Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tindakan mengawal dan menyelia sesuatu pekerjaan, fungsi dsb supaya dapat berjalan dgn betul dan lancar selaras dgn atur­an, prinsip, tujuan dsb yg telah ditetapkan: ~ perdagangan mata wang memerlukan tindakan bersepadu semua negara; pendisiplinan kuasa pasaran boleh menggalakkan ~ korporat yg baik; mengawal selia melakukan atau menjalan­kan kawal selia: sebuah lembaga diberi tugas utk ~ pelabuhan itu; pihak kementerian sentiasa ~ aktiviti semua syarikat minyak yg terbabit; pengawalseliaan perihal (proses atau per­buatan) mengawal selia: akta ini menyediakan undang-undang tentang pelesenan dan ~ institusi yg menjalankan perniagaan bank; ~ mutu program francais juga diragui; pengawal selia pihak (badan atau orang) yg menjalankan kawal selia: keadaan itu mendesak ~ sekuriti utk berbincang dan bertukar-tukar maklumat; kajian itu menonjolkan isu utama yg membabitkan semua ~ kewangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tindakan atau usaha mengawal dan menyelia sesuatu pekerjaan, tugas dsb supaya dpt berjalan lancar selaras dgn peraturan, prinsip, tujuan dsb yg telah ditetapkan. mengawal selia melakukan atau menjalankan kawal selia: Pihak Kementerian sentiasa ~ aktiviti syarikat-syarikat yg terbabit. pengawalseliaan perihal atau proses mengawal selia: ~ mutu pengeluaran memang diwajibkan. pengawal selia pihak, badan atau orang yg menjalankan kawal selia: Latihan itu adalah utk semua ~ kewangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
safeguardskawal guna; kawal seliaSains NuklearKejuruteraan Reaktor1) Kawal guna: Kawalan penggunaan bahan nuklear dan aktiviti berkaitan dengan nuklear yang tertakluk di bawah perjanjian antarabangsa daripada digunakan untuk tujuan persenjataan. 2) Kawal selia: Penyeliaan penggunaan bahan nuklear dan aktiviti berkaitan dengan nuklear yang tertakluk di bawah perjanjian antarabangsa daripada digunakan untuk tujuan persenjataan.
innocent alarmpenggeraan tidak mudaratSains NuklearKejuruteraan ReaktorKeputusan penaksiran isyarat penggera yang menyatakan kehadiran bahan nuklear atau bahan radioaktif lain adalah di bawah kawal selia atau dikecualikan atau terkecuali daripada kawal selia.
effective kilogramkilogram efektifSains NuklearKejuruteraan ReaktorUnit pengukuran jisim dalam kawal selia atau kawal guna bahan nuklear.
nuclear material controlkawalan bahan nuklearSains NuklearKejuruteraan ReaktorSistem yang digunakan untuk mengambil kira dan mengawal semua bahan nuklear yang tertakluk dalam kawal guna dan kawal selia. Sistem ini termasuklah langkah kawalan dan pelaporan jumlah sebenar serta pergerakan bahan nuklear di dalam semua kawasan imbangan bahan pada bila-bila masa.
limiting condition for operation (LCO)keadaan pengehad pengendalianSains NuklearKejuruteraan ReaktorSet peraturan yang menetapkan had parameter, keupayaan untuk berfungsi, dan tingkat prestasi bagi peralatan dan kakitangan yang dibenarkan oleh badan kawal selia untuk kendalian reaktor nuklear dengan selamat.

Kembali ke atas