Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.ris.ma] | کاريسما

Definisi : kualiti (daya kepimpinan, daya penarik) atau sifat-sifat tertentu seseorang individu yg menjadikannya berupaya mempengaruhi atau menjadi perangsang kpd khalayak ramai: heroisme ialah pemujaan terhadap seseorang tokoh, yg dianggap mempunyai kelebihan, keunggulan, ~, dan kewibawaan; berkarisma mempunyai karisma: John diagung-agungkan oleh rakyatnya dan mereka mengira Amerika mempunyai presiden yg paling ~ dlm sejarah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata karisma


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
charismatic leadershipkepimpinan berkarismaSains PolitikPolitik PerbandinganSifat kepimpinan luar biasa dan sangat istimewa yang dimiliki oleh pemimpin tertentu sama ada yang bersifat keagamaan atau politik dalam mengetuai masyarakat atau negara. Autoriti sesebuah organisasi atau masyarakat itu amat bergantung kepada sifat karisma tersebut. Pemimpin berkarisma akan memaksimumkan segala kebolehannya untuk mendapatkan sokongan dan perhatian masyarakat. Bagi masyarakat tradisi, kelahiran pemimpin ini amat penting sebagai pencetus kepada perubahan atau revolusi. Secara amnya, kepimpinan karismatik ini lahir dalam masyarakat yang memiliki kadar rasional yang masih rendah. Max Weber tokoh yang mengutarakan konsep kepimpinan ini menyatakan bahawa karisma seseorang pemimpin akan menjadi berkurangan mengikut tahap rasionalisasi masyarakat. Semakin tinggi tahap rasionalisasi masyarakat semakin kurang idola karisma seseorang pemimpin. Contohnya, pemimpin seperti Adolf Hitler, Lenin, Soekarno dan Mahatma Gandhi.
cooptationpilih lantikSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan atau aksi melantik seseorang yang bukan daripada kalangan ahli organisasi untuk mengetuai sesuatu tugas atau jawatan. Tindakan ini dilakukan atas beberapa sebab antaranya bertujuan mengukuhkan kedudukan organisasi tersebut. Kooptasi ini dilakukan kerana pemimpin yang dipilih itu mempunyai pengaruh yang besar dan karisma yang tinggi serta dapat mengekang dan membendung saingan politik yang diwujudkan oleh individu tersebut terhadap organisasi itu. Selain itu, kooptasi juga bermatlamatkan untuk mengimbangi kuasa di kalangan kelompok yang bersaing dalam sesuatu arena dan dengan ini dapat melebarkan lagi kedudukan sesebuah organisasi dalam saingan tersebut. Contohnya, Anwar Ibrahim merupakan tokoh yang dipilih lantik dalam UMNO pada tahun l98l. Sinonim kooptasi.

Kembali ke atas