biological pump | pam biologi | Sains Marin | Tiada | Proses pemencilan atau pengasingan karbon (karbon dioksida) secara biologi daripada atmosfera ke dalam sistem lautan. Pam biologi merupakan proses utama dalam kitaran karbon global, dan penting dalam pengawal aturan karbon dioksida atmosfera. Pam biologi melibatkan tiga fasa utama, iaitu penetapan karbon oleh organisma autotrof melalui fotosintesis, pengumpulan karbon ke dalam sedimen apabila organisma mati dan seterusnya mineralisasi semula karbon di dalam sedimen untuk digunakan dalam penghasilan primer lautan. Karbon yang tidak dimineralisasi semula, kekal dalam sedimen dan komponen ini penting dalam merendahkan jumlah karbon dioksida di atmosfera. |
hypercapnia | hiperkapnia | Kejururawatan | Tiada | Kehadiran karbon dioksida yang terlalu tinggi dalam darah. Bagi orang dewasa yang normal, kandungan karbon dioksida ialah 35 hingga 45 mEq/liter. |
three-way catalytic converter | penukar bermangkin tiga hala | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Penukar bermangkin yang menukarkan gas pancaran ekzos nitrogen oksida, karbon monoksida dan hidrokarbon kepada gas karbon dioksida, air, nitrogen dan oksigen. Gas oksigen ini kemudiannya digunakan untuk mengoksidakan karbon monoksida kepada karbon dioksida dan hidrokarbon kepada air dan karbon dioksida. |
carbon footprint | cap kaki karbon | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Jumlah gas karbon dioksida dan metana yang dilepaskan ke atmosfera akibat aktiviti individu, organisasi atau komuniti tertentu. Unit piawai cap kaki karbon dinyatakan sebagai kesetaraan karbon dioksida. |
carbon dioxide injury | kecederaan karbon dioksida | Pertanian Organik | Tanaman Makanan | - |
photosynthesis rate | kadar fotosintesis | Biologi | Tiada | Nisbah antara isi padu karbon dioksida yang diserap dengan isi padu oksigen yang dibebaskan oleh tumbuhan semasa fotosintesis, dalam masa tertentu. |
gas exchange | pertukaran gas | Kejururawatan | Tiada | Penyerapan oksigen dan penyingkiran karbon dioksida yang berlaku antara alveoli paru-paru dengan kapilari di alveoli. |
respiratory alkalosis | alkalosis pernafasan | Kejururawatan | Tiada | Keadaan yang disebabkan oleh penyingkiran karbon dioksida yang berlebihan akibat hiperventilasi. |
hyperventilation | hiperventilasi | Kejururawatan | Tiada | Kadar pernafasan yang terlalu cepat dan mengakibatkan paras karbon dioksida dalam darah menurun. |
hypoventilation | hipoventilasi | Kejururawatan | Tiada | Kadar pernafasan yang terlalu perlahan mengakibatkan peningkatan paras karbon dioksida dalam darah. |