Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ak.ra.ban] | کأقربن

Definisi : perhubungan atau pertalian yg sangat erat, perhubungan (pertalian) yg akrab atau karib: mereka masyarakat yg sedang kehilangan ~ dgn kesenian rakyat mereka yg tradisional; panggilan itu kedengaran agak lembut dan penuh tanda ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ak.ra.ban] | کأقربن

Definisi : keadaan atau hal akrab. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keakraban


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cohesivenesskejeleketanPendidikanTiadaKeakraban hubungan antara ahli-ahli dalam sesuatu kumpulan.
emotional developmentperkembangan emosiPsikologiPsikologi UmumProses perkembangan elemen psikologi yang mengambil masa yang lama dan bermula sejak peringkat bayi. Dalam ikatan emosi yang terawal, bayi membentuk keakraban dengan membina kemesraan yang kuat dengan ibunya. Selepas itu, bayi akan membentuk pertalian emosi dengan orang lain yang berdekatan seperti bapa, adik-beradik, datuk dan nenek. Walau bagaimanapun, keakraban dengan ibu bukanlah satu kemestian kerana ada ketikanya orang lain boleh menggantikan tempat ibunya seperti penjaga atau pengasuh.
brand loyaltykesetiaan jenamaKomunikasiKorporatTanggapan, pandangan, sikap, atau kepercayaan positif terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan serta perasaan keakraban, keberkaitan, dan keterlibatan yang kukuh dalam kalangan khalayak terhadap sesuatu jenama barangan dan perkhidmatan. Perasaan ini merupakan peringkat kesan iklan terakhir yang hendak dicapai oleh pengiklan. Setiap syarikat perniagaan barangan dan perkhidmatan akan berusaha untuk mewujudkan pengguna yang setia terhadap jenamanya dengan menggunakan pelbagai kaedah pengiklanan. Hal ini kerana kesetiaan tersebut boleh mewujudkan sekumpulan pengguna yang sukar mengubah cita rasa terhadap barangan atau perkhidmatan lain dalam sebarang keadaan. Ciri-ciri kesetiaan khalayak terhadap barangan ialah barangan diterima dan diwarisi dalam keluarga pengguna, barangan wujud dalam pasaran dalam tempoh masa yang lama, serta mutu barangan yang memberikan kepuasan dan tidak menghampakan pengguna. Selain itu, berlaku pengulangan pembelian dan penggunaan barangan. Perubahan nilai harga barangan atau perkhidma
parasocial theoryteori parasosialKomunikasiTiadaTeori komunikasi yang menyatakan bahawa komunikasi massa berfungsi untuk memenuhi keperluan interaksi manusia. Hal ini dapat dicapai, apabila media massa menjanjikan kesempatan untuk berhubung secara parasosial, iaitu melibatkan masyarakat dalam suasana keakraban tanpa hubungan secara langsung. Contohnya, seorang pengacara televisyen yang berinteraksi dengan penonton seolah-olah mereka turut sama berada di dalam studio.
opening remarkkata alu-aluanKomunikasiKorporat1. Ucapan yang disampaikan oleh penganjur sesuatu acara untuk mengalu-alukan kehadiran khalayak. Ucapan biasanya mengandungi kata penghargaan, menjelaskan maksud acara, pernyataan hasrat supaya acara berjalan lancar, dan harapan agar khalayak berpuas hati dengan acara yang dianjurkan. Fungsi utama kata alu-aluan adalah untuk mewujudkan daya tarikan, menyemai keakraban, dan membina keyakinan khalayak terhadap organisasi. Ucapan biasanya disampaikan oleh ketua sesebuah organisasi atau wakil ketua organisasi. Tempoh penyampaian kata alu-aluan lebih singkat berbanding ucapan utama. Perkataan dan ayat yang digunakan oleh penyampai biasanya dipilih dan diolah secara strategik untuk memastikan ucapan tersebut mendapat perhatian. Sinonim ucapan alu-aluan. 2. Kata-kata yang ditulis dalam buku cenderamata untuk sesuatu acara atau majlis. Kata-kata biasanya ditulis oleh pihak yang bertanggungjawab secara langsung dengan acara atau majlis. Kata-kata ini biasanya ditulis oleh pihak yang bertanggungjawab secara langsung d
social controlkawalan sosialPentadbiranPentadbiran Awam

Mekanisma atau kaedah yang digunakan untuk mengawasi tingkah laku individu dan kumpulan individu bagi menjamin kemakmuran dalam masyarakat. Kawalan sosial dianggap sebagai pemangkin utama dari sudut penjagaan keamanan, keselamatan, keselesaan dan sebarang bentuk ancaman kepada masyarakat. Oleh itu, kekukuhan ekonomi, kestabilan politik, keseimbangan sosiobudaya, perpaduan kaum dan integrasi nasional mudah dicapai. Walau bagaimanapun, keberkesanan kawalan sosial di dalam sesebuah masyarakat banyak bergantung kepada tahap kesedaran yang tinggi, keakraban hubungan komuniti dan kerjasama yang wujud dalam masyarakat itu sendiri. Misalnya, peranan Jawatankuasa Keselamatan dan Kebajikan Kampung, RELA, Pertubuhan Belia dan sebagainya boleh dianggap sebagai mekanisma kawalan sosial yang penting untuk mencegah huru-hara dalam masyarakat.

interpersonal attractiontarikan interpersonalPsikologiPsikologi UmumTarikan sosial kepada individu yang merupakan asas kepada kebanyakan hubungan sosial. Individu biasanya akan mencari kawan tau teman yang baik dan saling memahami, mempunyai personaliti yang menarik dan menyukainya. Contohnya, individu memilih kawan Tarikan sosial kepada individu yang merupakan asas kepada kebanyakan hubungan sosial. Individu biasanya akan mencari kawan atau teman yang baik dan saling memahami, mempunyai personaliti yang menarik dan menyukainya. Contohnya, individu memilih kawan berdasarkan kepada kedekatan fizikal. Semakin dekat seseorang itu dengan seseorang yang lain, maka semakin tinggi kemungkinan individu itu menjadi kawan atau sahabatnya. Semakin kerap seseorang itu bertemu dengan seseorang yang lain, maka semakin tinggi kemungkinan untuk membina keakraban. Kini, kekerapan bertemu dan berbicara ditingkatkan oleh teknologi komputer yang menyediakan perkhidmatan e-mel dan ruang sembang. Selain itu, kesan halo juga boleh meningkatkan minat seseorang seperti orang yang cantik biasanya akan

Kembali ke atas