caffeine poisoning | keracunan kafeina | Kimia | Forensik | Keracunan akibat penggunaan kafeina dalam jangka masa panjang dan berlebihan. Kafeina ialah bahan yang terdapat dalam minuman atau bahan makanan lain. Gejalanya lennasuk keresahan, kerisauan, depresi, nadi jantung yang cepat, terketar-ketar, loya, air kencing yang banyak, dan kurang tidur. Dos parah dianggarkan sebanyak 10 g untuk orang dewasa yang sihat. Pengingesan antara 5 g - 50 g kafeina boleh mengakibatkan maut. Sinonim kafeinisme. |
caffeine | kafeina | Makanan dan Pemakanan | Pemakanan | Alkaloid yang terdapat dalam kopi, teh dan coklat yang bersifat sebagai perangsang ke atas sistem saraf pusat. Kafeina juga meningkatkan tekanan darah, menghilangkan letih dan lesu secara sementara serta berfungsi sebagai agen diuretik. |
caffeine | kafeina | Kimia | Tiada | Sebatian alkaloid, formula C8H10N4O2 dan takat lebur236.8oC bagi hablur monohidratnya, wujud dalam bentuk hablur panjang yang berlenturkan, berasa pahit, larut di dalam kloroform dan larut sedikit di dalam air dan alkohol. Sebatian ini diperoleh daripada pengekstrakan biji kopi, daun teh atau kacang kola dan boleh juga disediakan secara sintetik. Kafeina digunakan di dalam minuman dan ubat-ubatan sebagai bahan perangsang dan diuretik. |
caffeine | kafeina | Perubatan | Tiada | 1. Dadah alkoloid yang terdapat di dalam kopi dan teh yang mempunyai tindakan perangsang ke atas sistem saraf pusat dan merupakan diuretik yang lemah. |
caffeine | kafeina | Kimia | Tiada | 1. Dadah alkoloid yang terdapat di dalam kopi dan teh yang mempunyai tindakan perangsang ke atas sistem saraf pusat dan merupakan diuretik yang lemah.,2. Sebatian alkaloid, takat lebur 236.8 o C bagi hablur monohidratnya dan berasa pahit, C8H10N4O2. |
caffeine | kafeina | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Dadah alkoloid yang terdapat di dalam kopi dan teh yang mempunyai tindakan perangsang ke atas sistem saraf pusat dan merupakan diuretik yang lemah. |
caffeine | kafeina | Gerontologi | Tiada | Alkaloid yang terdapat dalam kopi dan teh yang mempunyai tindakan perangsang ke atas sistem saraf pusat dan merupakan diuretik yang lemah. |
caffeine | kafeina | Kimia | Biokimia | Alkaloid purina berwarna putih, tidak berbau, larut di dalam kloroform, larut sedikit di dalam air, alkohol dan eter, dan berkeadaan peroi di dalam udara. Sebatian bisiklik ini banyak terdapat di dalam biji dan daun kopi, daun teh, dan digunakan sebagai perangsang dalam sistem saraf pusat. |
cafeinism | kafeinisme | Kimia | Forensik | Lihat keracunan kafeina. |
guarana | guarana | Kimia | Tiada | Ekstrak tumbuhan yang mengandungi kafeina. |