film cassettes | kaset filem | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Sarung berbentuk plastik yang digunakan untuk memasukkan filem radiografi ke dalamnya. Sarung ini berfungsi untuk melindungi filem daripada dedahan cahaya dan sebarang kerosakan seperti calar dan habuk semasa kerja-kerja radiografi. |
backscatter | serak balik | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Kesan sinaran yang terserak daripada objek yang berada di sebelah belakang filem radiografi. Kod dan piawai dalam industri memerlukan huruf plumbum ‘B’ diletakkan di belakang kaset untuk mengesan serak balik ini. Sekiranya huruf ‘B’ itu menjadi imej pada filem, ini menunjukkan terdapat kesan serak balik yang sampai ke filem tersebut. |
recension | resensi | Kesusasteraan | Tiada | 1. Versi bertulis yang muncul melalui proses revisi (ulang lihat) atau kritikan tekstual. Versi bertulis juga muncul melalui proses pembinaan semula teks daripada beberapa versi yang berbeza melalui kaedah filologi. 2. Perbicaraan mengenai sesuatu hasil karya (buku, kaset, filem, DVD) dengan tujuan untuk mempromosi dan memperkenalkannya kepada masyarakat. Resensi berasal daripada perkataan Latin recenseve yang bermaksud �melihat kembali, menimbang atau menilai�. |