acculturation | pembudayaan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Proses perubahan kebudayaan yang berlaku pada sesuatu masyarakat, iaitu penerimaan kebudayaan masyarakat yang dominan melalui perhubungan yang bersinambungan. |
westernisation | pembaratan | Kebudayaan | Tiada | Proses untuk mempengaruhi atau membiasakan diri dengan cara hidup, adat dan amalan Barat. |
cultural change | perubahan kebudayaan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Perubahan tatacara kehidupan dan nilai masyarakat yang berlaku dalam jangka masa yang panjang disebabkan oleh pertembungan budaya, perubahan ekonomi, pendidikan, dan sebagainya. |
cultural event | acara budaya | Pelancongan | Tiada | Perayaan yang bercorak kebudayaan bersempena dengan sesuatu tarikh bersejarah atau peristiwa tertentu. |
value system | sistem nilai | Sains Politik | Politik Perbandingan | Nilai atau budaya dalam masyarakat yang dikongsi bersama menurut suatu sistem yang lahir daripada masyarakat tersebut. Sistem ini merupakan sebahagian daripada kebudayaan yang dilihat sebagai suatu standard yang diterima oleh semua anggota masyarakat. Nilai kekeluargaan, perayaan, seni, sosial dan politik semuanya terkandung dalam satu sistem nilai. Terdapat sistem nilai dalam masyarakat yang melarang wanita menjadi pemimpin, tetapi terdapat juga sistem nilai yang membenarkannya. Sistem nilai ini bergantung sepenuhnya kepada latar belakang, sejarah dan kebudayaan masyarakat tersebut. Contohnya, mengkritik pemimpin secara berhadapan dianggap kurang ajar dalam nilai masyarakat Melayu atau Malaysia amnya tetapi dianggap normal atau biasa kepada masyarakat Eropah atau Barat. |
postcolonial criticism | kritikan pascakolonial | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan yang mengkaji kesan penjajahan terhadap sejarah, politik, sistem nilai dan kebudayaan masyarakat yang pernah dijajah. Kritikan ini mengkaji kesan berteraskan aliran pascakolonialisme. Selain mengkaji kesan penjajahan, kritikan pascakolonial juga menawarkan perspektif dan kaedah analisis alternatif kepada wacana perdana penjajah berdasarkan sudut pandangan yang dijajah. Wacana penjajah biasanya mengagungkan peradaban Barat dan merendahkan tamadun lain, khususnya Timur. Proses wacana penjajah ini dikenali sebagai representasi yang tidak seimbang. Kritikan pascakolonial menawarkan wacana balikan yang mendedahkan struktur kuasa yang memungkinkan dan mengabsahkan dakwaan dalam wacana kolonial tersebut seperti yang dihuraikan oleh Edward Said dalam bukunya berjudul Orientalism (1978). Seterusnya, kritikan pascakolonial mengkaji struktur kuasa pemerintah selepas era penjajahan seperti dalam esei penulis dan pengkritik Nigeria, Chinua Achebe. Lihat juga orientalisme. |
conservation | pemeliharaan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Proses menjaga sesuatu tempat atau bangunan bagi mengekalkan kepentingan nilai-nilai kebudayaan. la juga melibatkan proses pengekalan, pemulihan, pembangunan semula, dan penyesuaian. |
iron curtain | tabir besi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sempadan yang memisahkan wilayah tertentu berasaskan perbezaan ideologi, politik, ekonomi atau kebudayaan. Tabir besi dibina untuk melarang sebarang interaksi antara penduduk dari dua wilayah yang bertentangan. Dalam realiti, tirai besi ini pernah dibina di Berlin pada tahun 1961 apabila ia memisahkan rakyat timur Berlin yang berada di bawah pemerintahan komunis dan barat Berlin yang berada di bawah pemerintah demokrasi. Penduduk timur Berlin tidak dibenarkan melakukan sebarang bentuk interaksi atau menyeberangi barat Berlin. Tabir ini dirobohkan kesan daripada tuntutan demokrasi yang memuncak pada tahun 1989. Sinonim tirai besi. |
civic centre | pusat sivik | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Satu kawasan dalam bandar yang menempatkan bangunan-bangunan dan kegiatan kebudayaan. |
public figure | tokoh masyarakat | Umum | Tiada | Individu terkenal yang mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat dalam apa-apa bidang seperti politik, agama, kebudayaan dan lain-lain. |