Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.gum] | کاݢوم

Definisi : berasa amat sangat tertarik (melihat dsb sesuatu yg luar biasa), hairan, takjub: saya ~ melihat keberaniannya; beliau ~ melihat kemajuan yg telah dicapai oleh negara ini; mengagumi kagum (hairan, takjub) akan: ~ keindahan alam; mengagumkan menimbulkan (menyebab­kan) kagum, menghairankan, menakjubkan: kepandaian ahli silap mata itu sungguh ~; kekaguman ketakjuban, kehairanan; pengagum orang yg mengagumi sesuatu: para pelajar di Barat, sekadar ~ kewibawaan para profesornya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.gum] | کاݢوم

Definisi : (berasa) hairan kerana melihat atau mendengar sesuatu yg ganjil atau yg ajaib; takjub. mengagumi (berasa) kagum akan: Dia ~ keberanian pahlawan itu. mengagumkan menyebabkan kagum; menghairankan; menakjubkan: Kepandaian ahli silap mata itu sungguh ~. kekaguman keadaan atau hal kagum; kehairanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kagum
Rujuk :hairan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
atmospheresuasanaKesusasteraanPuisiPerihal perasaan sedih, gembira, kagum dan simpati yang i:imbul dalam puisi melalui penggunaan bahasa. Contohnya, puisi "Ke Makam Bonda" dalam kumpulan Gelombang karya Usman Awang menimbulkan kesedihan di samping kekaguman.

Kembali ke atas