compound belting | penalisawatan majmuk | Mekanik | Gunaan | Sistem pemacuan tali sawat yang melibatkan penggunaan kapi-kapi pertengahan yang dipasangkan pada satu aci pertengahan. Nisbah halaju yang terhasil daripada sistem ini sama dengan nisbah hasil darab garis pusat kapi-kapi pemacu terhadap hasil darab garis pusat kapi-kapi pengikut. Sinonim pensabukan majmuk. Lihat juga kapi pemacu, kapi pengikut. |
link belt | sabuk hubung | Kejuruteraan | Tiada | Sabuk yang dibina dari rangkai-rangkai pendek yang dibuat daripada belulang, diatur selari dan dicemat untuk membuatkan rangkai itu terpangsi secara bebas, dan untuk melentur di sekeliling kapi-kapi kecil dan memindahkan kuasa dengan mudah di antara kapi-kapi yang dekat di antara satu dengan lain. |
open belt drive | pemacuan tali sawat terbuka | Mekanik | Gunaan | Pemacuan tali sawat yang mempunyai bahagian bebas, (iaitu bahagian yang tidak melimpap pada kapi) yang menyentuh kapi pemacu dan kapi pengikut di sebelah yang sama nisbi terhadap garis yang menghubungkan pusat kapi-kapi itu [Rajah P5]. Dalam pemacuan terbuka, kedua-dua kapi berkenaan berputar pada hala yang sama. Lihat juga pemacuan tali sawat silang. SILA RUJUK RAJAH DI M/S 142 RAJAH P5 |
lifting tackle | takal angkat | Kejuruteraan | Tiada | Kombinasi kapi-kapi yang digunakan untuk kerja mengangkat semasa membina kerja berat, berserta bongkah, rantai, dan alat-alat tambahan lain. |
cross belt drive | pemacuan tali sawat silang | Mekanik | Gunaan | Pemacuan tali sawat apabila bahagian bebas tali sawat (iaitu bahagian yang tidak melimpap pada kapi) mulai menyentuh kapi pemacu dan kapi pengikut di sebelah yang berlainan nisbi terhadap garis yang menghubungkan pusat kapi-kapi berkenaan [Rajah P4]. Dalam pemacuan silang, kedua-dua kapi tersebut berputar pada hala yang berlawanan. Lihat juga pemacuan tali sawat terbuka. SILA RUJUK RAJAH DI M/S 142 RAJAH P4 |
idle pulley | kapi melahu | Mekanik | Gunaan | Kapi yang digunakan untuk mengubahsuaikan tegangan tali sawat dalam sistem pemacuan dan untuk menambahkan lengkok sentuh pada kapi pemacu atau kapi pengikut yang kecil. Gerakan kapi melahu membolehkan perubahan panjang tali sawat dalam keadaanpemacuan. Kapi ini dinamai kapi tunggang. |
Jockey pulley | kapi Jockey/kapi penegang | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Roda kapi kecil yang terbeban yang digunakan untuk menegangkan tali sawat atau rantai pemacu. Contohnya roda kapi yang terdapat pada sistem tali sawat enjin kereta. |
crossed belt | tali sawat silang | Kejuruteraan | Tiada | Tali sawat pemacu yang mengalami piuhan di antara kapi pemacu dengan kapi terpacu, melalui bahagian atas salah satu kapi tersebut dan bahagian bawah kapi yang satu lagi . |
follower | pengikut | Mekanik | Gunaan | 1. Gear (atau kapi) yang bergerak dengan dipacu oleh gear (atau kapi) pemacu. Istilah ini juga digunakan untuk aci yang menyokong gear (atau kapi) berkenaan. Lihat juga gear pengikut, kapi pengikut, pemacu. 2. Unsur mesin yang bersentuhan dengan sesondol dan bergerak dengan sesondol itu. Lihat juga pengikut sesondol. |
tension pulley | kapi tegangan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Kapi yang digunakan untuk menegangkan tali sawat enjin. Kapi ini terdiri daripada roda yang beralur untuk memudahkan tali sawat dilalukan pada bahagian luarnya. Roda yang disekalikan dengan galas, boleh dianjak dengan cara melaras skru pengikat yang bersambung dengan pemegang roda untuk memberi tegangan yang sesuai pada tali sawat enjin tersebut. |