kar | kar | Geologi | Tiada | Tiada |
carr | kar | Geografi | Tiada | Pokok kayu di kawasan teren berair di mana nilai pH tanih tidak begitu berasid dan tidak kekurangan unsur-unsur mineral. |
raised bog | rawa terangkat | Geografi | Tiada | Rawa yang berlaku di kawasan iklim lebih basah dan berawan, di alam sekitar oligotrofik tasik-tasik cetek di mana tumbuh-tumbuhan kar atau fen akan membentuk sebuah lembangan gambut fen. |
morsing | morsing | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipetik. <i>Morsing i>ialah hap mulut yang terdapat di kawasan selatan India dan dimainkan dalam muzik klasik Karnatak. <i>Lihat juga i>bungkau. |
rhapsody | rhapsodi | Muzik | Tiada | Tajuk karya bagi muzik instrumental terutamanya untuk piano solo pada abad ke-19. Istilah <i>rhapsody i>berasal daripada bahasa Yunani, iaitu <i>rhapsoidos. Rhapsodi i>merupakan <i>fantasi i>yang mempunyai elemen nasionalisme dan epik. Melodi atau ritma lagu rakyat merupakan ciri utama dalam karya jenis ini. Rhapsodi biasanya hanya mengandungi satu gerakan muzik yang tidak bergantung pada sebarang bentuk atau teknik karya tertentu. Contohnya, <i>Rhapsody on a Theme of Paga-nini, Op. 43 i>(1934) oleh Rakhmaninov dan <i>Rhapsody in Blue i>(1924) oleh Gershwin. |
tavil | tavil | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram. Baluhnya berbentuk tong dan mempunyai dua muka kulit yang dipasang pada baluh dengan tali rotan. <i>Tavil i>diletakkan secara mendatar dan kedua-dua muka kulit itu dipukul dengan tapak tangan. Alat muzik ini memainkan rentak dalam ensembel muzik untuk mengiringi alat muzik <i>nagasvaram i>yang menghasilkan melodi. <i>Tavil i>yang terdapat di kawasan selatan India dimainkan dalam muzik klasik Karnatak dan juga di kuil agama Hindu. |
mulamma� | mulamma� | Kesusasteraan | Tiada | Puisi Parsi dan Turki Uthmani yang mengandungi bait atau misrak dan ditulis dalam dua bahasa ataupun lebih dalam aksara yang sama. Setiap misrak mesti menggunakan bahar (pola irama) yang sama. Pengaruh puisi mulamma� terdapat juga dalam sastera Melayu tetapi tidak tertakluk kepada syarat penggunaan baharnya. Contohnya, gabungan bahasa Melayu dan Arab dalam karya Hamzah Fansuri (Syair Hamzah Fansuri) seperti yang berikut: Laut itulah yang bernama Ahad, Terlalu lengkap pada ashya� samad, Olehnya itulah lam-yalid wa-lam-yulad, Wa-lam yakun la-hu kufu�an ahad. Perkataan yang dicondongkan menggunakan bahasa Arab, iaitu kutipan daripada surah al-Ikhlas. Contoh lain ialah gabungan bahasa Melayu dan Parsi dalam syair Hamzah Fansuri (Syair Hamzah Fansuri) sepeti yang berikut: Sungguhpun sekalian di sana jadi, Pada ombak qahhar jangan kau radhi, Sabda Muhammad pada sekalian kami, Ba-ruy-i khwaja bikun kar-i ghulami. Perkataan yang dicondongkan adalah dalam bahasa Parsi yang bererti: �Pada wajah atau panda |