reliability function | fungsi kebolehpercayaan | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Persamaan matematik yang digunakan untuk mengukur kebolehpercayaan. Lihat juga reliability parameter. |
reliability parameter | parameter kebolehpercayaan | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Parameter yang mempunyai nilai tetap atau nilai bertaburan dalam fungsi kebolehpercayaan. |
human reliability analysis (HRA) | analisis kebolehpercayaan manusia | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Kaedah untuk mengenal pasti tindakan dan kesilapan manusia, kesan dan akibat, serta kebarangkalian kesilapan manusia. |
standard | standard | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Dokumen yang diterbitkan bagi menghasilkan spesifikasi dan tatacara untuk menentukan kebolehpercayaan sesuatu bahan, produk, kaedah, dan/atau perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan. Dokumen ini merangkumi pelbagai isu termasuklah protokol yang membantu menentukan kefungsian dan keserasian produk, dan menjamin keselamatan pengguna serta kesihatan orang awam. |
bootstrapping | tarikan rawak bergantian | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Teknik persampelan semula secara rawak ke atas sampel yang bersaiz sama dalam satu populasi untuk menguji kebolehpercayaan terhadap nilai atau corak data. Dalam kaedah ini, sampel ditarik keluar daripada populasi dan diuji supaya nilai atau corak yang konsensus bagi kesemua sampel yang diuji bagi mewakili populasi yang diuji. |
level 1 probabilistic safety asessment (PSA) | pentaksiran keselamatan berkebarangkalian tahap 1 | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Penilaian kekerapan kerosakan teras untuk mentaksir ketersediaan dan kebolehpercayaan sistem keselamatan reaktor dalam menangani kemalangan. |
internal audit | audit dalaman | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Pemeriksaan terhadap keperluan dan kesahihan proses pengeluaran produk herba yang dilakukan dalam sesuatu organisasi. Audit dalaman bertujuan untuk menilai kecekapan dan kebolehpercayaan bahagian pengurusan jaminan kualiti organisasi tersebut. |
level 2 probabilistic safety asessment (PSA) | pentaksiran keselamatan berkebarangkalian tahap 2 | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Penilaian kekerapan pelepasan bahan radioaktif ke persekitaran selepas kerosakan teras untuk mentaksir ketersediaan dan kebolehpercayaan pembendung reaktor dalam menangani kemalangan. |
design for serviceability | reka bentuk kebolehkhidmatan | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Reka bentuk yang menggabungkan pendekatan kejuruteraan dan pembuatan untuk memudahkan perkhidmatan, penyelenggaraan dan baik pulih sesuatu produk. Reka bentuk ini berupaya untuk meningkatkan kepuasan dan kebolehpercayaan pengguna. Contohnya, penggunaan reka bentuk modular. |
design for manufacturing (DFM) | reka bentuk perkilangan (DFM) | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Reka bentuk proaktif untuk mengoptimumkan semua fungsi yang merangkumi perolehan, pembuatan, pengumpulan, pengujian, penghantaran, perkhidmatan dan pembaikan. Reka bentuk perkilangan bertujuan untuk memastikan pengurangan kos, jaminan kualiti, kebolehpercayaan, pematuhan terhadap peraturan, keselamatan, pasaran, dan kepuasan pelanggan dapat dicapai. |