cancer nanotherapy | nanoterapi kanser | Fizik | Nanoteknologi | Sejenis terapi kanser yang menggunakan nanozarah yang peka dengan rangsangan seperti gelombang elektromagnet, medan magnet dan akustik. Apabila rangsangan dikenakan, nanozarah menjadi panas dan memusnahkan sel kanser tetapi tidak memusnahkan sel yang sihat. Lihat juga terapi Kanzius RF. |
Kanzius RF therapy | terapi Kanzius RF | Fizik | Nanoteknologi | Sejenis terapi kanser yang menggunakan nanozarah yang disangkut pada sel kanser dan diberikan sinaran elektromagnet pada frekuensi radio (RF). Apabila menerima sinaran ini, nanozarah akan menjadi panas dan memusnahkan sel kanser tanpa memusnahkan sel yang sihat. |
anticancer | antikanser | Herba | Fitoterapi | Bahan yang berupaya mencegah kanser atau/dan menghalang kanser daripada merebak. |
cancer treatment | rawatan kanser | Fizik | Nanoteknologi | Teknik rawatan yang menggunakan nanoteknologi yang sedang dibangunkan oleh ahli genetik, ahli biokimia dan lain-lain. Dalam teknik ini, tisu tumor kanser menjadi sasaran. Nanoubat akan memusnahkan tisu ini tanpa melibatkan tisu yang sihat. |
cancer cell | sel kanser | Herba | Pemiawaian | Sejenis sel yang tumbuh secara tidak normal dan tidak terkawal yang akan menceroboh dan memusnahkan tisu di persekitarannya. Contoh ekstrak herba yang boleh merencat sel kanser ialah ekstrak daun gajah beranak (Goniothalamus scortechinii). |
cytotoxic | sitotoksik | Herba | Pemiawaian | Sifat agen yang menyekat dan membunuh pertumbuhan sel kanser dalam tubuh. Contohnya, ekstrak daun kemunting cina (Catharanthus roseus) bersifat sitotoksik terhadap sel kanser payudara. |
anticancer assay | cerakin antikanser | Herba | Pemiawaian | Prosedur untuk menentukan kandungan, kepekatan atau aktiviti suatu komponen fitokimia aktif dalam ekstrak herba yang diuji dengan menggunakan sel kanser. Sampel ekstrak herba mestilah dibandingkan dan dicerakin dengan piawai secara serentak dengan menggunakan drug tertentu, bergantung pada jenis sel kanser yang terlibat. Contohnya, cerakin antikanser bagi ekstrak tongkat ali (Eurycoma longifolia) menggunakan tamoksifen sebagai piawai untuk kanser payudara. |
photodynamic theraphy | terapi fotodinamik | Fizik | Nanoteknologi | Terapi bagi rawatan kanser yang melibatkan tiga komponen utama, iaitu pefotopeka, cahaya dan molekul oksigen. Pefotopeka ialah sebatian kimia yang dapat teruja oleh cahaya pada frekuensi tertentu, biasanya cahaya tampak atau inframerah dekat. Apabila pefotopeka berada berdekatan dengan molekul oksigen, tenaga akan dipindahkan dan menghasilkan molekul oksigen berkeadaan singlet. Oksigen singlet ialah bahan kimia yang agresif dan bertindak cepat dengan sebarang sel kanser. |
adenocarcinoma | adenokarsinoma | Kejururawatan | Tiada | Kanser epitelium malignan pada sebarang kelenjar. |
leukemia | leukemia | Herba | Fitoterapi | Penyakit kanser darah, iaitu sel darah putih yang berlebihan daripada kadar normal yang dihasilkan daripada sumsum tulang dan seterusnya akan merosakkan limpa. |