cambium | kambium | Biologi | Histologi dan Sitologi | Tisu meristem lateral pada tumbuh-tumbuhan vaskular yang mewujudkan tisu sekunder dan tebalan sekunder hasil daripada pembelahan periklin. Terdapat dua jenis kambium, iaitu kambium vaskular dan kambium gabus (felogen). |
interfascicular cambium | kambium interfasikel | Botani | Tiada | Jaluran kambium yang tumbuh di antara berkas vaskular sisi yang kemudiannya bercantum dengan jalur kambium fasikel untuk membentuk silinder kambium yang lengkap. Dalam sesetengah tumbuhan, jalur-jalur kambium di antara berkas vaskular ini tidak membentuk xilem dan floem dalam aktivitinya, tetapi hanya menerbitkan tisu parenkima sahaja. Lihat juga kambium fasikel. |
cambial zone | zon kambium | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Lapisan kambium yang berbeza-beza kelebarannya dan terdiri daripada pemula kambium dan sel turunan kambium yang tidak berbezakan. |
bark damage | kerosakan kulit | Pertanian | Agronomi | Keadaan yang berlaku apabila torehan kulit pokok getah dibuat terlalu dalam sehingga mencederakan lapisan kambium. Sekiranya kambium rosak, kulit pokok tidak dapat diperbaharui. Sebaliknya, jika torehan dibuat dengan baik, kulit yang ditoreh akan diperbaharui oleh lapisan kambium dan pusingan torehan boleh diulang beberapa kali. |
cambium | kambium | Botani | Tiada | Meristem sisi yang terdapat pada tumbuhan vaskular dan menghasilkan tisu-tisu sekunder melalui pembahagian periklinal sel-sel pemula, iaitu sel meristem yang membeza dan membentuk unsur khusus. Terdapat dua jenis kambium, iaitu kambium vaskular dan felogen. |
phellogen | felogen | Botani | Tiada | Kambium sisi yang terletak di sebelah luar kambium vaskular pada tumbuhan yang mengalami pertumbuhan sekunder. Kambium ini bermula daripada sel-sel hidup yang matang sama ada daripada tisu epidermis atau bahagian korteks yang berubah menjadi meristem. Sel-sel felogen biasanya berbentuk poligon dan hampir-hampir berbentuk isodiametrik. Felogen juga menghasil- kan felem ke arah luar dan feloderma ke arah dalam dalam pada paksi batang atau akar tumbuhan. Sinonim kambium gabus. |
storied cambium | kambium brtingkat | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Kambium yang terdiri daripada siri lapisan kambium pemula yang mendatar. |
fascicular cambium | kambium fasikel | Botani | Tiada | Jaluran kambium yang tumbuh di antara tisu xilem dengan floem dalam berkas-berkas vaskular kolateral. Sinonim kambium intrafasikel. |
intrafascicular cambium | kambium intrafasikel | Botani | Tiada | Lihat kambium fasikel. |
vaskular cambium | kambium vaskular | Biologi | Histologi dan Sitologi | Kambium yang banyak mengandungi vesel untuk menyalurkan cecair. |