Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ah.lian] | کأهلين

Definisi : 1. kemahiran dlm sesuatu ilmu (kepandaian, pekerjaan, dll): penterjemah yg baik memerlukan ~ seorang pengarang; 2. perihal menjadi ahli, kedudukan (hak) sbg ahli, keanggotaan: ~nya dlm kelab ini telah dibatalkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ah.lian] | کأهلين

Definisi : 1 kemahiran atau kepandaian dlm sesuatu bidang; kepakaran. 2 hal menganggotai sesuatu pertubuhan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keahlian


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
service feeyuran perkhidmatanPelanconganTiadaBayaran yang dikenakan untuk sesuatu perkhidmatan dalam tempoh tertentu, seperti bayaran keahlian kelab dan keahlian kongsi masa.
vacation ownershippemilikan percutianPelanconganTiadaPenggunaan rumah percutian semasa bercuti melalui keahlian perkongsian masa atau pemilikan rumah kedua.
DietDietSains PolitikPolitik PerbandinganBadan perundangan yang menggubal undang-undang, dasar dan belanjawan negara Jepun. Badan ini terdiri daripada dua komponen utama iaitu Dewan Penasihat (Sangi-in) yang diklasifikasikan sebagai Dewan Atas dan Dewan Perwakilan (Shugi-in) dikenali juga sebagai Dewan Bawah. Dewan Penasihal terdiri daripada 252 ahli, 152 ahli dipilih dari 11 kawasan pengundian, sementara 100 ahli lagi dipilih melalui senarai tunggal kebangsaan. Keahlian Dewan Penasihat terbuka kepada warganegara Jepun yang berumur 30 tahun ke atas dan setiap ahlinya berkhidmat untuk tempoh enam tahun bagi satu penggal. Dewan Perwakilan pula terdiri daripada 480 ahli yang dipilih untuk tempoh empat tahun sekali, 180 ahli dipilih secara kaedah pemilihan berkadar dari 11 kawasan yang bersifat pelbagai keahlian, sementara 300 ahli dipilih melalui kaedah perwakilan tunggal dari satu kawasan. Keahlian Dewan Perwakilan terbuka kepada warganegara Jepun yang berumur 25 tahun ke atas. Secara hierarki, Dewan Perwakilan lebih berkuasa daripada Dewan Penasihat. Dalam badan perundangan ini, perdana menteri berkuasa membubarkan dewan-dewan ini pada bila-bila masa sahaja.
subsidiary companyanak syarikatEkonomiTiadaSyarikat yang dikawal secara langsung atau tidak langsung oleh syarikat lain yang dikenali sebagai syarikat induk. Mengikut Seksyen 5 Akta Syarikat 1965, sebuah syarikat menjadi anak syarikat apabila keahlian lembaga pengarah anak syarikat itu dikuasai oleh syarikat induk, atau lebih daripada sesetengah hak mengundi pada anak syarikat dikuasai oleh syarikat induk, atau syarikat tersebut merupakan anak syarikat kepada anak syarikat lain bagi syarikat induk itu.

Kembali ke atas