Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok renek yg buah­nya mengandungi serat utk dibuat benang), Gossypium spp.; pokok ~ bulan sj tumbuhan (pokok), medang ketanahan, kerabu, Xanthophyllum rufum; 2. sj kabu-kabu (kapuk) drpd buah kapas yg dibuat benang dll; benang (kain) ~ benang (kain) yg dibuat drpd kapas; spt ~ yg dibusur prb putih bersih (amat putih); untung bagai untung ~ prb perihal orang yg banyak tanggungannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kapas (kata nama)
Bersinonim dengan kabu-kabu, kapuk.,

Puisi
 

Pohon kapas dibaling-baling,
     Tersangkut kaca koyak seluar;
Melintas dara sambil menjeling,
     Terbeliak mata macam nak keluar.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Seperti kapas dimakan api.

Bermaksud :

Kebinasaan yang sangat cepat.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ginghamgenggangKesenianHiasan DalamanFabrik tenunan yang dibuat daripada kapas yang mempunyai corak petak berwarna pada permukaan putih. Fabrik ini dihasilkan melalui proses benang kapas campuran yang dicelup dibuat daripada benang yang berwarna, sederhana dan halus.
Repsulaman RepKesenianHiasan DalamanKain yang diperbuat daripada sutera, bulu atau kapas. Rep ditenun dalam bentuk pintalan halus atau tetulang yang merentasi lebar fabrik. Kain sutera rep dijadikan pakaian formal, tali leher atau jubah. Bulu dan kapas pula ditenun untuk kegunaan upholsteri. Rep berasal daripada perkataan Perancis.
saprolegniasissaprolegniasisPerikananAkuakulturPenyakit ikan air tawar yang disebabkan oleh kulat daripada famili Saprolegniaceae. Kulat ini kelihatan seperti kapas yang tumbuh pada bahagian luka yang terbuka. Bahagian yang sering dijangkiti ialah sirip, mulut dan badan. Sinonim penyakit wul kapas.
cotton citronlimau kapasHerbaFitoterapiSalah satu jenis atau varieti limau sitron (Citrus medica). Daunnya boleh dijadikan ubat pupuk untuk sakit ngilu kepala, iaitu sakit kepala yang teruk.
cotton wool diseasepenyakit wul kapasPerikananAkuakulturLihat saprolegniasis.
battingbattingKesenianHiasan DalamanHelaian kapas atau wul mentah yang digunakan sebagai pelapik, pengisi atau pembungkus kuilt atau gebar. Kuilt biasanya digunakan di negara beriklim sejuk semasa tidur.
paisleypaisleyKesenianHiasan DalamanFabrik kapas, sutera atau bulu yang ditenun dengan corak berlingkar atau bercetak yang popular di Kashmir, India pada abad ke-19. Paisley mempunyai reka bentuk melengkung, yang diilhamkan daripada bentuk daun palma kecil. Contohnya, paisley Scotland yang bermutu tinggi.
plisseplisseKesenianHiasan DalamanKain kapas atau fabrik sintetik yang dikedutkan dengan proses rawatan menggunakan soda kaustik.
alencon lacerenda alenkonKesenianHiasan DalamanRenda buatan tangan yang dihasilkan menggunakan benang linen atau kapas sebagai lakaran sebelum lakaran itu digunting. Coraknya disudahkan dengan jahitan lubang butang atau pikot. Renda ini diperkenalkan sekitar tahun 1750 dan dihasilkan di Alencon, Perancis.
batistebatisKesenianHiasan DalamanKain putih yang halus, ringan, dan nipis, yang biasanya bercetak. Kain ini diperbuat daripada kapas, bulu, poliester atau campuran ketiga-tiga bahan tersebut. Kain ini juga digunakan untuk membuat pakaian dan kain pelengkap perabot yang eksklusif.
12

Kembali ke atas