Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.bang.sa.wa.nan] | کبڠساونن

Definisi : 1. kedudukan yg bersifat bangsawan: sesiapa mengahwini seseorang perempuan kerana ~nya, nescaya Allah tidak akan menambah kepadanya melainkan kehinaan; ~ turunan; 2. ki sifat kemuliaan: ~ fikiran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebangsawanan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nobilitykebangsawananSains PolitikPolitik PerbandinganKedudukan tertinggi sekumpulan masyarakat khususnya dalam masyarakat feudal. Golongan ini berkedudukan hampir dengan raja atau pemerintah, mendapat penghormatan daripada orang ramai, memiliki kedudukan ekonomi yang baik dan berupaya mempengaruhi kuasa politik di wilayah yang diwakilinya atau tempat asal kedatangannya. Nilai budaya ini selalu dikaitkan dengan tingkah laku yang tertib dan teratur, kemewahan dan kecantikan, penuh dengan bintang dan gelaran, sensitif dengan protokol dan dihormati oleh orang ramai. Contohnya, golongan bangsawan Melayu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka atau golongan bangsawan Inggeris yang dikaitkan dengan golongan Lord pada abad ke-18, 19 dan awal abad ke-20.
lipur laralipur laraKesusasteraanTiadaGenre sastera rakyat bercorak cerita yang panjang yang mengisahkan keperihalan hidup warga istana. Pada dasarnya, cerita lipur lara ialah cerita fantasi kewiraan yang memerihalkan kehidupan alam kebangsawanan, terutamanya tentang percintaan putera-puteri raja, pengembaraan dan peperangan yang harus dilalui putera raja yang dianggap sebagai wira dalam cerita, untuk mendapat puteri idamannya atau objek pencariannya yang lain. Perjalanan putera raja sering membawanya ke negeri-negeri yang jauh, termasuk dunia kayangan. Dalam perjalanan, putera raja akan bertempur dengn pelbagai makhluk termasuk gergasi, geruda, jin dan peri. Untuk mencapai hajatnya, putera raja mendapat pelbagai bantuan, termasuk alat magis atau sakit. Cerita sentiasa berakhir dengan kemenangan wira dan kejayaannya memiliki puteri yang diimpikan atau memperoleh objek pencariannya. Tujuan cerita adalah untuk menghiburkan hati yang lara. Justeru, karya ini memberikan keutamaan kepada aspek yang dapat menimbulkan keindahan dan kekaguman. Di samping penampilan motif ajaib dan spektakular, cerita ini juga dipenuhi dengan pelbagai hiasan, iaitu istana, taman bunga, rupa paras, pakaian, deskripsi yang rinci dan lewah tentang adat-istiadat dan adab istana. Cerita lipur lara biasanya disampaikan secara lisan oleh seorang tukang cerita (penglipur lara) profesional yang dikenali dengan pelbagai gelaran, contohnya Awang Batil atau Awang Belanga (di Kedah dan Perlis), dan Tarik Selampit atau tok Selampit (di Kelantan). Persembahan tersebut diiringi alat muzik seperti belanga atau selampit. Lipur lara dikenali juga sebagai roman rakyat atau roman istana. Antara cerita lipur lara ialah Hikayat Inderaputera, Hikayat Malim Deman dan Hikayat Malim Dewa. Lihat juga cerita pari-pari.
genteelismekesantunanKesusasteraanTiadaSifat bahasa yang halus, berhias, dan terpelihara dalam karya sastera. Di Barat, tradisi kesantunan merujuk kepada sikap mementingkan konvensi dan tatacara yang betul dalam penulisan, yang menjadi lumrah pada kurun ke-18 hingga 19. Kini, kesantunan digunakan untuk menyindir norma kehalusan yang palsu. Dalam budaya Melayu, contoh penulisan kesantunan ditemui dalam warkah emas, iaitu surat yang ditulis kepada atau daripada keluarga bangsawan. Kesantunan boleh juga dirujuk sebagai budaya kebangsawanan yang sering dipaparkan dalam karya istana yang mementingkan kehalusan dan ketertiban dalam tatalaku dan tatacara. Istilah genteelisme dalam bahasa Latin bermaksud �asuhan sempurna�, manakala dalam bahasa Perancis bermaksud �anggun�. Contoh gambaran untuk memerikan tertib bersantap ditemui dalam Hikayat Malim Dewa seperti yang berikut: �... sekali suap, dua kali sudah, ketiga basuh tangan, keempat kumur-kumur, kelima santap sirih, kelat jatuh ke kerongkongan, seri naik ke peroman.�

Kembali ke atas