Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
luar (kata nama)
Kata Terbitan : di luar, ke luar, luaran,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
passive precipitationdorongan pasifKriminologiKeadilan JenayahSatu keadaan pemangsaan jenayah yang berlaku bukan disebabkan oleh tindakan mangsa secara langsung tetapi disebabkan oleh keadaan luaran yang ada kaitan dengan mangsa sehingga mendorong pelaku untuk melakukan jenayah atau serangan terhadap mangsa tersebut. Contohnya, pemakaian barang kemas yang keterlaluan oleh mangsa mengakibatkan mangsa menjadi sasaran peragut.
physiognomyfisiognomiKriminologiKeadilan JenayahKaedah pentafsiran semu-sains tentang keperibadian seseorang berdasarkan pemerhatian terhadap keadaan fizikal luaran seperti ekspresi dan ciri rupa wajah seseorang yang boleh menentukan kecenderungan jenis jenayah yang dilakukan.
guidance hypothesishipotesis panduanSains SukanBiomekanikRamalan yang menyatakan bahawa maklum balas luaran yang terlalu banyak diterima semasa menjalani latihan boleh menjejaskan proses pembelajaran sesuatu kemahiran motor. Keadaan ini berlaku kerana situasi ini mengakibatkan pelatih terlalu bergantung pada maklum balas luaran yang menyebabkan kemahiran analisis kendiri tidak berkembang. Lihat juga kemahiran motor.
atomic emission spectrophotometryspektrofotometri pemancaran atomHerbaTiadaKaedah analisis komposisi bahan dan pengenalpastian unsur melalui panjang gelombang sinaran yang dipancarkan semasa atom atau molekul yang teruja oleh sumber tenaga luaran yang kembali kepada keadaan asas. Kaedah ini biasanya digunakan untuk mengukur kandungan natrium dan kalium dalam bahan mentah dan produk herba.
maternal environmentpersekitaran keibuanPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKeadaan penentuan fenotip sesuatu organisma. Persekitaran keibuan terdiri daripada persekitaran luaran dan dalaman ibu pada peringkat perkembangan anak.
herbal stabilitykestabilan herbaHerbaTiadaKeadaan keutuhan dan integriti herba semasa penstoran, pemprosesan dan pemasaran. Kestabilan herba adalah penting untuk menjamin kualiti keselamatan dan keberkesanannya. Faktor yang mempengaruhi kestabilan ialah persekitaran seperti kelembapan, suhu, cahaya dan bahan pengoksida, dan faktor biologi dalaman seperti enzim dan luaran seperti serangan bakteria, kulapuk dan infestasi.
palpationpempalpatanPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKaedah yang lazim digunakan dalam pemeriksaan fizikal haiwan. Pempalpatan dilaksanakan dengan menggunakan tangan sama ada di bahagian luaran ataupun dalaman haiwan. Pempalpatan membantu membuat diagnosis terhadap sesuatu keadaan pada haiwan yang diperiksa.
literary criticismkritikan sasteraKesusasteraanTiadaKaedah kritikan atau cabang pengajian yang berkaitan dengan hal-hal mendefinisi, mengklasifikasi, menghuraikan dan menilai karya kesusasteraan. Kritikan ini biasanya terbahagi kepada dua bahagian bahagian utama, iaitu kritikan amali dan kritikan teoritis. Kritikan amali memberikan tumpuan pada tkes semata-mata tanpa merujuk faktor luaran, ekstrinsik atau kontekstual, iaitu sejarah, keadaan sosial, biografi pengarang dan sebagainya. Tumpuan kritikan ini adalah pada unsur dalaman atau intrinsik teks, iaitu tema, plot, imejan dan ciri-ciri teks formal yang lain. Bentuk kritikan amali memberikan penekanan pada asktek tekstual dan menghasilkan ungkapan seperti �yang tertera di muka surat�, �bacaan teliti�, dan analisis teks. Antara pengkritik yang menonjolkan kaedah kritikan ini ialah Richards dan Cleanth Brooks. Kritikan amali dikenali juga sebagai kritikan terapan. Kritikan teoritis (teoritikal) pula merumuskan prinsip yang asasi untuk menentukan perbezaan antara bidang kesusasteraan dengan disiplin lain. Kritikan ini berperanan sebagai �kayu pengukur� bagi menentukan mutu sastera. Kedua-dua bidang kritikan di atas memanfaatkan teori kritikan, sama ada secara implisit atu eksplisit. Teori kritikan menyediakan kerangka untuk membaca dang menganalisis teks. Antara teori kritikan ialah Marxisme, feminisme, historisisme baru, pascastrukturalisme dan lain-lain. Kritikan berasal daripada perkataan Yunani bermaksud �penghakiman�. Lihat juga historisme baru, kritikan Marxis, kritikan pascastrukturalis.

Kembali ke atas