pergelutan kelas sosioekonomi masyarakat. Kaedah kritikan ini berteraskan teori Marxis yang diasaskan oleh Karl Marx dan Friedrich Engels. Mengikut teori Marxis, sejarah manusia termasuklah institusi, cara pemikiran dan hubungan manusia dipengaruhi sepenuhnya oleh sistem ekonomi yang diamalkan termasuk kaedah pengeluaran. Kaedah pengeluaran mempengaruhi hubungan kuasa dan menimbulkan konflik antara kelas dalam masyarakat. Kritikan Marxis membincangkan pertalian antara karya dengan elemen yang mempengaruhi penulisannya seperti kelas, idiologi dan ekonomi. Kritikan Marxis mementingkan paparan kehidupan yang realisitik terutamanaya mengenai isu keterasingan manusia dan konflik antara kelas dalam sistem kapitalis. Kritikan ini juga mempertikaikan tulisan yang memperakukan nilai borjuis, iaitu nilai material dalam sistem kapitalis. Pendekatan Marxis memanfaatkan kaedah realisme sosial yang berfungsi untuk menjelaskan gambaran realiti yang sebenar menurut fahaman Marxis. Antara pengkritik teori ini ialah Georg Lukacs, Pierre Macherey, Terry Eagleton dan Fredric Jameson. Lihat juga kritikan sastera, realisme sosial.
12345678910...

Kembali ke atas