secular trend | arah aliran sekular | Ekonomi | Tiada | Kecenderungan pergerakan jangka panjang aktiviti ekonomi yang mengikut suatu arah aliran tertentu. Arah aliran mungkin negatif, yang menggambarkan penurunan, atau positif yang menggambarkan peningkatan. Perubahan kecenderungan mungkin berpunca daripada perubahan cita rasa yang mengubah corak permintaan atau perubahan cita rasa yang mengubah corak permintaan atau perubahan teknologi yang mengubah kaedah pengeluaran. Misalnya, kemerosotan yang berpanjangan dalam penggunaan beca yang disebabkan oleh proses pemodenan. Perubahan permintaan yang berlaku mengikut musim tidak dinamakan perubahan arah aliran sekular. |
new historicism | historisisme baru | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan sastera yang mengkaji karya dalam konteks sejarah dan politiknya. Kaedah ini merupakan usaha untuk membangkitkan semula kecenderungan mengaitkan karya dengan sejarah, yang diamalkan sebelumnya dengan kaedah historisisme. Kebangkitan semula ini adalah sebagai reaksi kepada kecenderungan untuk mengetepikan faktor sejarah dengan kaedah kritikan yang muncul selepas historisisme, seperti Kritikan Baru dan formalisme. Historisisme baru berbeza dengan yang lama dari segi pendiriannya yang tidak menerima bulat-bulat segala fakta sejarah, bahkan mempersoalkan kewibawaannya sebagai perakam sejarah yang objektif. Malah,wacana sejarah dan sastera dianggap sama tarafnya dengan wacana lain dalam bidang ilmu seperti sains, psikologi, dan komunikasi. Kaedah historisme baru menganggap semua jenis wacana yang berlegar di sekitar zaman penulisan sesebuah karya itu mempengaruhi ideologi yang terdapat dalam karya tersebut. Antara ahli teori yang mengutarakan kaedah ini ialah H. White, S Greenblatt dan F. Jameson. Lihat juga formalisme. |
holiday propensity | kecenderungan bercuti | Pelancongan | Tiada | Keinginan individu untuk melancong yang dipengaruhi oleh ciri-ciri tempat, masa atau aktiviti yang ingin dilakukan semasa percutian. |
central tendency | kecenderungan memusat | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Kedudukan taburan nilai pembolehubah yang berbeza hampir kepada nilai puratanya. |
suicidal tendendy | kecenderungan bunuh diri | Kejururawatan | Tiada | Hasrat untuk membunuh diri yang dipengaruhi oleh pemikiran yang kusut. |
bovaryism | bovarisme | Kesusasteraan | Tiada | Kecenderungan individu yang lari daripada kenyataan dan menafikan realiti. Individu itu membayangkan dirinya sebagai wira atau wirawati dalam sesebuah fiksyen. Bovarisme berpunca daripada watak Emma Bovary sering mencampuradukkan angan-angan romantik dengan realiti. Pengarang sering mendedahkan bovarisme melalui ironi sebagai amaran kepada pendedahan berlebih-lebihan terhadap unsur romantik yang mempesonakan dan memperdayakan. |
phallocentrism | falosentrisme | Kesusasteraan | Tiada | Kecenderungan ke arah perspektif dan ideologi lelaki serta merendahkan atau menolak perspektif dan ideologi wanita. Contohnya, dalam novel D.H. Lawrence, suara dan tindak-tanduk watak wanita sering didominasi dan ditenggelamkan oleh suara dan tindakan watak lelaki. Falosentrisme sering digunakan dalam disiplin atau kritikan feminis dan dekonstruksi. Contoh terbaik mendedahkan falosentrisme ditemui dalam tulisan H�l�ne Cixous bertajuk The laugh of the Madusa yang mengkritik ciri-ciri falosentrisme dalam teori psikoanalisis Freud. Lihat juga dekonstruksi. |
transsexualism | transeksualisme | Perubatan | Psikiatri | Kecenderungan individu untuk menukar jantina asalnya kepada jantina yang sebaliknya. Transeksualisme boleh mendorong individu tersebut untuk melakukan pembedahan atau terapi hormon. |
transvestism | transvestisme | Perubatan | Psikiatri | Kecenderungan individu untuk memakai pakaian yang biasanya dipakai oleh jantina yang berlawanan, terutama bagi rangsangan seks. |
egocentrism | egosentrisme | Kejururawatan | Tiada | Kecenderungan berfikir dan memfokus pada diri sendiri sahaja tanpa menghiraukan perasaan orang lain. |