Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ke

Puisi
 

Nyiur manis condong ke Keling,
     Sudah ke Keling ke Jawa pula;
Hitam manis duduk mengoleng,
     Sudah mengoleng ketawa pula.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Belut pulang ke lumpur.

Bermaksud :

Kembali ke asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Misai pulang ke bibir). Bandingkan dengan: Belut jatuh ke lumpur).

 

Lihat selanjutnya...(314)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
toetoeKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaJarak di antara bahagian hadapan dua roda depan sama ada mengarah ke dalam (toe ke dalam) atau ke luar (toe ke luar), yang diukur dalam inci, milimeter atau darjah.
port-to-port coverageperlindungan pelabuhan ke pelabuhaninsuransTiada1. Jangka masa pelindungan yang diberikan oleh insurans pelayaran dalam polisi marin berbentuk biasa. Bagi barangan, perlindungan berterusan apabila dimuatkan ke atas kapal sehingga dipunggah ke atas pangkalan destinasi atau ke atas kapal pembeli. 2. Bagi insurans kapal, jangka masa perlindungan bermula apabila kapal berlayar sehingga ke pelabuhan yang dituju.
oscillatingayunanKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPergerakan ke kiri dan ke kanan secara berulang-ulang.
supinationsupinasiSains SukanBiomekanikPergerakan sendi radioulnar (sendi di bahagian lengan bawah) yang mengalihkan tangan ke posisi anatomi, pada satah melintang. Pergerakan ini melibatkan putaran tangan yang menghala ke hadapan atau ke atas. Contohnya, kedudukan tangan secara supinasi semasa menggenggam gegelang roman dalam acara gimnastik artistik. Lihat juga posisi anatomi, satah melintang. Banding pronasi.
reciprocating motiongerakan salinganKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPergerakan ke atas dan ke bawah secara berulang-ulang di antara kedudukan pusat mati atas (TDC) dengan pusat mati bawah (BDC)
parallel edgetepian selariKesenianHiasan DalamanAlat mendraf seperti Mayline atau Paradraft yang dipasang dengan dawai tebal di atas papan lukisan teknikal. Tepian selari boleh digerakkan ke atas dan ke bawah dalam keadaan selari tanpa menggunakan tekanan tangan ke atas sesiku-T. Alat ini menjadi pilihan pelukis pelan berbanding sesiku-T. Jenis tepian selari yang dibeli secara berasingan dan kemudiannya dipasang ke atas papan lukisan teknikal adalah lebih lembut dan licin berbanding jenis yang sudah siap dipasang.
pistonombohKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaBahagian yang boleh bergerak ke atas dan ke bawah di dalam silinder enjin.
WhiggismWhiggismeSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang memperjuangkan pengurangan kuasa raja dan meningkatkan kuasa parlimen atau dewan perundangan. Fahaman ini berkembang pada abad ke-17 hingga ke-19 di Great Britain dan seterusnya berkembang ke Amerika Syarikat yang sekali gus mendorong mereka menuntut kemerdekaan daripada monarki Britain. Fahaman ini bagaimanapun tidak menuntut kepada penghapusan kedudukan raja di Great Britain tetapi hanya mahukan pengurangan kuasa mereka. Dari gagasan inilah munculnya konsep berperlembagaan.
lateral flexionfleksi lateralSains SukanBiomekanikPergerakan tubuh atau leher yang menghala ke kiri atau ke kanan satah frontal pada paksi anteroposterior. Lihat juga satah frontal, paksi anteroposterior.
croftkrofKesenianHiasan DalamanNama reka bentuk kabinet yang digunakan pada abad ke-18 dan ke-19 untuk menulis dan menyimpan barang.
12345678910...

Kembali ke atas