Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
atmospheresuasanaKesusasteraanTiadaKeadaan emosi yang terdapat pada sesebuah karya yang membayangkan kepada pembaca keadaan-keadaan yang ditemui dan diikutinya dalam cerita.
bistable propertysifat dwistabilFizikNanoteknologiSifat bahan yang mempunyai dua keadaan yang mantap, iaitu keadaan yang dapat bertukar-tukar daripada suatu keadaan kepada suatu keadaan yang lain. Contohnya, keadaan dwistabil terdapat dalam sistem kimia, suis elektrik dan penghantaran optik.
withdrawal statekeadaan sarak/keadaan gianPerubatanPsikiatriPerubahan yang dialami oleh seseorang, sama ada dari segi fizikal atau psikologi setelah mengurangkan atau menghentikan pengambilan dadah yang berbahaya termasuk alkohol.
plasmonplasmonNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanKuantum ayunan plasma elektron. Plasma merupakan satu daripada empat keadaan jirim. Keadaan jirim yang lain ialah gas, cecair dan pepejal. Plasma bersifat konduksi, peka kepada medan elektrik dan magnet, serta digunakan sebagai sumber tenaga dan sinaran.
dormantdormanPerikananAkuakulturKeadaan organisma yang seakan-akan diam dan tiada aktiviti. Keadaan ini boleh mencapai masa bertahun-tahun lamanya. Organisma akan keluar daripada keadaan dorman apabila persekitaran berada dalam keadaan baik untuk membesar dan membiak. Contohnya ialah sista artemia.
cutoutpintasan matiKejuruteraan AutomotifEnjinKehilangan kuasa secara sementara dan tidak berkala yang menyebabkan enjin berada dalam keadaan tegun. Keadaan ini mempengaruhi kebolehpanduan sesebuah kenderaan dan masalah ini menjadi lebih serius semasa kenderaan dipecut secara mendadak.
entanglementketerlibatanFizikNanoteknologiKeadaan zarah kuantum seperti elektron, foton atau kubit berinteraksi dalam bentuk pasangan tanpa mengira jarak pemisahan antara mereka. Sekiranya berlaku perubahan keadaan suatu zarah kuantum, keadaan kuantum pasangannya juga akan berubah. Contohnya, keterlibatan antara kubit dalam sistem pengkomputan kuantum.
transnationaltransnasionalSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan yang melampaui sempadan sesebuah negara. Keadaan tersebut berpunca atau terbentuk dari sebuah negara dan kemudiannya berkembang serta bertapak di negara lain. Lama-kelamaan keadaan tersebut boleh didapati di pelbagai negara. Keadaan itu juga melambangkan sifatnya yang sudah begitu mantap dan terkenal. Contohnya, pertubuhan multinasional seperti Kodak dan Sony yang merupakan badan perniagaan bersifat transnasional.
singlet electronic statekeadaan elektronik singletKimiaKimia AnalisisKeadaan elektronik sesuatu atom apabila kemultipelannya bersamaan dengan satu. Keadaan ini berlaku apabila tindak ada elektron yang tidak berpasangan.
accident conditionkeadaan kemalanganSains NuklearKejuruteraan ReaktorPeristiwa atau keadaan yang menyimpang daripada kendalian normal. Akibat peristiwa dan keadaan ini adalah lebih teruk daripada akibat kejadian kendalian dijangka.
12345678910...

Kembali ke atas