axe | kapak | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Alat yang digunakan untuk tugasan berat seperti menebang pokok atau menarah perahu. Kapak wujud pada Zaman Neolitik dan Logam. Pada Zaman Neolitik, kapak ada pelbagai jenis, antaranya kapak berbahu, kapak genggam dan kapak bersegi empat. Kapak besi bersoket dan kapak besi bersoket bertangkai panjang dijumpai pada Zaman Logam. Kedua-dua zaman ini mempunyai ciri kapak yang sama, iaitu bahagian mata berasah dan lebar, sementara matanya bertemu di bahagian hujung dan bawah. Banding beliung. |
mata kapak | mata kapak | Keris | Tiada | Buntut yang berbentuk seperti mata kapak. |
hand axe | kapak genggam | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Alat yang diperbuat daripada batu bersaiz sederhana dan boleh digenggam. Kapak ini mempunyai dua bahagian, iaitu runcing pada bahagian mata dan leper pada bahagian pemegang. Kapak ini diperbuat daripada batu jenis pebel, kuarzit dan batu api. Kapak ini digunakan untuk merepih, melapah kulit binatang, memecah tulang dan menebang pokok. Kapak ini digunakan oleh masyarakat pada Zaman Paleolitik hingga ke Zaman Neolitik. |
Chellean culture | budaya Chellean | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Tahap perkembangan budaya penggunaan kapak batu yang berkembang di Eropah pada Zaman Paleolitik Awal. Kapak batu ini mempunyai ciri bentuk seperti buah pear, tajam pada bahagian belakang dan dasar yang tebal. Nama budaya ini diambil sempena nama tempat kapak batu ditemui iaitu di Chelles-sur-Marne (Perancis). Alatan kapak batu ini pernah dikenali dengan nama Chelleo-Acheulian bagi menggantikan kapak batu Afrika. Walau bagaimanapun, budaya Chellean kini dikenali dengan nama Acheulean disebabkan alatan batunya menyamai budaya alatan batu Acheulen. Lihat juga budaya Acheulean. |
battle-axe | kapak perang | Sejarah | Tiada | Kapak yang dijadikan senjata perang daripada batu atau logam pada zaman budaya Neolitik di Eropah Utara. |
double axe | kapak dua mata | Sejarah | Tiada | Kapak yang mempunyai tangkai berlubang dan bermata dua yang digunakan untuk membelah kayu, senjata perang, juga sebagai lambang dewi di Minoa pada zaman Gangsa Greek. |
axe | kapak | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
broadaxe | kapak lebar | Perhutanan | Tiada | Tiada |
hatchet | kapak kecil | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
halberd | kapak senjata | Sejarah | Tiada | Tiada |