correlative verse | rangkap rumpun | Kesusasteraan | Puisi | Rangkap asal yang mempunyai kaitan atau hubungan langsung secara timbal balik dengan rangkap berikutnya, terutama dari segi pemikiran. Contohnya, pantun berkait ataupun puisi balada. Sinonim rangkap korelatif. Jikalau hidup tidak sembahyang ibarat rumah tidak bertiang. |
pure salvage (marine) | salvaj tulen (marin) | insurans | Tiada | Upah yang dibayar tanpa kaitan dengan kontrak insurans kepada pihak lain yang melibatkan diri dalam kejayaan operasi menyelamat nyawa dan harta di laut. |
majoritarian system | sistem majoriti | Sains Politik | Politik Perbandingan | Satu bentuk sistem yang mempunyai kaitan dengan sokongan atau pemilihan terbanyak. Sistem ini dapat dilihat semasa proses pilihan raya dan juga dalam soal pemilihan ketua atau pemimpin. Dalam sesebuah negara, parti yang menang besar dalam pilihan raya akan membentuk kerajaan dan seterusnya menjalankan dasar pemerintahan. Pemimpin parti tersebut akan dipilih sebagai ketua kerajaan dengan mendapat sokongan majoriti ahli parlimen. Contohnya, pemimpin parti yang mendapat sokongan dua pertiga ahli parlimen akan menjawat jawatan Perdana Menteri. |
objectivism | objektivisme | Kesusasteraan | Tiada | Gerakan yang mencadangkan supaya puisi dilihat sebagai objek seni yang tidak ada kaitan dengan pertimbangan teori, konteks sejarah, dan niat pengarang. Menurut pandangan gerakan ini, semua objek sepatutnya dipilihk kerana objek itu sendiri tanpa campur tangan atau komen pengarang. Gerakan yang didukung oleh W. Carlos Williams ini popular di Amerika pada tahun 1930-an namun tidak kekal lama. Contohnya, sajak karya W.C. Williams yang berjudul The Red Wheel Barrow hanya menampilkn nilai estetika objek tanpa komen penyair. |
regional account | akaun wilayah | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Struktur ekonomi wilayah yang digambarkan melalui saling kaitan ekonomi antara sektor-sektor utama. |
camshaft timing | pemasaan aci sesondol | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Hubungan antara aci sesondol dengan aci engkol yang menentukan kaitan antara operasi buka-tutup injap dengan kedudukan omboh. Hubungan ini juga ditentukan oleh kedudukan cuping sesondol. |
power | kuasa | Sains Politik | Politik Perbandingan | Keupayaan untuk menguasai dan mempengaruhi seseorang, kelompok atau negara lain yang biasanya mempunyai kaitan dengan autoriti. Melalui keupayaan ini, ia boleh mengarah seseorang, kelompok atau negara bertindak mengikut kehendaknya. Kuasa politik selalunya bersandarkan kepada sokongan orang ramai, kekuatan tentera atau ekonomi yang diberi melalui peruntukan perlembagaan, kelulusan dewan perundangan atau pengesahan di peringkat PBB. Lawatan penting dalam pemerintahan, pentadbiran negara dan organisasi penting selalu diikuti dengan kuasa atau bidang kuasanya. Dengan itu, ia menjadi rebutan orang ramai seperti pilihan raya yang menjadi saingan parti politik kerana mahukan kuasa untuk memerintah negara. Kuasa boleh juga wujud dalam keadaan tidak absah seperti menggunakan kekuatan tentera, kekerasan dan dilaksanakan ke atas pihak yang lebih lemah. Contohnya, tindakan Amerika Syarikat mengingkari keputusan PBB untuk bertindak menyerang Iraq pada tahun 2003 adalah satu manifestasi penggunaan kuasa tanpa sebarang kewajaran atau kelulusan. |
state | pemerintah | Sains Politik | Politik Perbandingan | Institusi pemerintahan yang absah yang menguasai serta melaksanakan kuasa pentadbiran terhadap masyarakat. Konsep ini mempunyai kaitan rapat dengan kerajaan tetapi tidak tepat untuk mengatakan kerajaan itu sama dengan pemerintah. Kerajaan merupakan sebahagian daripada pemerintah. Kerajaan boleh berubah apabila tewas di dalam pilihan raya tetapi institusi pemerintah tetap kekal. Pemerintah merangkumi kerajaan serta semua agensi seperti institusi polis, kastam, imigresen, jabatan hasil dan kerajaan tempatan. Pemerintah ini juga mempunyai kedudukan yang tinggi dan dihormati serta mempunyai autoriti ke atas masyarakat. Contohnya, kerajaan negeri Terengganu berubah daripada kerajaan PAS kepada kerajaan BN pada pilihan raya 2004 tetapi agensi pemerintahannya tetap kekal. Sinonim negara. |
temporary disability benifit | faedah hilang upaya sementara | insurans | Tiada | Faedah mingguan yang dibayar kepada pekerja kerana penyakit atau kemalangan yang tidak ada kaitan dengan pekerjaan. |
historicism | historisisme | Kesusasteraan | Tiada | Kajian sastera yang melibatkan penggunaan fakta sejarah, contohnya kajian untuk mengesan proses pinjam-meminjam bahan penulisan, persoalan sebaran dan ketulenan teks, dan kaitan karya dengan sejarah hidup penulis. Tujuan historisisme adalah untuk menjadikan karya dari zaman yang berbeza ditanggapi pembaca moden dengan cara membina semula latar belakang yang sesuai untuk memungkinkan penilaian dan pemahaman teks tersebut. Lihat juga historisisme baru. |