Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.yu] | کايو

Definisi : 1 bahagian pokok yg keras yg digunakan utk membuat berbagai-bagai alat (perkakas rumah dll): ~ pohon getah tidak sekeras ~ pohon jati. 2 kata utk menyatakan nama beberapa jenis kayu: ~ ara; ~ jati. 3 yg dibuat drpd kayu: kerusi ~; rumah ~. ~ api kayu yg dibakar sbg bahan api. ~ balak batang kayu yg telah dipotong dahannya atau cabangnya. ~ bedik ist alat yg digunakan utk mengawal pergerakan kursor dgn menggerakkan rod yg dihubungkan pd komputer. ~ belantan gada (pemukul) yg dibuat drpd kayu. ~ gubal ist bahagian luar kayu pokok yg mengandungi sel-sel hidup dan bahan simpanan, spt kanji. ~ lapis kayu tipis yg berlapis dan berkeping-keping (utk dibuat almari dll). ~ manis nama sj pohon yg kulitnya berasa manis-manis pedas, Cinnamomum zeylanicum (iners). ~ pelontang kayu yg dpt mengapung atau timbul (kerana ringan), yg diikat pd tali kail. ~ pembaris kayu yg lurus dan bersenggat-senggat dgn ukuran (digunakan utk membuat garis lurus atau utk mengukur jarak). ~ putih nama sj tumbuh-tumbuhan yg drnya diperoleh minyak utk dibuat ubat, Eucalyptus spp.. ~ uji kayu yg runcing atau agak tajam hujungnya dan digunakan di dlm makmal utk menguji sesuatu gas (spt oksigen). kayu-kayuan, kayu-kayan berbagai-bagai jenis kayu; serba jenis kayu. berkayu 1 ada kayunya; berteras. 2 mencari kayu di hutan: pergi ~ pergi mencari kayu di hutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ka.yu] | کايو

Definisi : satuan ukuran kain yg panjangnya 18.288 meter atau 20 ela. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kayu

Puisi
 

Kayu jelutung kayu di rimba,
     Mati bertimpa kayu kelat;
Sudah untung kita berdua,
     Umpama ikan dalam belat.


Lihat selanjutnya...(147)
Peribahasa

Kayu mati berpunggur,
     manusia mati biar bernama.

Bermaksud :

Hidup manusia hendaklah meninggalkan jasa yang baik.

 

Lihat selanjutnya...(79)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
merchantable volumeisi padu boleh niagaPerhutananTiadaJumlah kayu yang terdapat dalam suatu pokok atau suatu dirian hutan yang boleh diniagakan. Jumlah ini boleh termasuk kayu-kayu cacat.
dowelpasak kayu bulatKesenianHiasan Dalaman1. Kayu kecil berbentuk bulat yang digunakan sebagai pengikat pada dua bahagian kayu. 2. Kayu panjang berbentuk bulat yang digunakan dalam pembuatan perabot.
stacked valumeisi padu susunanPerhutananTiadaJumlah ruang yang dipenuhi oleh satu longgokan dimensi luarnya. Bentuk kayu yang disusun boleh terdiri daripada kayu bulat, kayu belahan atau kayu gergaji.
sleeperlandasanPerhutananTiada1. Kayu yang digergaji atau ditarah mengikut ukuran piawai tertentu bagi mengalas rel kereta api yang digunakan secara langsung atau dengan menggunakan alat khas. Spesies kayu yang biasa digunakan ialah kayu keruing dan kempas yang diawet. 2. Kepingan kayu yang kuat yang disusun di atas tanah untuk menyokong atau mengalas kayu-kayu lain untuk tujuan tertentu, misalnya untuk pengeringan.
ashashKesenianHiasan DalamanKayu keras yang mudah dilenturkan, berwarna seakan-akan jerami dan mempunyai ira seperti kayu oak. Kayu ini banyak terdapat di negara yang mempunyai iklim suhu sederhana, seperti benua Eropah dan Amerika Utara. Kayu bermutu tinggi ini digunakan untuk menghasilkan perabot mewah atau dijadikan sebagai sebahagian daripada struktur bangunan.
cherry woodkayu ceriKesenianHiasan DalamanJenis kayu yang berwarna coklat pucat dan akan menjadi semakin gelap apabila usia kayu semakin bertambah. Kayu ini mempunyai urat yang halus dan sesuai untuk dibuat ukiran.
medium density fibreboardpapan gentian ketumpatan sederhanaKesenianHiasan DalamanKepingan kayu yang dihasilkan dengan cara menghancurkan kayu keras atau sisa kayu lembut ke dalam gentian kayu dengan mencampurkan lilin dan pengikat resin untuk membentuk panel seperti papan. Papan ini kemudiannya dimampatkan dengan suhu dan tekanan tinggi dan dikemaskan menggunakan venir kayu. Kepingan papan ini banyak digunakan untuk membuat perabot atau dinding kerana sifatnya yang mesra alam, murah dan mempunyai ukuran yang tekal dan tetap serta mudah lentur
green densityketumpatan basahPerhutananTiadaJisim kayu bedasarkan berat kayu basah per isi padu kayu yang disukat pada keadaan yang sama.
cordkordPerhutananTiadaUnit isi padu kayu yang digunakan untuk susunan kayu bulat atau kayu belahan dan berdasarkan kepada dimensi luar (4 x 4 x 8) kaki atau 128 kaki padu. Unit ini biasanya digunakan dengan meluas di Amerika Syarikat dan Kanada.
redwoodpokok kayu merahKesenianHiasan DalamanKayu lembut dalam famili pain yang digunakan untuk panel dan perabot luar rumah. Kayu ini sangat kukuh dan tahan lama. Pokok kayu merah terdapat di Amerika, khususnya di utara California.
12345678910...

Kembali ke atas