fixed cuspid-to-cuspid retainer | pemegang tetap kanin ke kanin | Perubatan | Tiada | Tiada |
cuspid protection | perlindungan kanin | Perubatan | Tiada | Keadaan gigi kanin yang melindungi gigi-gigi lain daripada beroklusi semasa mandibel digerakkan ke lateral. |
canine-protected occlusion | oklusi perlindungan kanin | Perubatan | Tiada | Perlindungan kanin sepenuhnya dihasilkan melalui restorasi untuk menjaga oklusi dan mengelakkan fungsi abnormal. |
canine eminence | eminens kanin | Perubatan | Tiada | Kebonjolan pada tulang yang menutupi gigi kanin di permukaan labial maksila dan mandibel. |
intercanine width | jarak antara kanin | Perubatan | Tiada | Jarak di antara dua gigi kanin pada arkus yang sama. |
band and loop appliance | aplians gegelang dan gelung | Pergigian | Tiada | Aplians pengekalan ruang untuk kawasan gigi desidus molar pertama, kedua dan kanin. Gegelang dipasangkan pada gigi desidus molar kedua dan gelung disimen pada gigi kanin. Alat ini dapat memastikan gigi molar kedua atau kanin tidak tersesar ke ruang molar pertama iaitu kawasan bagi gigi pramolar untuk erupt. |
anthropoid space | ruang antropoid | Perubatan | Tiada | Ruang yang terdapat pada kegigian desidus antara kanin dan molar pertama mandibel dan insisor lateral dan kanin maksila. Sinonim : ruang primat. |
Leeway space | ruang Leeway | Pergigian | Tiada | Perbezaan ruang yang wujud antara jarak gigi kanin dengan molar gigi desidus dengan jarak mesiodistal gigi kanin dan pramolar gigi kekal pada rahang maksila dan mandibel seseorang kanak-kanak. Ruang ini membolehkan gigi kekal erupt tanpa masalah ruang. Biasanya ruang Leeway di rahang bawah ialah 2.5 mm dan di rahang atas ialah 1.5 mm kerana saiz gigi molar kedua bawah desidus lebih besar. |
primate spaces | ruang primat | Perubatan | Tiada | Ruang semula jadi yang terdapat di antara gigi-gigi desidus terutama di antara kanin dan molar pertama mandibel dan insisor lateral dan kanin maksila. |
stainless steel crown and loop maintainer | penyenggara gelung dan korona keluli nirkarat | Pergigian | Tiada | Aplians pengekal ruang untuk kawasan gigi desidus molar pertama, kedua dan kanin yang terdiri daripada gelung dan korona keluli nirkarat. Gelung dipadankan merentasi ruang hingga ke permukaan distal gigi kanin dan dipaterikan pada korona keluli nirkarat. Prosedur ini dilakukan pada model arkus pesakit. Seterusnya korona disimen pada gigi desidus molar kedua. Aplians ini dapat memastikan gigi molar kedua atau kanin tidak tersesar ke ruang molar pertama iaitu kawasan gigi pramolar untuk erupt. |