mispronounciation | salah sebut | Sains Kesihatan | Tiada | Salah menyebut perkataan seperti menambahkan atau menggugurkan satu suku kata. Contohnya, katak disebut sebagai tak. |
antidiabetic | antidiabetes | Herba | Pemiawaian | Sifat agen yang mencegah atau membantu mengawal paras gula dalam darah. Contohnya, ekstrak peria katak (Momordica charantia) yang bersifat antidiabetes. |
bitter | pahit | Herba | Pemiawaian | Rasa yang tidak sedap, seperti hempedu disebabkan kandungan sebatian berbes dalam tumbuhan herba. Contohnya, rasa pahit pada daun mengkudu (Morinda citrifolia), buah peria katak (Momordica charantia) dan daun hempedu bumi (Andrographis paniculata). |
haiku | haiku | Kesusasteraan | Tiada | Sejenis puisi lirik Jepun yang ditulis dalam tiga baris, terdiri daripada 17 suku kata, iaitu lima suku kata pada baris pertama dan ketiga, serta tujuh suku kata pada baris kedua. Haiku bermula pada abad ke-16 dan berkembang maju di bawah pengaruh Matsuo Basho, penyair haiku terkenal Jepun. Matsuo menghasilkan karyanya sewaktu beliau berkelana dan bermeditasi. Haiku menampilkan fenomena atau unsur alam yang konkrit. Unsur ini menyarankan pengalaman dan realiti noumena yang abstrak. Haiku yang berjaya ialah haiku yang dapat menampilkan unsur keabadian dan unsur kesementeraan secara serentak dan harmonis. Contohnya, �Haiku Katak� oleh Basho yang amat terkenal dan telah diterjemahkan oleh Amir hamzah adalah seperti yang berikut: Paya tua beradu cendera, Tersingkir, sunyi, katak terjun, plung. Karya haiku lazimnya membangkitkan suatu kesan yang sublim dengan kesan rasa seperti wabi (kedaifan), sabi (kesafian) dan aware (kesementaraan) dalam kehidupan. Dalam haiku di atas, penghayatan terhadap kolam tua (dengan imej keabadian) yang ditampilkan seiring dengan gangguan lompatan katak menimbulkan kesan rasa kedaifan, kesepian dan kesementaraan. Sesungguhnya, haiku amat rapat dengan fahaman Zen Buddhism, dan haiku dianggap sebagai suatu cara untuk kembali kepada alam. Selain Basho, penyair haiku yang tersohor ialah Issa dan Buson. Di luar Jepun, haiku mempengaruhi penyair Barat, khususnya penyair imagis seperti Ezra Pound pada abad ke-20. |
hypertension | hipertensi | Herba | Pemiawaian | Tekanan darah arteri yang tinggi dan berterusan melalui beberapa kali bacaan, iaitu tekanan sistole 140 � 200 mmHg atau lebih, dan tekanan diastole 90 � 110 mmHg atau lebih. Keadaan ini disebabkan oleh tekanan terhadap dinding arteri atau rintangan vaskular periferi yang tinggi. Contoh herba yang digunakan untuk merawat hipertensi ialah ekstrak hempedu bumi (Andrographis paniculata) dan peria katak (Momordica charantia). |
beast fable | fabel binatang | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk karya sastera rakyat yang terawal dan penting yang mengisahkan alam kehidupan binatang. Cerita yang dipaparkan biasanya pendek dan melibatkan binatang seperti burung, arnab, kera, musang, anjing dan lain-lainnya. Binatang tersebut digambarkan memiliki sifat-sifat manusia biasa. Umumnya, fabel binatang memiliki plot yang ringkas dengan tema bersifat pengajaran. Cerita tersebut berfungsi sebagai hiburan dan pendidikan moral kepada kanak-kanak. Ada kalanya unsur pendidikan moral disampaikan secara sindiran atau kiasan. Fabel binatang wujud dan berkembang dalam hampir semua tradisi sastera di dunia, sama ada di India, Arab, Parsi, Eropah, China, Jepun dan lain-lain. Fabel binatang dalam masyarakat Inggeris misalnya terkenal dengan cerita-cerita yang berkaitan dengan arnab, serigala, burung, kuda, beruang dan anjing. Salah satu contoh yang baik ialah koleksi fabel binatang dalam karya Chaucer berjudu The Nun�s Priest�s Tale. Cerita binatang yang terkenal dalam kesusasteraan Arab dan Parsi ialah Kalilah Wa Damnah (Anvar-i Suhaili). Dalam kesusasteraan Melayu, fabel binatang dikenali sebagai cerita mergastua. Antara cerita yang terkenal termasuklah cerita tentang siput dengan helang. Di samping itu, terdapat juga cerita binatang lain seperti kisah kerbau dengan bangau, kisah ular dengan katak, kisah tikus dengan kucing, dan kisah anjing dengan kucing. Cerita-cerita berkenaan mengandungi pelbagai unsur pengajaran moral dan menjadi bahan pendidikan kepada kanak-kanak dan masyarakat keseluruhannya. Lihat juga cerita binatang. |
allegory | alegori | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk naratif yang memperkatakan sesuatu subjek menggunakan subjek lain yang mempunyai padanan atau kesamaan dengan subjek yang pertama. Contohnya, sebuah cerita mempunyai maksud lain yang tersembunyi di sebalik maksud harfiahnya. Cerita biasanya boleh berdiri secara utuh dengan maksudnya yang tersendiri. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang memahami alegori, cerita tersebut mempunyai maksud lain di sebalik maksud yang tersurat. Maksud tersirat pula menyerlah apabila padanan persis antara cerita yang tersurat dengan maksud yang tersirat dapat ditemukan secara satu per satu. Contohnya, dalam novel The Pilgrim & Progress olah John Bunyan. Novel ini mengisahkan pengembaraan sorang watak bernama Christian, dan watak ini menempuh pelbagai pancaroba dalam perjalanannya menuju ke Kota Celestial. Cerita tersebut boleh dipadankan dengan doktrin atau fahaman Kristian tentang perjuangan manusia untuk mendapatkan penyelamatan, dan setiap dugaan yang dilalui oleh watak Christian dalam cerita itu boleh dipadankan dengan tahap pergelutan manusia untuk mendapatkan kesejahteraan seperti yang difahami oleh penganut Kristian dan tertera dalam Bible. Pada peringkat awal, bentuk ini sering digunakan untuk menyatakan pemikiran yang bersifat agama. Di Barat, alegori sangat dominan pada Zaman Pertengahan dan bahan sastera dewasa memperlihatkan fikiran yang bersifat alegorikal. Namun dalam perkembangan seterusnya, bentuk ini digunakan untuk menyampaikan komen politik dan sosial, dan lumrah digunakan pada masa ini. Bentuk ini mempunyai kaitan dengan satu lagi bentuk, iaitu simbol. Namun perbezaan yang ketara antara kedua-duanya ialah maksud yang tersirat bagi alegori lebih bersifat tetap dan tegar, sementara maksud tersirat bagi simbol lebih bersifat terbuka dan tidak dapat dipastikan secara persis. Apabila segugus simbol digunakan dalam sesuatu naratif, simbol boleh menjadi alegori. Bentuk alegori sering dipadankan dengan karya yang panjang. Walau bagaimanapun, karya pendek yang memperlihatkan ciri yang serupa dengan alegori, sering dikenali dengan istilah cerita binatang, dan cerita ibarat. Contoh lain yang terkenal dalam sastera Barat ialah karya Dryden berjudul Absalom and Achitophel. Karya ini memperkatakan idea tersirat tentang situasi politik di England pada pertengahan kurun ke-17. Karya berjudul Gulliver�s Travels (1726) oleh Jonathan Swift pula secara tersirat menggambarkan situasi politik di England ketika pemerintahan Ratu Anne. Dalam sastera Melayu, Syair Raja Tedung dengan Raja Katak ialah alegori situasi politik Johor-Riau pada kurun ke-19. Contoh yang lain ialah novel tikus Rahmat (1963) oleh Hassan Ibrahim yang merupakan alegori kepada perhubungan kaum di Tanah Melayu. Alegori berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �memperkatakan yang di sebaliknya�. |