Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.bi.ngu.ngan] | کبيڠوڠن

Definisi : 1. perihal (keadaan) bingung, kehilangan akal, kekacauan hati: leteran dan desakan mereka menambahkan lagi ~nya; 2. (dlm keadaan) bingung: semua spt ~, spt hilang semangat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.bi.ngu.ngan] | کبيڠوڠن

Definisi : 1 dlm keadaan bingung; kacau fikirannya: Sbg isteri yg setia dan jujur, dia telah menghibur hati suaminya yg ~. 2 keadaan atau rasa bingung: Hal itu telah menimbulkan ~ di kalangan pelajar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebingungan

Peribahasa

Bagai jempuk kesiangan hari.

Bermaksud :

Kebingungan; termenung-menung.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
quandarykebimbanganSejarahTiadaPerihal keadaan orang yang berada dalam kebingungan atau tidak tetap fikirannya.
bulimiabulimiaPendidikanTiadaTingkah laku seseorang yang makan terlalu banyak kemudian sengaja memuntahkannya akibat kebingungan kerana tidak dapat membuat keputusan yang rasional untuk mengekalkan kecantikan badan.
pellagrapelagraPerubatanTiadaSindrom klinikal akibat kekurangan niasin yang dicirikan dengan dermatitis, inflamasi membran mukosa, cicit-birit dan gangguan psikik. Dermatitis berlaku di bahagian tubuh yang terdedah kepada cahaya atau trauma. Gejala mentalnya termasuklah kemurungan, keresahan, kerisauan, kebingungan, disorientasi, delusi dan halusinasi.
rabiesrabiesPerubatanTiadaPenyakit berjangkit yang diakibatkan oleh rabdovirus (sejenis virus RNA), yang lazimnya menjangkiti manusia melalui gigitan karnivor, seperti anjing atau serigala, yang terinfeksi oleh virus yang berkenaan; tempoh pengeraman virus ini pada manusia adalah di antara 1�3 bulan. Penyakit ini umumnya melibatkan sistem saraf yang dicirikan dengan gejala seperti kehiperterujaan, agitasi, racauan, kebingungan, hidrofobia, spasme dan kelumpuhan otot farinks. Keadaan ini biasanya diikuti dengan koma dan kelumpuhan pernafasan yang akhirnya mengakibatkan maut.

Kembali ke atas