articular capsule | kapsul sendi | Sains Sukan | Biomekanik | Bahagian yang terbina daripada tisu penyambung yang mengelilingi sendi sinovial. Tisu penyambung melekat pada tulang di kedua-dua belah sendi. Lihat juga sendi sinovial. |
herbal capsul | kapsul herba | Herba | Pemiawaian | Pembalut ekstrak herba yang menggunakan bahan gelatin daripada sumber sayuran atau haiwan. |
capsular ligament | ligamen kapsul | Veterinar | Tiada | Tiada |
capsular ligament | ligamen kapsul | Perubatan | Tiada | Sarung pada sendi sinobial yang terdiri daripada tisu berserat putih. |
capsule wardrobe | busana kapsul | Umum | Tiada | Koleksi pakaian dan aksesori yang hanya merangkumi item yang dianggap asas atau penting. |
antibody-conjugated silica nanoparticle | antibodi berkonjugat nanozarah silika | Fizik | Nanoteknologi | Antibodi yang bercantum dengan kapsul zarah silika yang mengandungi beribu-ribu molekul pencelup berpendarfluor untuk digunakan dalam bioanalisis yang sangat peka. Dalam kaedah konvensional, satu molekul antibodi disangkutkan dengan hanya satu atau beberapa molekul pencelup supaya isyarat peristiwa ikatan antibodi-antigen menjadi amat kecil. Antibodi ini digunakan untuk mengesan sel bakteria dalam sampel, dalam tempoh kurang daripada 20 minit. |
sealed source | punca termateri | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Punca radioaktif berbentuk kapsul yang dibuat untuk mengelakkan pelepasan dan penyebaran bahan radioaktif ke alam sekitar. Punca termateri disimpan di dalam perisai seperti plumbum atau uranium tersusut untuk mengawal sinaran yang tidak diperlukan. |
finished herbal product specification | spesifikasi produk akhir herba | Herba | Tiada | Perincian kualiti bagi produk akhir herba yang sedia untuk dipasarkan. Biasanya, spesifikasi ini mengandungi tatacara dan had bagi ujian kontaminasi mikrobiologi, ujian bahan toksik lain seperti logam berat dan pestisid, ujian keseragaman berat (bagi tablet, serbuk dos tunggal, supositori, kapsul dan sacet teh herba), ujian pengecaian (bagi tablet, kapsul, supositori dan pil), ujian kekerasan dan keperoian (bagi tablet tak bersalut), ujian kelikatan (bagi bendalir untuk kegunaan dalaman dan luaran), ujian ketekalan (bagi sediaan separa pepejal), ujian pelarutan (bagi tablet dan kapsul), ujian rupa bentuk, ujian penentuan kandungan lembapan, ujian pengecaman, assai dan ujian had terhadap residu pelarut. |
feeder system | sistem penyuap | Sains Kesihatan | Tiada | 1. Komponen pada alat untuk pemberian nutrien secara parenteral. 2. Perkakas yang menakung dan menyalur bahan ramuan untuk pembuatan tablet dan pengisian kapsul. |
herbal medicines | ubat-ubatan herba | Herba | Tiada | Bahan ubatan yang mencakupi herba, bahan mentah herba, sediaan herba dan produk akhir herba dalam bentuk serbuk atau ekstrak yang diformulasikan sebagai kapsul, pil, tablet, pes, krim, salap dan lain-lain. |