Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.cer.ga.san] | کچرݢسن

Definisi : 1. perihal atau keadaan cergas (tubuh, otak, dsb): menjaga ~ fikiran dan badan setiap hari; 2. perihal cergas (pantas, cepat), kepantasan, kecepatan: ~ kanak-kanak cacat itu membuat kerja-kerja tangan mengagumkan pengunjung-pengunjung ke pusat itu; 3. perihal cergas (giat, aktif), kegiatan, keaktifan: ~nya dlm pergerakan persatuan itu mendapat perhatian pihak atasan; 4. perihal cergas (pasaran saham); 5. perihal cergas (bkn gunung berapi), keaktifan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.cer.ga.san] | کچرݢسن

Definisi : sifat atau keadaan cergas; ketangkasan; kepantasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kecergasan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hybrid vigourkecergasan hibridPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKecenderungan haiwan daripada hasil kacukan menunjukkan kualiti yang lebih tinggi berbanding dengan induknya. Contoh haiwan yang mempunyai kecergasan hibrid selalunya bersaiz lebih besar atau lebih tinggi daripada induk betina atau jantan.
CrossFitCrossFitSukanTiada1. Sejenis latihan berjeda keamatan tinggi yang menggabungkan banyak senaman kecergasan. 2. Nama jenama bagi suatu program senaman kecergasan bagi prestasi kesihatan yang lebih baik.
specificity principleprinsip kekhususanSains SukanBiomekanikPrinsip yang menyatakan bahawa setiap jenis atau kaedah latihan akan memberi kesan kepada satu komponen kecergasan. Hal ini demikian kerana tiada satu kaedah khusus yang dapat meningkatkan semua komponen kecergasan. Ketika memilih kaedah latihan fizikal, atlet perlu memilih latihan yang khusus dan sesuai supaya usaha tersebut memberi kesan dan manfaat kepada komponen kecergasan yang ingin ditingkatkan.
reversibility principleprinsip kebolehbalikanSains SukanBiomekanikPrinsip yang menyatakan bahawa kebolehbalikan latihan akan berlaku apabila atlet berhenti berlatih selepas 72 jam sesi latihan terakhir. Hal ini bermakna, tahap kecergasan atlet akan mula menurun ke tahap kecergasan seperti sebelum latihan. Atlet perlu merancang masa latihan dan rehat yang sesuai supaya kesan kebolehbalikan yang merugikan tahap kecergasan tidak menjejaskan kesan latihan yang terdahulu.
fitness centrepusat kecergasanPelanconganTiadaTempat individu melakukan senaman dan biasanya terhad kepada ahli sahaja.
fitness facilitieskemudahan kecergasanPelanconganTiadaInfrastruktur dan peralatan yang disediakan untuk melakukan senaman.
active ecotourismekopelancongan aktifPelanconganTiadaAktiviti ekopelancongan yang berasaskan kecergasan, seperti mendaki gunung, menunggang kuda dan menyelam di dasar laut.
alterativealteratifHerbaFitoterapiUbat atau bahan daripada tumbuhan yang berupaya memulihkan fungsi badan dan meningkatkan kecergasan.
motor performancelakuan motorSains SukanBiomekanikKajian berkaitan proses dengan psikologi dan fisiologi yang mempengaruhi prestasi motor, dan merangkumi aspek kawalan, pembelajaran dan perkembangan motor. Bagi seseorang atlet, kecergasan lakuan motor membawa maksud kemahiran yang tinggi dalam penggunaan tenaga secara minimum bagi menghasilkan daya dan hasil yang maksimum.
overload principleprinsip lebih bebanSains SukanBiomekanikPrinsip yang menyatakan bahawa sesuatu latihan perlu dilakukan dengan beban yang melebihi keupayaan biasa atlet. Penambahan beban latihan perlu dilakukan secara beransuransur supaya tubuh atlet dapat bertindak balas dan membuat penyesuaian terhadap rangsangan baharu yang diberikan. Penyesuaian terhadap beban latihan yang baharu akan meningkatkan tahap kecergasan atlet.
12

Kembali ke atas