malpractice insurance | insurans salah amalan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Polisi insurans bagi seseorang profesional yang memberi perlindungan ke atas: 1. Dakwaan yang timbul akibat kecuaiannya, dan 2. Amaun yang ditetapkan oleh mahkamah ke atas sebarang ganti rugi tertakluk kepada had yang ditetapkan dalam polisi. |
Diels-Alder polymerization | pempolimeran Diels-Alder | Kejuruteraan | Polimer | Kaedah pempolimeran penumbuhan langkah kumpulan yang melibatkan penambatan berfungsi siklo tak tepu ke atas 1, 3-diena. |
hydrolase | hidrolase | Bioteknologi | Tiada | Enzim yang memangkinkan tindak balas yang terlibat dalam pembuangan atau penambahan molekul air. Enzim ini merupakan salah satu nama yang digunakan dalam tatanama enzim (EC 3) iaitu 3.1 bertindak ke atas ikatan ester, 3.2 ke atas sebatian glikosil, 3.3 ke atas ikatan ester, 3.4 ke atas ikatan peptida, 3.5 ke atas ikatan C-N, 3.6 ke atas ikatan anhidrida, 3.7 ke atas ikatan C-C dan 3.8 ke atas ikatan halida. |
upward circle | putar ke atas | Sukan | Tiada | 1. Gimnas yang membuat putaran mengadap ke atas sewaktu melompat pada acara lantai pada sukan gimnastik.,2. Pemain yang membuat servis mula dengan cara memukul bola secara putar ke atas pada sukan pingpong dan tenis. |
impression | impresi | Perubatan | Tiada | 1. Lekuk kecil yang terbentuk akibat sentuhan sesuatu organ ke atas sesuatu organ yang lain, seperti sentuhan jantung ke atas sesuatu organ lain yang disebut impresi jantung. 2. Salinan negatif sesuatu benda, seperti gigi atau kunci yang ditekan ke atas plastik lembut. |
foot-candle | kaki-lilin | Fizik | Optik | 1 Unit pencahayaan bersamaan dengan pencahayaan seragam ke atas permukaan satu kaki persegi oleh fluks berluminositi 1 lumen. 2. Pencahayaan ke atas semua titik pada permukaan yang berjarak satu kaki dari satu sumber titik seragam berkeamatan 1 kandela. |
Hamilton�s equation | persamaan Hamilton | Fizik | Mekanik | Pernyataan semula persamaan Lagrange dengan penekanan ke atas momentum dan bukan ke atas daya. Ia merupakan suatu set persamaan simetri peringkat pertama yang menghuraikan pergerakan suatu sistem dinamik klasik iaitu. (qj (j = 1, 2 .....) = koordinat teritlak sistem, Pj = momentum konjugat kepada qj; dan H = fungsi Hamiltonan). persamaan berkanun gerakan |
supine | supin | Perubatan | Tiada | 1. Baring secara terlentang dengan muka menghala ke atas. 2. Perihal menggerakkan lengan dengan menghalakan tapak tangan ke atas. |
engagement | perjanjian | Sejarah | Tiada | 1. Perjanjian: Sumpah kesetiaan yang menimbulkan kontroversi yang dipaksakan ke atas orang Inggeris yang berumur 18 tahun ke atas yang mengkehendaki kesetiaan kepada kerajaan pemerintah oleh COMMONWEALTH pada tahun 1650.,2. Perjanjian yang ditandatangani di antara Charles I dan COVANTERS Scot pada 26 Disember 1647 menandakan perubahan kesetiaan orang Scot kepada England. |
drop hammer | tukul jatuh | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Bungkah besi yang ditarik ke atas dengan menggunakan sistem angkat dan dibiarkan jatuh secara bebas ke atas kepala cerucuk untuk membenamkannya ke dalam tanah. Bagi cerucuk keluli atau cerucuk kayu, berat tukul ialah 1.5 kali berat cerucuk atau sekurang-kurangnya 0.75 ton. Berat tukul untuk konkrit ialah 0.75 kali berat cerucuk. |