Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.pi.ta.lis] | کاڤيتاليس

Definisi : 1. orang (golongan) yg mempunyai modal (utk pelaburan dlm perniagaan, per­usahaan, dsb); faham ~ kapitalisme; negara ~ negara yg menganut (berasaskan) kapita­lisme; 2. orang yg menyokong kapitalisme. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.pi.ta.lis] | کاڤيتاليس

Definisi : orang atau kaum yg mempunyai modal; kaum pemodal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kapitalis (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan pelabur, pemodal, usahawan, jutawan, hartawan, pedagang, pengimport, pengeksport, pengedar, ahli perniagaan, ceti, pemberi pinjam wang, ikan jerung, lintah darat.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
social class theoryteori kelas sosialSains PolitikPolitik PerbandinganPendekatan yang melihat masyarakat sebagai berstrata yang dipengaruhi oleh kedudukan ekonomi, sosial dan politik. Pendekatan ini dipopularkan oleh Hobbes, Locke, Rousseau, Weber dan Marx. Namun begitu, teori yang diutarakan oleh Karl Marx mendapat perhatian yang serius. Marx melihat masyarakat industri terbahagi kepada dua kelas utama iaitu kelas kapitalis dan buruh. Kelas kapitalis memiliki alat pengeluaran seperti modal, kilang, jentera, sumber alam dan sebagainya, manakala golongan buruh hanya memiliki tenaga kerja yang diperlukan oleh kapitalis. Kapitalis mengeksploitasi tenaga buruh untuk memaksimumkan keuntungan, sementara buruh tidak diberi pilihan melainkan bekerja dalam keadaan yang tertindas dan terpisah dengan alam sosialnya. Konflik menjadi unsur penting kepada perubahan masyarakat ini. Kesedaran kelas yang timbul di kalangan golongan pekerja akan mendorong berlakunya revolusi bagi menjatuhkan kelas atasan yang akhirnya akan memberi laluan kepada pembentukan negara komunis yang bersifat tanpa kela
proletarianizationpemproletarianSains PolitikPolitik PerbandinganProses menjadikan seorang buruh semakin miskin dan rendah dalam kedudukan kelas masyarakat kapitalis. Proses ini melihat golongan kapitalis atau borjuis mengambil keuntungan yang lebih besar secara berterusan dengan mengurangkan kos pengeluaran melalui pemberian upah buruh yang semakin kecil. Pengurangan upah yang berterusan ini akan mengakibatkan pekerja biasa turut termasuk dalam kelas proletar sehingga menjadikan kedudukannya sebagai proletar yang semakin miskin. Keadaan ini menjelaskan sifat ekstrem kapitalisme seperti yang diperkenalkan oleh Karl Marx dalam teori kelas beliau yang menyatakan bahawa orang kaya menjadi lebih kaya manakala orang miskin menjadi semakin miskin.
state capitalismkapitalisme negaraSains PolitikPolitik PerbandinganSistem ekonomi kapitalis yang mempunyai kerajaan yang kuat dan menguasai pelbagai badan perniagaan. Dalam sistem ini, kerajaan memiliki dan menguasai sepenuhnya perniagaan mengikut dasar yang telah ditetapkan. Kapitalisme ini diubah suai selaras dengan peranan kerajaan yang dominan dalam sistem ekonominya. Kerajaan boleh menetapkan peraturan persaingan, harga barangan atau perkhidmatan tertentu, menentukan barangan yang boleh dieksport atau tidak, mengarahkan percantuman perniagaan seperti bank atau badan korporat malah memiliknegarakan badan perniagaan tertentu. Dalam maksud lain, sistem kapitalis ini tidak sepenuhnya bebas sebaliknya tertakluk kepada pengawalan kerajaan. Contohnya kerajaan Malaysia, Singapura dan Indonesia memiliki ciri-ciri kapitalisme negara.
capitalistkapitalisPenilaian Harta TanahTiadaTiada
capitalistkapitalisEkonomiTiadaTiada
capitalistkapitalisPerpustakaanTiadaTiada
capitalistkapitalisSains PolitikTiadaTiada
capitalistkapitalisSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
capitalisutama; kapitalisPerubatanTiadaTiada
capitalismfaham kapitalis/kapitalismeSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
1234

Kembali ke atas