microwave-assisted extraction | pengekstrakan berbantu mikrogelombang | Herba | Fitokimia | Teknik pengekstrakan yang menggunakan sinaran mikrogelombang untuk meningkatkan keberkesanan proses pengekstrakan. Peningkatan keberkesanan ini disebabkan oleh kesan langsung tenaga mikrogelombang ke atas biomolekul menerusi konduksi ionik dan putaran dwikutub, yang mengakibatkan peresapan tenaga ke dalam pelarut dan bahan tumbuhan lalu menghasilkan pergerakan molekul dan pemanasan. |
brand usage | penggunaan jenama | Komunikasi | Korporat | Kaedah untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan sesuatu barangan yang diperagakan melalui pengiklanan. Pengukuran keberkesanan pengiklanan ini boleh dilakukan dengan menggunakan pelbagai kaedah penyelidikan seperti tinjauan, teknik percubaan, dan pemerhatian. Peringkat keberkesanan yang diukur adalah pelbagai, iaitu dari peringkat mengetahui dan menyedari, meminati dan memahami, percubaan dan penilaian, sehinggalah peringkat penggunaan dan perubahan sikap serta pengekalan pengamalan sesuatu barangan. |
photosynthesis efficiency | kecekapan fotosintesis | Pertanian | Agronomi | Keberkesanan tumbuhan menukarkan tenaga cahaya yang diterima kepada bentuk tenaga yang lain. Contohnya, keberkesanan pokok menukarkan tenaga cahaya kepada tenaga kimia adalah sebanyak 0.2 peratus hingga 0.5 peratus, manakala keberkesanan panel solar menukarkan tenaga cahaya kepada tenaga elektrik adalah sebanyak 10 peratus hingga 20 peratus. Kecekapan fotosintesis berbeza, bergantung pada frekuensi cahaya. |
organisational effectiveness | keberkesanan organisasi | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Kecemerlangan sesebuah organisasi dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik, peka dan responsif terhadap tuntutan masyarakat. Keberkesanan organisasi merangkumi cara perancangan pengurusan dan pentadbiran, jangka hayat, pertambahan dari segi bilangan pelanggan dan jumlah aduan negatif daripada orang awam. Pada masa yang sama, keberkesanan organisasi juga berkaitan dengan pandangan dan penerimaan masyarakat terhadap kualiti perkhidmatan yang diberikan. Tidak semua organisasi mampu dan berkebolehan memberikan perkhidmatan yang baik atau mempunyai ciri yang cemerlang. |
precipitation effectiveness | keberkesanan kerpasan | Geografi | Tiada | Teknik mengukur keberkesanan atau kebergunaan hujan bagi tanaman, pembekalan air atau potensi industri. |
evaluation of program effectiveness | penilaian keberkesanan program | Kejururawatan | Tiada | Pentafsiran sistematik tentang keberkesanan sesuatu program. |
testimonials | perakuan | Komunikasi | Korporat | Kaedah penyampaian mesej pemasaran dan sosial yang berasaskan bukti keberkesanan barangan atau perkhidmatan. Pemaparan bukti keberkesanan tersebut dijangka dapat mempengaruhi khalayak untuk menyokong pembelian barangan atau penggunaan perkhidmatan. Bukti kejayaan yang boleh dalam bentuk hasil ujian makmal atau perakuan penggunaan oleh seseorang personaliti. Dalam konteks ini, penggunaan oleh personaliti terkenal kerap digunakan sebagai bukti keberkesanan sesuatu barangan atau perkhidmatan. Perakuan penting untuk meningkatkan keyakinan khalayak ter-hadap barangan atau perkhidmatan melalui pengaruh sedia ada yang terdapat pada personaliti terkenal, seperti ahli politik, personaliti hiburan, ahli sukan atau pakar bidang seperti doktor, atau pakar pemakanan. |
effectiveness | keberkesanan | Pengurusan | Perancangan | Tahap yang menentukan sejauh mana sesebuah organisasi berjaya mencapai sasaran atau matlamat yang ditetapkan. Penentuan tahap keberkesanan adalah penting dalam proses pengukuran dan pemantauan prestasi organisasi sebagai sebahagian daripada fungsi pengurusan. Organisasi dianggap berkesan jika berjaya menyediakan produk atau perkhidmatan yang mempunyai nilai kepada pelanggannya. Contohnya, syarikat yang berjaya mengeluarkan produk mengikut spesifikasi dan kuantiti yang ditetapkan. |
anaesthetic test | ujian anestetik | Perubatan | Tiada | Ujian untuk mengesan keberkesanan anestetik yang diberikan, biasanya untuk mengesan keberkesanan anestetik setempat. |
tab | tab | Aeroangkasa | Tiada | atau meningkatkan momen engsel dan keberkesanan permukaan berkuasa.,atau meningkatkan momen engsel dan keberkesanan permukaan berkuasa. |