Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.mu.ka] | کموک

Definisi : maju ke hadapan, mara; sekarang ~ dr masa ini hingga seterusnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.mu.ka] | کموک

Definisi : 1 ke hadapan: Dia segera pergi ~ kelas apabila dipanggil oleh gurunya. 2 maju; mara: Dia ~ apabila dicabar oleh lawannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
muka (kata nama)
1. Bersinonim dengan wajah: rupa, paras, roman, raut, bentuk, potongan, iras, domol, tampang,

2. Bersinonim dengan depan: hadapan, hadap, anterior,
Berantonim dengan belakang

Kata Terbitan : mengemukakan, terkemuka, bersemuka, menyemukakan, bermuka-muka, permukaan, pengemukaan, pemuka,

Puisi
 

Sirih kuning gagang menguning,
     Mari tanam belukar sana;
Seri sirih naik ke kening,
     Seri pinang naik ke muka.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Tertukik jejak mendaki,
     tersendorong jejak menurun.

Bermaksud :

Kaum kerabat yang telah jauh tidaklah berapa kuat pada tuntutan hak waris. tertukik = tertakik; tersendorong = tergelincir ke muka.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
propagationpembiakan; rambatanKejuruteraanTiada1. Penghantaran tenaga dalam bentuk gelombang di arah yang normal ke muka gelombang.,2. Penambahan bilangan tumbuh-tumbuhan melalui kaedah-kaedah vegetatif.
pantun budipantun budiKesusasteraanPuisiTema dan pemikiran yang diungkapkan oleh penciptanya adalah berhubungan dengan budi. Puisi ini bertujuan untuk membentuk kemuliaan hati seseorang. Contohnya, Bila memandang ke muka laut, Nampaklah sampan mudik ke hulu; Hati terkenang rnulut menyebut, Budi yang baik ingat selalu.
median cleft face syndromesindrom muka klef medianPerubatanTiadaKetidaksempurnaan yang melibatkan kepala dan keabnormalan muka yang disebabkan oleh alur ke bawah pada bahagian pertengahan muka yang memberikan kesan kepada keseluruhan atau sebahagian muka.
depressiondepresiSains KesihatanTiadaPergerakan mata atau muka menghala ke atas.
elevationelevasiSains KesihatanTiadaPergerakan mata atau muka menghala ke atas.
supinesupinKejururawatanTiada1. Baring secara terlentang dengan muka menghala ke atas. 2. Perihal menggerakkan lengan dengan menghalakan tapak tangan ke atas.
password attackserangan kata laluanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSerangan penekaan kata laluan dengan cara yang sama seperti serangan hentam kromo. Pengguna hasad melancarkan serangan kata laluan ke atas antara muka log masuk suatu sistem komputer dengan mencuba beberapa kata laluan yang mungkin untuk suatu ID pengguna, atau mencuba beberapa kata laluan asal untuk semua ID pengguna. Serangan ini boleh dilakukan sama ada secara manual atau berbantukan perisian terautomasi. Serangan ini dikesan dengan memerhatikan bilangan kegagalan capaian yang tinggi dalam tempoh yang singkat.
pervasive computingpengkomputeran rebakFizikNanoteknologiAliran ke arah memperluas penggunaan komputer untuk mengantara muka pelbagai peranti elektronik dalam persekitaran menerusi teknologi tanpa wayar. Peranti ini bersaiz kecil atau tidak kelihatan, sama ada dalam bentuk boleh alih atau ditanam dalam kebanyakan objek seperti kereta, peralatan am, peralatan rumah, pakaian, dan pelbagai barangan.
banker's discountdiskaun jurubankEkonomiTiadaPerbezaan antara nilai muka bil pertukaran atau nota janji, yang dibeli oleh bank daripada pelanggannya dengan jumlah yang dikreditkan ke dalam akaun pelanggan bank tersebut. Perbezaan ini merupakan diskaun yang dipotong oleh bank dan faedah yang dikenakan terhadap tempoh masa pemegangan bil pertukaran atau nota janji sebelum bil itu boleh dibayar, dan dicampurkan pula dengan caj yang dikenakan terhadap darjah risiko yang terlibat.
amount at riskamaun semasa risikoinsuransTiada1. Perbezaan di antara rizab dengan amaun muka sesuatu kontrak. Amaun semasa risiko ini menjadi semakin kecil apabila rizab meningkat (hayat). 2. Amaun insurans yang dikuatkuasakan ke atas sebarang harta oleh sesebuah syarikat tanpa mengambil kira sama ada amaun tersebut setimpal atau tidak dengan nilai sebenar harta tersebut (am).
12

Kembali ke atas