Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kar.ya] | کاريا

Definisi : 1. kerja; 2. buatan atau ciptaan (seni dll): ~ Abdul Rahim Kajai; ~ seorang pelukis; ~ eceran karya yg diterbitkan secara satu­-satu atau sedikit-sedikit spt dlm bentuk rencana (bukannya dlm bentuk buku); berkarya menghasilkan karya (tulisan, cip­taan, gubahan, dsb): tanpa pasaran yg memuaskan, pengarang tentulah tidak akan ~; perkaryaan kegiatan berkarya: penulis menyempitkan ~ mereka, tetapi ini penting bagi mewujudkan kesedaran; pengkaryaan penghasilan karya, pencip­taan (sesuatu karya): ASAS 50 agak kurang cergas kegiatannya terutamanya dlm soal ~; kreativiti para penulis itu utk menyempitkan ruang ~ amat penting bagi mewujudkan kesedaran; pengkarya orang yg berkarya atau meng­hasilkan karya: oleh sebab ~ dilahirkan dan didewasakan di celah pokok getah, sewajarnyalah pengkaryaan tidak meninggalkan tradisi kita. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kar.ya] | کاريا

Definisi : hasil kesenian dll; ciptaan: ~ seni lukis. berkarya menghasilkan karya (tulisan, ciptaan, gubahan, dsb): Beliau ~ utk mengisi masa lapangnya. pengkaryaan perihal atau perbuatan menghasilkan karya; penciptaan (sesuatu karya): Kumpulan penulis itu agak kurang cergas dlm soal ~. pengkarya orang yg berkarya. karyawan orang yg banyak menghasilkan karya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
karya (kata nama)
1. Bersinonim dengan kerja: tugas

2. Bersinonim dengan ciptaan: gubahan, karangan, rekaan, reka cipta, buatan, kreativiti, nukilan cerpen, puisi, sajak, syair, gurindam, drama, novel, pantun, seloka, satir, hikayat, rubai, lukisan,

Kata Terbitan : berkarya, pengkarya,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
narrateenaratiKesusasteraanTiadaSeseorang yang menjadi tumpuan pencerita dalam sesebuah karya. Karya mungkin mengandungi seorang narati atau beberapa orang narati yang dinyatakan dengan jelas dalam karya. Bagi sesetengah karya, narati berperanan selaku watak atau watak-watak dalam karya. Contohnya, dalam karya Joseph Conrad bertajuk Heart of Darkness, watak yang mendengar pengisahan oleh Marlow ialah narati kepada kisah yang diceritakannya. Narati merupakan seseorang atau watak yang hanya wujud dalam karya dan berbeza dengan khalayak pembaca atau khalayak yang sebenar.
monologicmonologikKesusasteraanTiadaPerihal menggunakan suara penulis dalam sesebuah karya. Karya monologik ialah karya yang menggunakan satu suara, iaitu suara penulis yang mengongkong suara setiap watak. Konsep ini diperkenalkan oleh pengkritik Rusia, iaitu Mikhail Bakhtin yang menggunakan novel karya Tolstoy bertajuk War and Peace sebagai contoh karya monologik. Dalam karya ini, Tolstoy banyak mengawal pertuturan watak-wataknya.
poemsajakKesusasteraanPuisiKarya-karya puisi, sama ada tradisional mahupun moden. Contohnya, puisi " Kumai" dan "Daerah Kenangan" dalam antologi Puisi Sepanjang Zaman karya T. Alias Taib. Sajak mempunyai dua pengertian yang berbeza iaitu makna umumnya suatu jenis karangan berangkap baik pantun atau syair dan lain� lain, manakala makna khususnya terdiri daripada suatu jenis karangan berangkap cara baharu dalam bahasa Melayu, keadaannya seakan-akan gurindam dan seloka pada bentuk luarnya tetapi berlainan pada isi dan rasa keseniannya dengan beberapa sifat yang tertentu.
plotplotKesusasteraanTiadaSusunan peristiwa-peristiwa dalam sesebuah cerita karya-karya sastera berbentuk cereka.
classical fantasyfantasi klasikKesusasteraanTiadaKarya fantasi yang bersumberkan karya klasik seperti novel atau cerpen fantasi moden. Fantasi klasik merujuk kepada karya yang dihasilkan antara karya fantasi dalam tradisi sastera awal dengan karya fantasi zaman moden. Dengan kata lain, karya fantasi klasik mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri dan berbeza dengan karya fantasi yang dihasilkan oleh pengarang zaman moden. Contoh dalam sastera Melayu ialah Hikayat Merong Mahawangsa.
classicklasikKesusasteraanTiadaKategori karya sastera yang bermutu tinggi yang lahir daripada tamadun Yunani dan Romawi. Karya sastera diakui memiliki keunggulan dan kehebatan sepanjang zaman. Karya sastera klasik bukan sahaja menampilkan pemikiran yang besar tetapi juga memperlihatkan estetik seni yang tinggi bagi bangsa yang melahirkannya. Biasanya, pengarang yang menghasilkan karya klasik merupakan seniman yang mewakili genius zaman silam bagi bangsa berkenaan. Antara karya yang dianggap klasik dalam sejarah kesusasteraan Barat termasuklah karya Homer, Iliad dan Odyssey dan karya karangan Shakespeare bertajuk Hamlet dan Romeo and Juliet. Karya Jane Austen berjudul Pride and Prejudice merupakan contoh karya klasik dalam sejarah kesusasteraan Inggeris. Dalam sejarah kesusasteraan Melayu, karya yang dianggap klasik umumnya muncul atau lahir dalam era kesusasteraan istana di Pasai, Aceh dan Johor-Riau. Karya berkenaan merupakan nukilan pengarang istana yang dianggap sebagai golongan genius Melayu pada zaman silam. Antara karya yang penting ialah Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, dan Tuhfat al-Nafis. Ketinggian nilai karya ini terletak pada ketinggian pemikiran yang mendasari penulisan karya tersebut. Aspek penting yang diketengahkan dalam karya termasuklah sejarah, adat-istiadat, kepercayaan, sosiopolitik, undang-undang, adab sopan dan sebagainya. Di samping itu, karya klasik memperlihatkan ketinggian seni kesusasteraan Melayu zaman silam yang kaya dengan kehalusan bahasa, ketajaman pemikiran, kekayaan pengalaman, dan keindahan pengucapan. Ketinggian mutu karya bagi suatu bangsa ada kalanya berlaku dalam suatu tempoh masa tertentu yang dianggap sebagai periode klasik bagi hasil kesusasteraan bangsa tersebut. Karya yang tergolong dalam periode itu merupakan karya zaman keemasan dalam sejarah bangsa tersebut. Zaman Abasiyah dianggap zaman keemasan dalam tradisi kesusasteraan Arab tradisional. Abad ke-16 hingga abad ke-19 boleh dianggap sebagai period klasik dalam sejarah kesusasteraan Melayu tradisional.
juveniliakarya juvenilKesusasteraanTiadaKarya yang dihasilkan ketika pengarang masih remaja. Karya juvenil juga merujuk kepada sekumpulan karya yang khusus ditulis untuk pembaca daripada golongan remaja. Sesetengah pengarang mula menulis karya sastera sejak remaja. Bakat penulisan mereka berkembang dari semasa ke semasa sehingga mereka menjadi pengarang yang mapan. Contohnya, puisi berjudul �Upon the Death of Lord Hasting� (1649) ditulis oleh Dryden ketika berumur lapan belas tahun. Karya yang dihasilkan oleh pengarang remaja biasanya memperlihatkan beberapa kelemahan dan ketidakmatangan, sama ada dari segi gaya penulisan atau olahan pemikiran. Hal ini dianggap biasa kerana pada peringkat remaja, seseorang pengarang belum mempunyai banyak pengalaman, kurang pengetahuan serta masih berada pada peringkat pembentukan bakat dan kreativiti. Karya yang dihasilkan biasanya bertemakan alam kehidupan remaja dengan gaya penulisan dan olahan pemikiran yang sesuai dengan tahap golongan remaja. Antara penulis karya juvenil ialah Hizairi Othman dengan karyanya berjudul �Merungkai Deduksi� (1996) dan �Dilema� (1991), dan Ahmad Patria Abdullah dengan karyanya berjudul Permata Aurorius (1987), dan Puteri Alindalia (1993).
dianoiadianoiaKesusasteraanTiadaPemaparan unsur pemikiran yang terkandung dalam sesebuah karya sastera. Unsur pemikiran yang dipaparkan merupakan inti pati sesuatu idea yang terdapat dalam karya, biasanya karya puisi. Unsur pemikiran tersebut sering diungkapkan sebagai tema utama, tergambar dengan kesan emosi, kepercayaan, kenyataan atau corak tingkah laku watak yang terdapat dalam karya tersebut. Menurut Aristotle, dianoia merupakan salah satu daripada tiga unsur dalam karya sastera selain unsur mitos (cerita atau plot) dan etos (perwatakan).
patossentuh hibaKesusasteraanTiadaSifat karya sastera yang membangkitkan perasaan sayang, belas kasihan dan hiba. Karya sentuh hiba dianggap karya yang kurang baik dan membawa nada sentimental dan kesedihan apabila disampaikan secara keterlaluan. Contohnya, gambaran kematian Little Nell dalam karya Charles Dickens berjudul The Old Curiosity Shop. Sentuh hiba yang baik boleh dicapai apabila disampaikan secara halus, terkawal, dan tidak melampau. Contohnya, ucapan King Lear semasa baginda ditemukan dengan anaknya Cordelia: Pray, do not mock me, I an a very foolish fond old man Sentuh hiba berasal daripada perkataan Yunani patos yang bermaksud �penderitaan� atau �keghairahan�.
intertextualityintertekstualitiKesusasteraanTiadaKonsep tentang hubungkait antara suatu teks dengan teks yang lain berasaskan tanggapan bahawa semua karya sastera dipengaruhi oleh karya sebelumnya dan tiada karya yang asli.
12345678910...

Kembali ke atas