Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ben.da.an] | کبنداءن

Definisi : 1. segala yg berupa benda (barang berharga dll): masyarakat yg gila ~; 2. bersifat (berupa) benda: keperluan ~; memberi sokongan semangat dan ~; 3. bersifat gila akan harta benda: manusia sekarang terlalu ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ben.da.an] | کبنداءن

Definisi : 1 apa-apa yg berupa atau yg bersifat benda; yg mengenai benda. 2 yg bersifat mementingkan harta benda: golongan yg terlalu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebendaan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
corruptionrasuahKriminologiKeadilan JenayahPenyalahgunaan kuasa yang dilakukan untuk tujuan kepentingan diri atau mendapatkan keuntungan, sama ada dalam bentuk kebendaan atau perkhidmatan. Tindakan ini termasuklah perbuatan memberikan habuan berbentuk kebendaan atau perkhidmatan kepada penerima dengan tujuan untuk mendapatkan manfaat atau kepentingan secara tidak adil.
Faust themetema FaustKesusasteraanTiadaTema arketaip seseorang cendekiawan yang sanggup menerima balasan seksa neraka demi memiliki kepuasan intelektual dan kebendaan. Hal ini didasarkan kepada legenda pada kurun ke-16 yang mengesahkan seorang ahli sihir bernama Faust. Faust sanggup menggadaikan nyawanya kepada syaitan demi memperoleh pengetahuan dan kuasa. Tema ini dihidupkan dalam karya Geothe bertajuk Faust dan novel Thomas Mann berjudul Doktor Faustus.

Kembali ke atas