Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.as.li.an] | کأصلين

Definisi : perihal (sifat dll) asli, ketulenan, kejatian: ~ naskhah ini tidak perlu disang­sikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.as.li.an] | کأصلين

Definisi : keadaan asli; ketulenan: ~ surat beranak itu telah diakui oleh mahkamah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keaslian

Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(1000)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
organoleptic evaluationpenilaian organoleptikHerbaTiadaProsedur penentuan ciri keaslian bahan herba berdasarkan morfologi dan sifat deria yang dapat dikesan dengan pancaindera. Penilaian ini berguna untuk menentukan identiti, ketulenan dan kualiti suatu bahan mentah herba dalam bentuk yang asal atau telah diserbukkan. Kaedah ini menilai bentuk, bau, rasa, warna dan ciri fizikal bahan herba.
dead metaphormetafora usangKesusasteraanPuisiSegala metafora atau kiasan yang tidak lagi mempunyai keaslian penciptaan penyairnya. Contohnya, metafora 'Merpati Putih' dan 'Bendera Putih'.
intertextualityintertekstualitiKesusasteraanTiadaHubung kait antara suatu teks dengan teks yang lain dalam sebarang penulisan. Konsep ini menafikan keaslian sesebuah teks kerana maksud yang tersirat dalam sesebuah karya itu sebenarnya bersumberkan teks lain. Oleh itu, sebarang karya tidak bersifat autonomi dan terbuka dari segi makna dan interpretasinya. Konsep ini secara tidak langsung meningkatkan kepentingan kritikan sastera yang kini dianggap sebagai aktiviti yang berhubung kait dengan penghayatan teks. Intertekstualiti juga membuka ruang untuk disiplin lain seperti falsafah dan psikoanalisis dalam perbincangan sastera. Contoh intertekstualiti ditemui dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah. Intertekstualiti juga terdapat dalam drama Puteri Hang Li Po oleh Rahmah Bujang,dan cerpen �Mahar Asmara� oleh Fatimah Busu.
hackneyedkliseKesusasteraanPuisiPengungkapan atau pemilihan kata, frasa atau kalimat yang terlalu kerap digunakan dalam sebuah puisi. Kesannya, keaslian dan keistimewaan kata, frasa atau kalimat tersebut terasa hilang. Contohnya, 'sekuntum mliwar di jambangan menjadi idaman kurnbang'. Sinonim lusuh. .
herbal marker compoundsebatian penanda herbaHerbaTiadaSebarang komponen kimia tulen dan unik yang terkandung dalam suatu bahan herba dan digunakan sebagai bahan rujukan untuk menilai keaslian dan kualiti bahan mentah herba. Sebatian penanda herba merupakan satu atau campuran beberapa komponen kimia yang aktif atau yang tidak aktif secara biologi. Kandungan sebatian penanda herba ditentukan secara kualitatif dan kuantitatif dengan menggunakan kaedah kromatografi dan spektroskopi. Kandungan sebatian penanda herba yang mematuhi had piawai menunjukkan bahawa bahan mentah atau sediaan herba tersebut memenuhi syarat spesifikasi herba piawai. Contohnya, sebatian penanda asiatikosida dalam pegaga, kurkumin dalam kunyit dan alisin dalam bawang putih.
infrared filmfilem inframerahFizikNanoteknologiKeadaan filem fotografi yang peka kepada gelombang elektromagnet pada daerah inframerah dekat. Filem ini digunakan untuk merakamkan objek dalam keadaan berjerebu, membezakan tumbuhan hidup atau mati, dan menentukan keaslian warna pigmen hijau.
imaginationimaginasiKesusasteraanTiadaKebolehan menggambarkan sesuatu dalam fikiran. Imaginasi tidak bersifat kenyataan tetapi dipenuhi khayalan dan angan-angan. Imaginasi mampu membentuk imej atau representasi dalam karya sastera. Bagi para pemikir zaman klasik, imaginasi ialah daya fikir membina yang mampu mengubah pengalaman serta melahirkan intuisi dan wawasan. Sejak 1800, imaginasi dianggap sebagai daya kreatif yang utama dalam pengkaryaan. Coleridge dalam karya berjudul Biographia Literaria (1817) berpendapat bahawa imaginasi ialah suatu daya magis dan daya sintesis yang melahirkan penciptaan baharu dan keaslian dalam penulisan kreatif. Para penyair menganggap bahawa sumbangan utama imaginasi adalah untuk merangsang keupayaan mereka menyelesaikan percanggahan dan kontradiksi. Justeru, daya imaginasi menolong pengarang mencipta naratif atau puisi yang indah dan harmonis daripada pengalaman yang berbeza dan bercanggah. Dalam penciptaan puisi, pengarang lebih mengutamakan kepentingan imaginasi berbanding dengan kepentingan kehendak sedar mereka. Pada dasarnya, para penyair romantis menganggap imaginasi sebagai positif dan menyumbang kepada pengkaryaan seni mereka. Namun, sejak zaman Yunani, ahli pemikir seperti Plato telah meragui kesan imaginasi. Hal ini demikian kerana imaginasi dikaitkan dengan ilusi, kekeliruan, dan penipuan. Menurut Plato, jika tidak dikawal, imaginasi boleh membawa kepada kegilaan. Imaginasi berasal dariapda perkataan Latin imaginatio bermaksuk �membentuk sesuatu imej�.

Kembali ke atas