Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kepingan lut sinar spt kaca dan plastik yg salah satu atau kedua-dua permukaannya melengkung, yg digunakan utk menukar tum­puan alur cahaya, mis cermin mata utk memulihkan pelihatan; ~ cekung kanta yg tebal tepinya (tengahnya lebih nipis); ~ cembung kanta yg tebal di tengah-tengah; ~ dekat kanta (pd teropong) yg paling dekat dgn mata; ~ jauh kanta (pd teropong) yg paling jauh dr mata; ~ kumpuan = ~ majmuk gabungan beberapa kanta yg berlainan; ~ lekap kanta sentuh; ~ mata kanta pd alat optik spt mikroskop dan teleskop yg membolehkan seseorang melihat objek yg diteropong dgn jelas; ~ pembesar kanta yg membuat benda yg dilihat kelihatan besar; ~ sentuh = ~ sesentuh kanta yg kecil tipis yg dilekapkan pd permukaan mata utk menjadi­kan penglihatan lebih jelas; ~ tangan kanta pembesar yg bertangkai; ~ zum kanta kamera yg dapat dilaraskan supaya objek yg hendak diambil gambar fotonya kelihatan besar atau kecil; tumpuan ~ titik tempat sinar cahaya bertemu sesudah melalui kanta, titik fokus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kanta yg dpt menjadikan sesuatu yg dilihat menerusinya kelihatan besar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : kanta yg tebal tepinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : kaca yg kedua-dua belah permukaannya melengkung ke luar atau ke dalam (biasanya digunakan dlm kamera, teropong dll). ~ cekung kanta yg tebal di tengah-tengahnya. ~ cembung kanta yg tebal tepinya. ~ mata kanta pd pangkal teleskop, mikroskop dsb yg melaluinya kita melihat benda yg diteropong. ~ pembesar kanta yg dpt menjadikan sesuatu yg dilihat menerusinya kelihatan besar. ~ sentuh kanta yg kecil dan nipis yg dilekapkan pd permukaan biji mata utk menjadikan penglihatan lebih jelas. ~ tangan kanta pembesar bertangkai yg dipegang ketika menggunakannya. ~ zum kanta kamera yg dpt dilaraskan supaya objek yg hendak diambil gambar fotonya kelihatan besar atau kecil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kanta


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
compound microscopemikroskop majmukFizikOptikMikroskop yang menggunakan dua kanta atau sistem kanta. Kanta pertama membentuk imej yang diperbesarkan bagi sesuatu objek dan kanta kedua membesarkan imej yang dibentuk oleh kanta pertama tadi.
compound lenskanta majmukFizikOptikGabungan dua atau lebih kanta dengan permukaan kedua-dua kanta itu mempunyai jejari yang sama dengan permukaan kanta berikutnya dan kanta-kanta ini dilekapkan bersama.
variable-focus condenserkondenser fokus pemboleh ubahFizikOptikKondenser yang biasanya terdiri daripada dua kanta. Kanta pertama boleh dilaras untuk memfokuskan cahaya di antara kedua-dua kanta dan digunakan untuk mendapatkan kawasan medan tersinar yang luas.
flaser structurestruktur flaserGeologiTiada1. Struktur metamorf yang kanta-kanta kecil dan lapisan-lapisan bahan berbutirnya dikelilingi matriks bahan hancur dan tericih, menyerupai struktur aliran kasar.,2. Struktur endapan primer yang terdiri daripada kekanta lodak atau pasir halus yang terjajar dan terlapis silang.
zoom lenskanta zumKomunikasiTiadaKanta yang mempunya jarak tumpuan yang pelbagai, yang menggabungkan kanta telefoto dan kanta sudut luas. Kanta ini selalu digunakan oleh jurukamera filem dan video. Dengan menggunakan kanta ini, jurukamera tidak perlu menukarkan kanta setiap kali jarak tumpuan berubah.
electrostatic lenskanta elektrostatikFizikElektromagnet, Keelektrikan dan KemagnetanBentuk medan-medan elektrostatik yang bertindak ke atas zarah-zarah bercas, sebagaimana kanta-kanta kaca bertindak ke atas alur cahaya.
meniskusmeniskusFizikMekanik1 (cecair) Permukaan turus cecair yang berbentuk cekung atau cembung disebabkan tindakan rerambut. 2 (kanta) Kanta cembung-cekung atau cekung-cembung.
electron microscopemikroskop elektronFizikOptikMikroskop yang digunakan untuk membesarkan imej objek dengan menggunakan alur elektron yang difokuskan oleh kanta-kanta elektron.
Cooke objectivekanta objek CookeFizikOptikTiga kanta objek yang terdiri daripada kanta dwicekung yang merupakan komponen bercapahan dan diapit oleh kanta dwicembung. Kanta ini digunakan dalam kamera astronomi.
Huygen ocularokular HuygenFizikOptikOkular yang terdiri daripada dua kanta nipis yang diperbuat daripada bahan yang sama dan disusun supaya jarak antara kedua-duanya sama dengan separuh jumlah jarak fokus kanta-kanta tersebut.
12345678910...

Kembali ke atas