Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.sar] | کاسر

Definisi : 1. tidak kecil atau tidak halus, agak besar: benang ~; bulu ~; pasir ~; garam ~; 2. tidak licin, kasap, kesat: kertas pasir ini kurang ~; muka Satejo sangat ~ nampaknya; 3. tidak kemas (halus) buatannya dsb: perabot yg tahan lama tetapi ~ buatannya; jahitannya ~; 4. tidak tertib (sopan santun, beradab), tidak lemah lembut: segala percakapan dan kelakuannya terlalu ~; menjawab dgn suara yg ~ menjawab dgn suara yg menengking; bermain ~ berlaku kasar (tidak menurut ke­tertiban dan peraturan); 5. tidak terperinci, belum mengambil kira atau memperhitungkan butir-butir tertentu, secara umum atau pd garis besarnya sahaja: perbelanjaan itu dikira secara ~ saja; jualan ~; untung ~; 6. yg ber­wujud, jasmani: badan (tubuh) ~ badan (tubuh) yg jasmani (bukan batin); 7. keras dan rendah (suara dll), besar: suara ~; 8. berat (bkn kerja dll); buruh ~ buruh yg membuat kerja berat; kerja ~ kerja berat (kerja yg di­lakukan dgn kekuatan tubuh badan seseorang); ~ tangan a) kasar barang kerjanya; b) suka memukul; berkasar berbuat (bercakap dll) dgn kasar: tidak pernah Tasimah ~ dgn suaminya; mengasari berbuat sesuatu dgn kasar pd, mengerasi: dia cuba membantah, akibatnya dia telah dikasari oleh penjual itu; mengasarkan menjadikan kasar; memperkasar menjadikan lebih kasar; kekasaran perihal kasar: rasai olehmu Kahar, balasan ~ tingkahmu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.sar] | کاسر

Definisi : 1 tidak halus; agak tebal (ttg benda yg berbiji-biji, spt pasir, atau yg berurai-urai, spt benang): benang ~; pasir ~. 2 tidak licin; kesat (apabila diraba): Kertas pasir ini kurang ~. 3 tidak kemas buatannya (bkn perkakas spt kerusi dan meja); tidak halus: Kerusi itu ~ buatannya. 4 tidak lembut; tidak sopan; biadab (bkn kelakuan dll): Tingkah lakunya ~ benar. 5 keras dan rendah bunyinya (suara dll): Suaranya ~. 6 tidak terperinci; secara umum saja: ujian ~; garis ~. berkasar berlaku (bercakap dll) dgn kasar: Dia tidak pernah ~ terhadap ibu bapanya. mengasari berlaku kasar terhadap. mengasarkan menjadikan kasar. memperkasar menjadikan lebih kasar. kekasaran keadaan kasar; sifat kasar: Dia meminta maaf kerana ~nya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kasar (adjektif)
1. Bersinonim dengan kesat: kasap, kematu, gerutu, tidak licin,
Berantonim dengan licin

2. Bersinonim dengan agak besar: tidak kecil, tidak halus,
Berantonim dengan halus

3. Dalam konteks perabot
bersinonim dengan gabas, gubas, gabal, tidak kemas, tidak halus,
Berantonim dengan halus

4. Dalam konteks perangai
bersinonim dengan biadap, kurang ajar, tidak tertib, kurang sopan,
Berantonim dengan sopan

5. Dalam konteks kerja
bersinonim dengan berat, buruh, kontrak,
Berantonim dengan ringan

6. Dalam konteks suara
bersinonim dengan keras, besar, parau, garau,
Berantonim dengan lembut

7. Bersinonim dengan secara umum: tidak terperinci, pukul rata, lebih kurang,

Kata Terbitan : berkasar, mengasarkan, kekasaran,

Puisi
 

Kain kasar kain dibeli,
     Masuk berniaga negeri Jawa;
Kisar di kanan gigit di kiri,
     Salah timbang kecewa juga.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Seperti biawak,
     masakan hilang kesatnya.

Bermaksud :

Orang-orang yang rendah budi pekerti tentu bahasanya kasar.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
comminutionpenyerbukanHerbaTiadaProses untuk mengurangi saiz zarah bahan herba secara fizikal atau mekanikal, seperti pemotongan dan penggilingan. Proses ini dilakukan untuk menghasilkan bahan serbuk herba bagi memudahkan pemprosesan selanjutnya. Saiz zarah dikelaskan sebagai kasar, sederhana kasar, sederhana halus, halus dan sangat halus berdasarkan ukuran saiz pengayak yang telah ditetapkan. Sinonim penghancuran.
renewable energy consumptionpenggunaan tenaga boleh diperbaharuiTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauNisbah antara penggunaan kasar pedalaman tenaga boleh diganti semula dengan penggunaan kasar pedalaman tenaga keseluruhan (primer) yang dikira dalam tempoh setahun mengikut tahun kalendar.
nitrogen-free extract (NFE)ekstrak bebas nitrogen (NFE)PerikananAkuakulturBahagian bahan kering makanan tanpa kandungan abu, serabut kasar, ekstrak eter dan protein kasar. Komponen utama dalam bahan ini ialah kanji, gula terlarut dan hemiselulosa terlarut. Bahan ini merupakan sumber tenaga utama dalam makanan ternakan.
dysphemismdesfemismeKesusasteraanPuisiGaya pengucapan sesuatu pemikiran dalam nada yang kasar. Walau bagaimanapun ungkapan yang digunakan itu tidaklah sampai menyinggung perasaan pembaca atau khalayak pendengar. Contohnya, puisi "Celana Dal am" dalam antologi Kemala 152 karya Ismail Muhammad. Sinonim ungkapan kasar.
national income accountakaun pendapatan negaraEkonomiTiadaPenyata tingkat pendapatan dan keluaran sesebuah negara secara keseluruhan dalam satu jangka masa tertentu. Ukuran pendapatan yang paling kerap digunakan ialah keluaran negara kasar (KNK) atau keluaran dalam negara kasar (KDNK). Akaun pendapatan negara mencatatkan anggaran KNK, KDNK, dan butiran lain yang menentukan KNK dan yang berkaitan dengan kedua-dua ukuran itu.
dysphemismungkapan kasarKesusasteraanPuisiLihat desfemisme .
turnoverpendapatan kasarPenilaian Harta TanahTiadaTiada
gross linelini kasarinsuransTiadaJumlah had liabiliti ditanggung oleh insurer bagi sesuatu risiko, termasuk yang akan diinsuranskan.
gross premiumpremium kasarinsuransTiadaPremium bersih campur perbelanjaan operasi, komisen dan lain-lain perbelanjaan.
crude fibreserat kasarSains KesihatanTiadaBahan yang tidak larut selepas bahan makanan dididih dalam asid atau alkali.
12345678910...

Kembali ke atas