Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.bo.co.ran] | کبوچورن

Definisi : 1. perihal bocor: siapa yg bertanggungjawab atas ~ rahsia itu? 2. mengalami bocor: sampan itu tidak dapat belayar kerana ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.bo.co.ran] | کبوچورن

Definisi : 1 keadaan bocor (ttg sesuatu yg dirahsiakan): Orang yg bertanggungjawab ttg ~ kertas ujian di sekolah itu telah diketahui dan dihukum. 2 memperoleh akibat drpd sesuatu yg bocor; menderita kerana sesuatu yg bocor: Apabila hujan turun, orang itu ~ atap rumahnya dan dia terbangun drpd tidur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebocoran


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sprinkler leakage insuranceinsurans kebocoran perenjisinsuransTiadaInsurans yang memberikan perlindungan untuk kerosakan yang disebabkan oleh air mengalir secara tidak sengaja daripada perenjis atau yang disebabkan oleh kebocoran perenjis. Insurans ini tidak melindungi kerosakan akibat pancutan perenjis disebabkan oleh haba kebakaran.
cylinder leakage testerpenguji kebocoran silinderKejuruteraan AutomotifEnjinAlat penguji tahap kekedapan silinder enjin. Alat ini memasukkan udara termampat bertekanan sangat tinggi ke dalam silinder enjin melalui lubang palam pencucuh. Dalam keadaan ini, semua injap tertutup dan omboh berada di kedudukan takat terakhir atas di hujung lejang mampatan. Semasa ujian ini, peratusan udara termampat yang bocor diukur dan lokasi ke- bocoran dikenal pasti. Sinonim penguji mampatan silinder.
blowbytiup pintasKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKebocoran campuran udara-bahan api dan gas ekzos yang terbakar di dalam silinder melalui gelang omboh masuk ke dalam kotak engkol.
cylinder-compression testerpenguji mampatan silinderKejuruteraan AutomotifEnjinLihat penguji kebocoran silinder.
leak before break (LBB)bocor sebelum pecahSains NuklearKejuruteraan ReaktorKebocoran yang dikesan pada komponen reaktor nuklear apabila bahan penyejuk mengalir keluar sebelum komponen tersebut pecah.
compression ringgelang mampatanKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaGelang paling atas pada omboh yang mengelakkan kebocoran mampatan dan pembakaran dalam kebuk kebakaran.
sealerbahan kedapKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaBahan yang digunakan untuk menampal celahan bagi mengelakkan kebocoran.
leak detectorpengesan bocorKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaSebarang alat atau bahan yang digunakan untuk mengesan kebocoran gas atau bahan pendingin. Jenis yang biasa digunakan ialah elektronik atau buih sabun.
oil sealkedap minyakKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPengadang getah yang terdapat di sekeliling bahagian aci yang berputar untuk mengelakkan kebocoran minyak.
water damage liability insuranceinsurans liabiliti kerosakan airinsuransTiadaInsurans yang melindungi kerosakan yang disebabkan oleh air, seperti kerosakan disebabkan oleh kebocoran atau limpahan air sistem pemanasan, atau penyejuk udara atau batang paip.
123

Kembali ke atas