outline planning permission | kebenaran merancang dasar | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Kebenaran secara prinsip yang diberi oleh pihak berkuasa tempatan kepada pemohon sebelum kajian terperinci ke atas cadangan pembangunan itu dibuat. |
cancellation of authorisation | pembatalan kebenaran | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa untuk membatalkan kebenaran yang telah diberikan kepada pengilang, pengimport atau pemborong untuk pengilangan, pengimportan atau pemborongan sebarang produk herba. Di Malaysia, Pengarah Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia boleh membatalkan kelulusan yang telah diberikan pada bila-bila masa tanpa menyatakan alasan. |
marketing authorization | kebenaran pemasaran | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Keizinan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa terhadap sesuatu produk yang telah diuji dan dinilai bagi memastikan keselamatan dan kualitinya. Kebenaran pemasaran yang telah diberikan boleh ditarik balik, digantung atau dibatalkan sekiranya tidak mematuhi spesifikasi piawaian yang ditetapkan. |
logocentrism | logosentrisme | Kesusasteraan | Tiada | Pemikiran Barat yang memberikan keutamaan kepada perkataan sebagai pernyataan kebenaran. Dalam teologi Kristian, Logos disamakan dengan Tuhan dan kebenaran hakiki. Pemahaman logosentrisme ini disanggah oleh Derrida dan pengikutnya untuk mengajukan fahaman bahawa pusat makna yang stabil tidak wujud. Sebaliknya, makna sentiasa berada dalam keadaan berubah dan ketidakpastian. Lihat juga dekonstruksi. |
administrative procedure | prosedur pentadbiran | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Tatacara untuk mengurus proses menukar kebenaran pemasaran sesuatu produk berdaftar, yang boleh dipindahkan daripada pemegang kebenaran pemasaran produk sedia ada kepada pemegang yang lain. Prosedur pentadbiran ini mempercepat masa pemprosesan dan membolehkan nombor pendaftaran produk yang sama dikekalkan. |
copyleft | hak terbuka | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Suatu bentuk kebenaran untuk mengguna, mengubah suai, memperluas dan mengedar semula sesuatu hasil kerja kreatif dan hasil kerja lanjutan secara bebas dan terbuka kepada umum dengan mengekalkan hak kebenaran kepada terbitan selanjutnya. Hak terbuka ini membantu meluaskan penggunaan dan penambahbaikan hasil kerja untuk faedah bersama. Contoh hak terbuka ialah Apache OpenOffice, FileZilla dan Moodle. Banding hak cipta. |
preauthorization | prakebenaran | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Kebenaran yang diberikan oleh syarikat atau pelan insurans kesihatan berkenaan dengan perkhidmatan kesihatan, rancangan rawatan, preskripsi ubat atau penggunaan kelengkapan perubatan dalam jangka masa panjang. Prakebenaran tidak menjanjikan pelan insurans kesihatan tersebut akan menampung kos perkhidmatan yang berkaitan. Prakebenaran juga dikenali sebagai kebenaran awal atau prapensijilan. |
product registration holder | pemegang pendaftaran produk | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Entiti sah yang mendapat kebenaran untuk memasarkan produk farmaseutikal dan herba. Pemegang pendaftaran produk herba bertanggungjawab terhadap semua aspek kualiti dan keselamatan produk serta pematuhan syarat-syarat pemasaran yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Sinonim pemegang kebenaran pemasaran. |
sanction | sanksi/kebenaran | Sukan | Tiada | Tiada |
planning permission | kebenaran merancang | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Persetujuan rasmi sama ada bersyarat atau tanpa syarat daripada pihak berkuasa perancang yang perlu diperoleh oleh mana-mana pihak yang berhasrat untuk menjalan- kan aktiviti pembangunan. |