Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.lium] | کاليوم

Definisi : (Kim) sj unsur logam yg sangat reaktif dan mudah teroksida di udara, digunakan utk membuat baja; ~ hidroksida sj sebatian tak organik yg sangat mengakis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.lium] | کاليوم

Definisi : pepejal putih yg beracun, larut dlm air dan merupakan bahan kakisan (digunakan utk membuat sabun dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ka.lium] | کاليوم

Definisi : ist unsur logam berwarna putih, berkilat dan lembut yg wujud dlm bentuk garam mineral atau batu-batan. ~ hidroksida pepejal putih yg beracun, larut dlm air dan merupakan bahan kakisan (digunakan utk membuat sabun dll). ~ karbonat serbuk putih yg lembap cair, larut dlm air dan digunakan dlm baja, bahan letupan dll. ~ klorida hablur yg tidak berwarna, larut dlm air dan digunakan dlm baja, dlm ubat-ubatan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kalium


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kaliumkaliumPerubatanTiadaUnsur logam, simbol K, jisim atom 39, dan berat atom 19.
potassium-sparing diureticsdiuretik penjimatan kaliumPerubatanTiadaKumpulan ubat diuretik yang tidak menyebabkan kehilangan kalium dari badan. Contoh diuretik ini ialah Spironolactone, Triamterene dan Amiloride. Ubat ini bertindak merencat pertukaran natrium dan kalium pada tubul distal ginjal. Diuretik jenis ini kurang potensi dan efikasi berbanding dengan diuretik yang menyebabkan kehilangan kalium. Gabungan diuretik penjimatan kalium dengan diuretik yang lain memberi keseimbangan pada metabolisme kalium.
potassium sulphate (K2SO4)kalium sulfat (K2SO4)FarmasiTiadaGaram pepejal putih yang terhasil daripada peneutralan sama ada kalium hidroksida KOH atau kalium karbonat K2CO3 dengan asid sulfurik.
potassium hydroxidekalium hidroksidaKimiaTiadaSebatian tak organik beralkali, formula KOH, takat lebur 405oC, takat didih 1320oC, wujud dalam bentuk pepejal putih lembap cair, sangat mengakis, larut di dalam air dan etanol dan larut sedikit di dalam eter. Kalium hidroksida disediakan secara industri melalui elektrolisis larutan pekat kalium klorida dan juga melalui pemanasan kalium karbonat atau kalium sulfat dengan kapur mati, Ca(OH)2. Sebatian ini digunakan sebagai bahan pengering dan penyerapan karbon dioksida dan sulfur dioksida, dan juga digunakan dalam pembuatan sabun lembut, dan bateri alkali. Nama umunya ialah potasy kaustik.
sulfurated potashpotasy bersulfurFarmasiTiadaGumpalan berwarna perang kekuningan yang mengandungi campuran kalium tiosulfat dan kalium polisulfida terutamanya trisulfida.
potasiumkaliumKimiaTiadaUnsur logam alkali dalam kumpulan IA (atau 1) jadual berkala, simbol K, nombor atom 19, berat atom 39.102, nombor pengoksidaan +1, takat lebur 630C, takat didih 760oC, wujud dalam bentuk logam lembut yang berwarna putih perak, larut di dalam ammonia cecair, anilina, merkuri dan natrium, sangat reaktif dan bertindak balas dengan air untuk membentuk kalium hidroksida dan hidrogen. Oleh itu, kalium perlu disimpan di dalam gas argon atau nitrogen atau di dalam cecair yang bebas daripada oksigen, seperti toluena atau kerosin. Logam ini terdapat dalam tiga bentuk isotop, iaitu K-39, K-41 dan K-40 (radioaktif). Kalium terdapat semula jadi dalam bijih karnalit, silvit dan polihalit, dan disediakan secara penyulingan termokimia kalium klorida dengan natrium. Unsur ini digunakan untuk membuat kalium peroksida dan superoksida, KO2 baja dan sebagai bahan uji makmal.
potassium permanganatekalium permanganatPentadbiran PerniagaanTiadaGaram kalium yang digunakan membasmi kuman serta mencuci luka-luka dan sebagai satu antiseptik kulit umum.
potassium chlorate poisoningkeracunan kalium kloratKimiaForensikKeracunan akibat pengingesan kalium klorat (formula kimia, KCIO3) iaitu bahan dalam cecair kumur, mancis dan racun rumpai. Ion klorat (CIO3-) ialah perengsa terhadap membran mukus dalam larutan pekat. Selepas penyerapan ia menyebabkan methemoglobinemiaekoran ekoran sifat pengoksidaannya. Tanda utama keracunan ialah muntah dan sianosis. Keracunan akut akibat pengingesan menyebabkan loya, muntah, cirit-birit, sakit abdomen, hemolisis, sianosis, anuria, kekeliruan, dan konvulsi. Keracunan kJ�onik menyebabkan hilang selera makan dan hilang berat badan. Dos parah adalah lebih kurang 15 g untuk orang dewasa dan 2 g untuk kanak-kanak. Penemuan patologi dalam kes kematian ialah kesesakan dan kakisan gastrousus, kerosakan buah pinggang dan hati, serta darah berwarna coklat.
potassium hydroxide poisoningkeracunan kalium hidroksidaKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada kalium hidroksida (formula kimia, KOH), iaitu alkali korosif. Tanda utama keracunan ialah kakisan, Kesan kakisan ialah pemusnahan lengkap kulit atau membran mukus. Had pendedahan ialah 2mg/m3. Keracunan akut akibat pengingesan menyebabkan sakit teramat, muntah, cirit-birit, dan pengsan. Muntah mengandungi darah, dan lapisan mukosa terdeskuamat. Jika pesakit tidak mati dalam masa 24 jam pertama, pesakit mungkin pulih selama 2-4 hari, tetapi kemudian mengalami sakit abdomen yang teruk dengan tiba-tiba, kekejangan abdomen, dan tekanan darah turun dengan cepat, yang menandakan penembusan gaster atau esofagus. Keracunan kronik akibat penyentuhan kulit mungkin menyebabkan dermatitis kronik. Dos parah yang dianggarkan bagi orang dewasa ialah 5 g.
potassium carbonate poisoningkeracunan kalium karbonatKimiaForensikKeracunan akibat pengingesan atau penyentuhan kulit dengan kalium karbonat (formula kimia, K2CO3). Tanda utama keracunan ialah kakisan, Kesan kakisan ialah pemusnahan superfisial pada kulit atau membran mukus. Keracunan akut akibat pengingesan menyebabkan sakit teruk, muntah, cirit-birit, dan pengsan, Muntah mengandungi darah, dan lapisan mukosa terdeskuamat. Jika pesakit tidak mati dalam masa 24 jam pertama, dia mungkin pulih selama 2 - 4 hari, tetapi mengalami sakit abdomen yang teruk dengan tiba-tiba, kekejangan abdomen, dan tekanan darah turun dengan cepat, yang menandakan penembusan gasteratau esofagus. Keracunan kronik akibat penyentuhan pada kulit menyebabkan dermatitis kronik. Dos parah yang dianggarkan pada orang dewasa ialah 20 g.
12345678910...

Kembali ke atas