precinct | kawasan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Satu bahagian dari wilayah atau daerah kecil yang mempunyai sempadan yang jelas, dibahagi berasaskan fungsi pentadbiran, seperti kawasan pilihan raya, kawasan pengawasan polis atau kawasan mukim pentadbiran penghulu. Terdapat beberapa kawasan dalam satu wilayah yang lebih besar yang dibahagi mengikut fungsi pentadbiran ini yang lerletak bersebelahan atau berdekatan antara satu dengan yang lain. Satu kawasan ini mempunyai penduduk, sekolah, tempat ibadat, pasar dan kawasan perniagaannya sendiri. Contohnya, bangunan pentadbiran utama termasuk Pejabat Perdana Menteri terletak dalam Presint 1 Putrajaya. |
catchment area | kawasan tadahan | Pertanian | Tiada | Kawasan tadahan: Keseluruhan kawasan permukaan yang membekali air larian kepada sesebuah sungai. Kawasan tadahan sesebuah sungai dihadkan oleh garisan legeh pada lembangan sungai tersebut. |
infected local area | kawasan setempat jangkitan | Kesihatan Awam | Tiada | Kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan tempatan jangkitan di bawah Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengisytiharan Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 [P.U(A) 87/2020]. |
catchment area | kawasan tadahan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | (1) Kawasan petempatan yang menerima satu-satu jenis perkhidmatan daripada sesuatu institusi seperti pusat perniagaan, perkhidmatan sosial seperti kesihatan, pelajaran, dan pejabat pos. (2) Satu kawasan yang termasuk dalam kawasan pengaruh sesuatu petempatan bandar. |
polling district | daerah pengundian | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kawasan atau pusat pengundian dalam satu kawasan pilihan raya. Suruhanjaya pilihan raya akan membahagikan kawasan pllihan raya kepada beberapa daerah pengundian bagi memudahkan proses pembuangan undi. Di kawasan ini juga terdapat pusat mengundi untuk orang ramai seperti sekolah atau balai raya. Setelah pembuangan undi selesai, semua kotak undi dari semua daerah pengundian akan dikumpulkan di tempat pengiraan undi. Dalam sesebuah daerah pengundian, mungkin terdapat dua atau lebih kotak undi, bergantung kepada bilangan pengundi di kawasan tersebut. Contohnya, Seksyen 2 Shah Alam merupakan satu daerah pengundian bagi kawasan Parlimen Shah Alam. |
safari corridor | koridor safari | Pelancongan | Tiada | Laluan yang digunakan oleh binatang liar untuk bergerak dari satu kawasan ke kawasan yang lain. |
sex trafficking | pemerdagangan seks | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tindakan atau perbuatan menyeludup orang secara tidak sah dari satu kawasan ke kawasan yang lain merentasi sempadan untuk tujuan eksploitasi dan perhambaan seksual. |
clean area | kawasan bersih | Herba | Tiada | Suatu kawasan yang terdiri daripada pelbagai ruang dan mempunyai kawalan persekitaran yang tertakrif bebas pencemaran partikulat dan mikrob. Kawasan ini dibina dan digunakan untuk mencegah kemasukan, penjanaan dan pengekalan bebas pencemar. Pakaian khusus perlu dipakai sebelum memasuki kawasan ini. |
production area | kawasan pembuatan | Herba | Tiada | Suatu bahagian kawasan bersih di dalam sebuah kilang yang digunakan untuk memproses bahan mentah, sediaan atau produk akhir herba. Bangunan, kemudahan dan peralatan di dalam kawasan pembuatan ini perlu dibina, diurus dan diselenggara menurut keperluan Amalan Pengilangan Baik. Kawasan memproses bahan mentah, sediaan atau produk akhir herba yang boleh menjanakan habuk, wap atau wasap seperti di tempat pengisaran, pemanasan atau perebusan perlu mempunyai ekzos udara. Aktiviti pensampelan, penimbangan, pengadunan dan pemprosesan perlu dijalankan dengan berhati-hati untuk mengelakkan kontaminasi silang. |
catchment area | kawasan tumpuan | Perpustakaan | Tiada | Kawasan tumpuan: Dalam perancangan perpustakaan, satu kawasan yang ditandakan sebagai ruang perkhidmatan perpustakaan yang dijangka menjadi tumpuan para pengguna. |