Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.bang.ki.tan] | کبڠکيتن

Definisi : 1. kebangunan, kesedaran serta kegiatan yg membawa kemajuan: ~ bangsa Asia; ~ Islam sebenarnya harus didukung oleh tradisi ilmu yg mampu melahirkan tamadun besar; 2. pemberontakan: mereka mendakwa bahawa adanya penceroboh-penceroboh itu sbg satu ~ dr dlm negeri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.bang.ki.tan] | کبڠکيتن

Definisi : 1 hal bangkit: Parti itu menggalakkan ~ semangat kebangsaan Melayu. 2 hal dibangkitkan kembali: Ayat ini membuktikan adanya hari kiamat dan ~ selepas mati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebangkitan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
passion playdrama penyalihanKesusasteraanTiadaDrama yang mementaskan kisah penyalihan dan kebangkitan semula Jesus. Biasanya drama ini dipentaskan pada hari Good Friday dalah agama Kristian. Dalam ini mula dipersembahkan seawal abad ke-13 di Eropah dalam bahasa Latin dan bahasa tempatan. Contoh terbaik drama penyaliban terdapat di Oberammergau, Bavaria yang dipentaskan setiap 10 tahun sekali semenjak tahun 1633. Drama ini juga dikenali sebagai drama takziah dan drama tabui.
passion playdrama penyalibanKesusasteraanTiadaDrama keagamaan Kristian yang berkembang pada Zaman Pertengahan tentang kasih sayang, keperitan, kematian dan kebangkitan semula Jesus.
new historicismhistorisisme baruKesusasteraanTiadaKaedah kritikan sastera yang mengkaji karya dalam konteks sejarah dan politiknya. Kaedah ini merupakan usaha untuk membangkitkan semula kecenderungan mengaitkan karya dengan sejarah, yang diamalkan sebelumnya dengan kaedah historisisme. Kebangkitan semula ini adalah sebagai reaksi kepada kecenderungan untuk mengetepikan faktor sejarah dengan kaedah kritikan yang muncul selepas historisisme, seperti Kritikan Baru dan formalisme. Historisisme baru berbeza dengan yang lama dari segi pendiriannya yang tidak menerima bulat-bulat segala fakta sejarah, bahkan mempersoalkan kewibawaannya sebagai perakam sejarah yang objektif. Malah,wacana sejarah dan sastera dianggap sama tarafnya dengan wacana lain dalam bidang ilmu seperti sains, psikologi, dan komunikasi. Kaedah historisme baru menganggap semua jenis wacana yang berlegar di sekitar zaman penulisan sesebuah karya itu mempengaruhi ideologi yang terdapat dalam karya tersebut. Antara ahli teori yang mengutarakan kaedah ini ialah H. White, S Greenblatt dan F. Jameson. Lihat juga formalisme.
humanismhumanismeKesusasteraanTiadaFahaman yang mengagungkan status dan sifat-sifat manusia. Istilah �humanis� pada asalnya merujuk kepada sarjana ilmu kemanusiaan pada Zaman Pembaharuan (Renaissance) pada abad ke-16. Secara khususnya, hurmanis merujuk kepada cendekiawan Eropah yang mengkaji kebangkitan semula budaya dan sastera Yunani dan Rumawi. Tumpuan mereka adalah pada karya klasik yang dihasilkan oleh penyair, dramatis dan ahli falsafah seperti Cicero, Aristotle dan Plato. Hasil daripada kajian itu, timbul fahaman baharu tentang manusia yang berbeza daripada pandangan Kristian yang lebih dominan. Fahaman ini cenderung mengagungkan sifat-sifat manusia, khususnya kebolehan menaakul. Bentuk humanisme yang ekstrem menganggap manusia sebagai kayu ukur bagi segala kewujudan yang lain. Umumnya, humanisme menyedarkan manusia tentang kuasa dan bakat mereka yang berpeontesi menjadikannya lebih beradab. Pada zaman yang kemudian, wujud humanisme Kristian seperti yang terpancar dalam penulisan Sidney, Bacon, Spenser dan Milton. Humanisme ini lebih memberatkan keunggulan nilai dan pengalaman manusia serta mengutamakan kesempurnaan kehidupan duniawi. Sikap humanisme ini bertentangan dengan sikap Kristian Zaman Pertengahan yang melihat manusia sebagai orang yang berdosa dan terkutuk, justeru mereka mengharapkan penyelamatan daripada juruselamat. Dominasi sains dan industri pada abad ke-19 mendorong ramai pengarang, terutamanya Matthew Arnold mementingkan nilai-nilai humanis dalam usaha untuk mewujudkan pendidikan yang seimbang. Humanisme Baharu Amerika pada tahun 1920-an dan 1930-an juga menegaskan tuntutan yang sama terhadap nilai humanis tersebut. Dengan idealisme tentang manusia yang seimbang, golongan ini menentang dakwaan sains. Humanisme jenis ini amat berpengaruh dalam sastera dan budaya Anglo-Amerika. Idea pusatnya adalah mengenai individu yang utuh dan bebas sepenuhnya sebagai penentu nasibnya sendiri. Pemikiran humanisme tentang keagungan manusia umumnya kini dicabar oleh pendirian pascastrukturalisme. Golongan pascastrukturalis lebih cenderung menggantikan konsep keutuhan dan kebesaran manusia dengan idea �subjek� yang dicirikan oleh fragmentasi dan ketidakutuhan. Sebagai �subjek�, manusia bukan lagi penentu nasibnya sendiri.
political philosophyfalsafah politikSains PolitikPolitik PerbandinganSalah satu bidang utama dalam sains politik selain daripada ekonomi politik, politik antarabangsa, teori politik dan politik perbandingan. Bidang ini membincangkan persoalan tentang pemikiran ahli falsafah politik seperti idea mengenai negara kuasa, pemerintahan, keadilan dan kebebasan. Bidang ini banyak berkembang di Eropah dan terdapat juga di negara timur dan timur tengah. Ahli falsafah politik yang terkenal di negara timur seperti Kung Fu Tze dan di timur tengah seperti Ibnu Khaldun. Selain pembahagian berasaskan tempat asal, perkembangan falsafah ini juga sering dibahagikan kepada beberapa peringkat seperti zaman negara kota Athens, zaman Sebelum Masihi, zaman Selepas Masihi, zaman kebangkitan, zaman pencerahan dan zaman kontemporari. Tahap yang berbeza ini membayangkan pemikiran yang berbeza.

Kembali ke atas